Cara Hilangkan Selulit

7 cara hilangkan selulit

Selulit adalah musuh utama wanita!.

Selulit amat tidak digemari oleh para wanita kerana selulit boleh membuatkan permukaan kulit tidak rata dan boleh menyebabkan kegemukan.

Selulit ialah pengumpulan lemak pada bahagian tertentu terutamanya pada bahagian paha, lengan, dan perut. Mempunyai selulit, membuatkan kulit nampak sedikit berkedut dan tidak sedap mata memandang.

7 cara hilangkan selulitBagaimana caranya untuk mengesan selulit?. Mudah sahaja, cuba anda picit bahagian peha, atau perut. Jika, kelihatan seperti permukaan kulit oren atau menggerutu itu menandakan anda mempunyai selulit.

Cara Hilangkan Selulit

Berikut ialah 6 cara hilangkan selulit yang ingin saya kongsikan untuk anda :

Cara 1 : Lakukan senaman. Ini adalah cara hilangkan selulit yang paling mudah, tidak memerlukan belanja yang mahal dan anda mampu lakukannya.

Senaman boleh membakar lemak dan membuatkan otot-otot menjadi tegang.

Anda juga boleh melakukan aktiviti jalan kaki 10000 langkah seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan, atau jogging setiap minggu.

Tidak perlu bersenam setiap hari, anda boleh lakukan senaman 3 hari dalam seminggu ataupun lakukan kerja-kerja rumah boleh juga dikira senaman. Contohnya, berkebun, mengemas rumah dan sebagainya.

Jika anda di tempat kerja, elakkan menggunakan perkhidmatan lif. Sebaiknya, gunakan tangga untuk membakar lemak sekaligus dapat mengurangkan selulit.

Atau lakukan senaman khas untuk hilangkan selulit seperti gambar di bawah.

7 cara hilangkan selulit

 

Cara 2 : Mengamalkan pola pemakanan yang seimbang. Jadikan Piramid Makanan sebagai rujukan, kurangkan dan lebihkan mana yang perlu.

Banyakkan minum air kosong, sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Juga jadikan buah-buahan sebagai snek dan juga menu sayur-sayuran wajib dihidangkan ketika makan.

Elakkan makan makanan yang berlemak, bersantan dan berkolestrol. Makanan ini boleh menyumbang dan mendorong pembentukan selulit.

Cara 3 : Salah satu cara hilangkan selulit dengan mudah tanpa senamanĀ  ialah mendapatkan rawatan hilangkan selulit yang disediakan oleh pusat-pusat pelangsingan.

Rawatan Liposuction adalah rawatan yang sesuai untuk buang selulit iaitu denganĀ  membuang lemak di bawah kulit. Rawatan ini agak mahal dan memberikan kesan yang tidak diingini serta bertahan hanya untuk sementara waktu.

Selain itu, terdapat pusat rawatan yang menggunakan mesin Endermologie iaitu menggunakan roller dan juga alat sedutan untuk membuang selulit.

Cara 4 : Mengambil suplemen yang boleh menyingkirkan selulit atau membakar lemak/kolestrol yang banyak dijual di pasaran sekarang.

Cara 5 : Menggunakan krim atau losyen pemecah lemak, khusus untuk hilangkan selulit. Krim atau losyen untuk selulit banyak dijual dipasaran. Kebiasaannya, krim atau losyen yang bersifat panas.

Pastikan krim atau losyen yang dibeli mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan agar tidak ada kesan negatif berlaku.

Cara 6 : Urutan juga boleh membantu hilangkan selulit. Apabila urutan dilakukan, peredaran darah akan lebih lancar dan ini juga membantu untuk menghancurkan lemak-lemak yang terkumpul.

Semoga tips-tips yang diberikan bermanfaat dan berguna untuk anda.

Segala pertanyaan lanjut, dan khidmat nasihat hubungi saya.

Sumber :

Kolum Sihat Cergas (Harian Metro)

 

Seorang WAHM (work at home mother), isteri kepada suami yang penyayang dan ibu kepada seorang cahaya mata yang comel dan manja. Berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk keluarga dan masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *