Resdung Punca Jerawat Teruk

 Jerawat Teruk Selama 7 Tahun

Ikuti pengalaman seorang gadis mengalami jerawat teruk selama 7 tahun dan telah menjumpai penawar yang sesuai. Kulit gebu dan bebas jerawat!.

Selamat menonton!.

Lepas 7 Tahun Geram Muka Berjerawat Teruk, Ini Yg Dia Buat from iReach HD on Vimeo.

Apa Itu Resdung?

Resdung ialah salah satu penyakit berpunca daripada virus yang menyerang pada bahagian hidung dan menyebabkan hidung berair, gatal-gatal dan boleh merebak ke bahagian mata serta kepala.

Dikenali juga sinusitis, jika tidak dirawat akan menjadi lebih teruk. Sehinggakan ada yang terpaksa menjalani pembedahan pada bahagian hidung. Resdung juga boleh menyebabkan kanser hidung.

Semua manusia mempunyai resdung, cuma keadaan manusia itu tidak sama. Ada yang teruk dan ada yang biasa sahaja.

Simptom Resdung

Pelbagai keadaan atau simptom bagi yang mempunyai resdung dan setiap orang adalah berbeza. Antara simptomnya ialah :

  • Kerap bersin terutamanya pada waktu pagi
  • Mata dan hidung berair
  • Sakit kepala yang berlanjutan
  • Gatal-gatal pada bahagian mata dan hidung
  • Alahan pada makanan laut- bila makan akan menyebabkan kesan sampingan.
  • Jerawat teruk seperti bernanah dan jerawat batu
  • Hidung tersumbat dan menyebabkan deria bau terganggu
  • Selsema lambat sembuh dan berpanjangan
  • Bengkak gusi dan kerap sakit gigi
  • Nafas berbau

Kisah Saya Dan Resdung

Bercakap pasal resdung, saya teringat tentang masalah resdung yang di alami 2 tahun lepas. Kerana tersilap makan, wajah saya dipenuhi jerawat bernanah dan jerawat batu sehinggakan meninggalkan parut tebal. Parut-parut tersebut berwarna kebiruan seperti lebam.

resdung Saya memang suka bertukar-tukar produk penjagaan wajah. Setiap bulan pasti ada produk baru yang dicuba. Jika tidak memuaskan, saya akan tukar ke jenama lain.

Mempunyai jerawat teruk membuatkan saya tidak selesa dan malu untuk berjumpa klien. Memandangkan kerja saya akan berjumpa klien. Rakan-rakan sepejabat pandang semacam dan ada juga yang menjauhkan diri.

Proses Berpantang

Saya terpaksa pantang makan minum dengan tidak makan makanan laut dan tidak minum ais. Saya langsung tidak sentuh makanan yang berunsurkan makanan laut seperti budu dan belacan.

Saya pernah berjumpa doktor pakar kulit dan doktor membekalkan saya antibiotik untuk jerawat, krim dan pencuci. Rawatan yang disediakan juga memakan belanja yang tinggi iaitu mencecah ratusan ringgit.

Namun, tiada perubahan. Lalu seorang kawan sarankan saya untuk mencuba sejenis produk kosmetik tempatan.

Alhamdulillah, jerawat mengecut dan parut semakin pudar. Tetapi itu hanyalah rawatan luaran. Selepas memperolehi kulit wajah yang sihat, saya mula tidak berpantang. Merdeka daripada berpantang.

Selepas berkahwin dan mempunyai seorang anak, resdung menyerang lagi bila mana saya makan makanan laut, akan keluar jerawat dan kerap bersin.

Pada masa tersebut, saya sudah berhenti memakai produk kosmetik kerana tidak mempunyai masa menghias diri.

resdung
Selepas mencuba Set Resdung Shaklee

Kawan-kawan mencadangkan saya menggunakan Set Resdung Shaklee. Alhamdulillah, alergi saya semakin berkurangan.

Saya tetap makan makanan laut kerana itulah makanan kegemaran saya. Setiap kali selepas makan makanan laut, saya akan makan Alfalfa Complex sebagai persediaan untuk alergi.

Set Resdung Shaklee Penawar Resdung Terbaik!

Terdiri daripada 3 jenis vitamin iaitu, Alfalfa Complex, B Complex dan Sustained Release Vitamin C Plus.

resdungAlfalfa Complex mampu mengurangkan masalah alergi, gatal-gatal dan juga membuang toksin dalam badan. Untuk pengetahuan anda, makanan laut menghasilkan banyak toksin.

B Complex pula mencantikkan dan memperbaiki masalah kulit. Membantu proses penyembuhan jerawat serta mengecutkan jerawat.

Sustained Release Vitamin C Plus membantu memudarkan parut sekaligus mengecutkan jerawat. Mengatasi masalah selsema berpanjangan akibat resdung.

Bagi saya, Set Resdung Shaklee adalah yang terbaik kerana mampu menyelesaikan masalah saya tanpa kesan sampingan. Tambahan pula, ianya selamat, dan semulajadi tanpa bahan kimia.

Untuk tempahan dan keterangan lanjut tentang Set Resdung Shaklee. Boleh hubungi saya. Konsultasi akan diberikan secara percuma.

WAN ZAINAB BT WAN MUHAMMAD
TEL : 013-232 1416
Email : puteribongsu33@gmail.com
FB Pages : Seri Bongsu Healthy
Seorang WAHM (work at home mother), isteri kepada suami yang penyayang dan ibu kepada seorang cahaya mata yang comel dan manja. Berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk keluarga dan masyarakat.

4 thoughts on “Resdung Punca Jerawat Teruk”

  1. set resdung shaklee memang the best.. jaja guna alfalfa. .sekarang dah xde gatal2 kat hidung..

    http:// cintahatikusupplements.blogspot.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *