Set Berpantang Moden Pilihan Saya

set berpantangSaat kelahiran amat dinanti-nantikan oleh para ibu bapa. Menjadi seorang ibu adalah sangat indah dan si ibu tidak sabar untuk melihat si kecil menjengah dunia.

Pastinya manis bukan. Mungkin di minda ibu, bermacam rancangan sudah diatur termasuk menyediakan kelengkapan bayi selepas bersalin nanti.

Selalunya, persediaan menyambut si kecil dibuat semasa kandungan berusia 7 bulan. Selain kelengkapan bayi seperti baju, lampin dan sebagainya, kelengkapan si ibu juga perlu disediakan seperti set bersalin.

Set bersalin atau berpantang sangat perlu untuk ibu selepas melahirkan. Tujuannya adalah untuk mengembalikan kecergasan si ibu dan kesihatan selepas kelahiran.

Hal ini demikian kerana, selepas bersalin ibu akan kehilangan banyak tenaga dan juga darah. Proses semasa bersalin menggunakan tenaga yang banyak.

Pada masa dahulu, set berpantang tradisional memang menjadi pilihan si ibu. Set berpantang ini mengandungi jamu, air rebusan daun-daun herba, dan sebagainya.

Set berpantang ini lazimnya disediakan oleh bidan atau tukang urut selepas kelahiran.

Kini, set berpantang lebih mudah kerana terdapat set berpantang moden yang tidak mengandungi jamu dan herba. Sangat sesuai bagi mereka yang tidak sukakan jamu dan selamat untuk bayi serta tidak panas.

Set Berpantang Shaklee

 

set berpantangSet berpantang shaklee adalah pilihan saya sewaktu melahirkan bayi sulung saya.

Set ini terdiri daripada 4 jenis vitamin iaitu, Vita Lea, B Complex, Sustained Release Vitamin C Plus, dan Zinc Complex. Setiap vitamin mempunyai setiap fungsinya dan set berpantang shaklee selamat untuk bayi.

Fungsi Set Berpantang Shaklee

Vita Lea : multivitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh ibu selepas melahirkan. Fungsinya, meggantikan tenaga yang hilang selepas kelahiran.

Juga menambah darah dan menggantikannya semula, kerana semasa melahirkan banyak darah yang hilang.

B Complex : menukarkan makanan kepada tenaga dan memberikan semula tenaga kepada ibu. Membantu mengelakkan stress semasa berpantang bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini seperti meroyan dan sebagainya.

Semasa berpantang, ibu sedikit letih kerana menjaga si kecil siang dan malam, jadi ibu perlukan tenaga yang mencukupi.

Sustained Release Vitamin C Plus : membantu mempercepatkan penyembuhan luka selepas bersalin iaitu luka jahitan secara normal atau secara caesaran. Juga membantu mengecutkan peranakan dengan cepat.

Zinc Complex : mempunyai fungsi yang sama dengan ikan haruan, yang mana khasiat ikan haruan ialah mempercepatkan penyembuhan luka.

Energizing Soy Protein : membantu meningkatkan penghasilan susu ibu dan mempercepatkan peranakan kecut.

Selain untuk mengembalikan kecergasan ibu, set ini juga memberikan bonus tambahan untuk ibu iaitu boleh mencantikkan kulit serta memberikan zat dan nutrisi yang baik untuk bayi.

Sebab itulah, semasa proses berpantang saya dahulu, bayi saya sentiasa lapar dan berat badan naik mendadak. Usah risau, kerana berat badan naik disebabkan oleh susu ibu tidak menjadi masalah.

Hasil daripada maklumbalas daripada pelanggan yang menggunakan set berpantang ini sangat puas hati. Terutamanya yang tidak sukakan jamu. Pengalaman saya sendiri, setelah menggunakan set berpantang shaklee, saya rasa lebih bertenaga.

10 hari berpantang, saya sudah melakukan kerja-kerja rumah dan menguruskan bayi sendirian seperti mandikan bayi dan lain-lain.

Testimoni Set Berpantang & Menyusu

Dia Peer Counselor Laktasi, Tapi Masih Buat INI from iReach HD on Vimeo.

Daftar Ahli Satu Kelebihan

Untuk mendapatkan harga yang lebih murah, saya nasihatkan anda daftar ahli.

Klik sini untuk maklumat tentang kelebihan menjadi ahli shaklee. Apabila anda menyertai kami, banyak lagi bonus yang anda dapat.

Kongsikan Dan Sebarkan

Sila kongsikan dan sebarkan artikel ini di media sosial dan juga kepada rakan-rakan anda supaya ianya bermanfaat dan menjadi rujukan untuk anda kelak.

Untuk tempahan Set Berpantang dan konsultasi percuma boleh hubungi saya atau untuk belian secara online, klik pada produk yang telah dinyatakan.

vitamin cWAN ZAINAB BT WAN MUHAMMAD
MOHD HAFIZULLAH BIN MANSOR
Shaklee Independent Distributor
Tel : 013-232 1416 WAN/017-971 2828 HAFIZ
Email : puteribongsu33@gmail.com
FB LIkes : Seri Bongsu Healthy

Seorang WAHM (work at home mother), isteri kepada suami yang penyayang dan ibu kepada seorang cahaya mata yang comel dan manja. Berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk keluarga dan masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *