Ulser Mulut : Petua Dan Rawatan Yang Sesuai

Ulser mulut ialah keadaan luka kecil di bahagian dalam mulut dan terjadi pada bahagian belakang bibir. Kadangkala terdapat juga pada bahagian gusi, lidah, lelangit dan dinding bahagian dalam pipi.

Apabila makan sesuatu yang pedas dan masam, akan rasa sakit dan pedih. Ulser mulut yang bersaiz kecil, boleh merebak serta membesar jika tidak dirawat.

ulser mulut

Bentuk dan rupa ulser mulut adalah seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas.

Punca Ulser Mulut

Terdapat banyak punca yang menyebabkan terjadinya ulser mulut. Antaranya ialah :

  1. Kekurangan air dalam badan iaitu tidak minum air secukupnya setiap hari.
  2. Cuaca panas dan kerap berubah @ perubahan cuaca.
  3. Makan makanan yang masih panas.
  4. Tergigit lidah semasa makan.
  5. Gosok gigi terlalu kasar dan menyebabkan luka.

Pelbagai rawatan yang boleh dicuba untuk mengatasi masalah ini. Anda boleh dapatkan krim atau gel untuk ulser yang dijual di farmasi. Atau anda berjumpa doktor untuk rawatan selanjutnya jika ulser mulut berpanjangan.

Vitamin B dan vitamin C juga boleh membantu mengatasi masalah ulser mulut kerana kedua-dua vitamin ini dapat merawat luka dalaman.

Minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari untuk mengelakkan ulser mulut terjadi.

Petua untuk merawat masalah ulser mulut iaitu meletakkan garam pada permukaaan ulser atau campurkan garam bersama air, kemudian berkumur. Sedikit pedih, tetapi jika selalu amalkan, inshaAllah ulser anda akan sembuh.

Madu juga boleh mengatasi madalah ulser mulut dengan sapu pada bahagian ulser dan ulser akan mengecut. Untuk hilangkan pedih-pedih ulser atau untuk menenangkan, aiskrim juga sesuai kerana bersifat sejuk.

Pengalaman Suami Dan Ulser

Saban bulan, suami saya mengalami masalah ini. Keadaan cuaca di tempat kerja beliau sangat panas dan perlu minum air yang banyak. Bukan satu, tetapi dua biji lepuh di dalam mulut beliau jika ulser menyerang.

Jika ulser menyerang, makan beliau akan menghadkan makan makanan yang pedas-pedas atau masam. Setiap bulan pasti ada ulser. Walaupun sudah dirawat, namun ulser tetap ada untuk masa yang seterusnya.

Lalu saya mencadangkan beliau supaya mencuba Sustained Release Vitamin C Plus. Syukur, alhamdulillah, ulser beliau sembuh seperti sediakala. Beliau terus konsisten makan vitamin c sehingga sekarang untuk mengelakkan masalah ulser mulut berulang.

Fungsi utama vitamin C ialah membantu memperbaiki simptom pendarahan  dan mempercepatkan penyembuhan luka. Ulser mulut juga adalah luka dalaman cuma tiada pendarahan yang serius.

ulser mulut

Vitamin C bukan hanya untuk ulser mulut sahaja, tetapi untuk sistem imun memandangkan beliau bekerja dalam persekitaran yang sangat panas, berpeluh dan berhabuk. Sangat elok untuk meningkatkan sistem imun.

Untuk tempahan dan pertanyaan tentang Sustained Release Vitamin C Plus, hubungi saya, wakil Shaklee.

 
WAN ZAINAB BT WAN MUHAMMAD
TEL : 013-2321416
FB PAGES : SERI BONGSU HEALTHY
Seorang WAHM (work at home mother), isteri kepada suami yang penyayang dan ibu kepada seorang cahaya mata yang comel dan manja. Berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk keluarga dan masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *