Vitamin C Untuk Kanak-kanak : Manfaat Dan Khasiat

vitamin c untuk kanak-kanak

Kanak-kanak merupakan golongan yang paling cepat dijangkiti penyakit kerana sistem pertahanan tubuh badan mereka masih lemah dan perlu dipertingkatkan.

Maka, tidak hairanlah bahawa pesakit yang mengunjungi klinik kesihatan saban bulan 70% daripadanya terdiri daripada kanak-kanak.

Biasanya penyakit yang menyerang kanak-kanak ialah demam biasa, selsema, tonsil, penyakit kulit seperti ekzema, chicken pox, dan juga penyakit kaki tangan dan mulut.

Selain dibekalkan antibiotik untuk hapuskan kuman, doktor juga membekalkan vitamin c untuk kanak-kanak bagi mempertingkatkan antibodi mereka.

Penyakit-penyakit yang mudah berjangkit kebiasaannya akan merebak dan berjangkit kepada orang lain. Sebab itulah, jika kanak-kanak yang mempunyai penyakit yang boleh berjangkit, perlu dikuarantin agar tidak berjangkit kepada yang lain.

Jadi, bagaimana untuk mendapatkan sumber vitamin c setiap hari untuk anak-anak kita?.

Vitamin c boleh didapati daripada sumber buah-buahan dan sayur-sayuran. Seperti yang sedia maklum, kanak-kanak sangat tidak suka makan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Banyak produk berasaskan Vitamin C untuk kanak-kanak dijual di farmasi dan juga klinik. Pastikan ianya semulajadi dan senang untuk dimakan oleh kanak-kanak.

Vitamin c untuk kanak-kanak yang paling sesuai ialah yang boleh dikunyah dan rasanya disukai kanak-kanak. Boleh didapati dalam bentuk tablet dan juga pastil.

Ataupun anda boleh membeli minuman yang berasaskan vitamin c seperti jus oren, jus anggur dan sebagainya jika anak anda tidak sukakan tablet.

Manfaat Dan Khasiat Vitamin C Untuk Kanak-kanak

  1. Sebagai senjata untuk menghalang penyakit berjangkit atau untuk sistem pertahanan badan kanak-kanak.
  2. Membantu merawat masalah selesema, asthma, dan batuk.
  3. Mempercepatkan penyembuhan bagi masalah kulit seperti ruam, kudis, ekzema, dan sebagainya.
  4. Juga untuk penyembuhan luka jika berlaku sebarang kecederaan.
  5. Mengatasi masalah gusi berdarah.
  6. Kanak-kanak sangat memerlukam vitamin c untuk pertumbuhan kerana vitamin c membantu merangsang pembentukan kolagen untuk tulang.
  7. Membantu merawat masalah tonsil dengan mengecutkan tonsil.
  8. Sesuai untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah ulser mulut.

Chewable Vitamin C Plus Pilihan Saya

faedah vitamin untuk anak

Chewable Vitamin C Plus sangat sesuai untuk kanak-kanak. 1 tablet mengandungi 100mg vitamin c.  Dirumus daripada vitamin c, Rose Hips Powder dan Citrus Bioflavonoids yang terdiri daripada Hesperidin, Lemon, Orange, dan Grapefruit.

Pastinya sangat mudah untuk anak anda, hanya kunyah atau kemam sahaja. Jika anak anda tidak suka vitamin c tablet, mudah sahaja. Anda hancurkan tablet tersebut dan campurkan ke dalam minuman anak anda.

Untuk tempahan dan pertanyaan tentang Chewable Vitamin C Plus, hubungi saya untuk konsultasi secara percuma.

 

vitamin c untuk kanak-kanak

WAN ZAINAB BT WAN MUHAMMAD
013-232 1416
Email : puteribongsu33@gmail.com
FB Pages : Seri Bongsu Healthy
Seorang WAHM (work at home mother), isteri kepada suami yang penyayang dan ibu kepada seorang cahaya mata yang comel dan manja. Berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk keluarga dan masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *