Rawatan Untuk Ekzema

Ekzema adalah salah satu penyakit kulit yang mana keadaan kulit bernanah, gatal-gatal, lepuh kecil, dan kemerah-merahan. Punca ekzema masih belum dikenal pasti sehingga kini.

Selalunya yang kita lihat, ekzema menyerang bahagian pipi namun bahagian-bahagian lain juga tidak terkecuali termasuklah bahagian peha, betis, tangan dan lain-lain.

Kebiasaannya, ekzema menyerang kanak-kanak, tetapi golongan dewasa juga tidak terkecuali untuk mendapat penyakit kulit ini. Bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga penghidap ekzema, keadaan ini akan lebih kerap berlaku. Continue reading Rawatan Untuk Ekzema