Bleeding Semasa Hamil : Punca Dan Tips Hadapinya

bleeding semasa hamilBerita tentang kehamilan sememangnya amat dinanti-nantikan oleh setiap pasangan yang sudah berkahwin. Namun, sewaktu kandungan sedang membesar, keluar pula darah seperti darah haid. Perkara ini sangat membimbangkan dan perlu berjumpa doktor untuk rawatan yang lebih lanjut.

Bleeding semasa hamil atau pendarahan faraj menjadi masalah utama bagi ibu hamil. Keadaan ini paling menakutkan kerana jika tidak, ianya boleh menyebabkan pendarahan yang serius dan boleh membawa kepada keguguran janin.

Jika terdapat kesan darah atau warna seakan-akan darah, perlulah segera berjumpa doktor untuk rawatan selanjutnya. Keadaan pendarahan atau lemahnya rahim bergantung kepada seseorang.

Puncanya adalah keadaan yang sangat lemah dan tidak boleh melakukan kerja-kerja berat atau melakukan pergerakan yang kerap. Stress juga boleh menyebabkan bleeding berlaku.

Masalah Fibroid dan Cyst juga boleh menyebabkan bleeding semasa hamil berlaku. Hal ini kerana, Fibroid dan Cyst menganggu janin untuk membesar dan sekaligus menyebabkan pendarahan.

Sebab itulah, sebelum hamil anda perlu melakukan pemeriksaan doktor iaitu ujian kesuburan untuk mengesahkan perkara ini tidak terjadi.

Tempoh bleeding biasanya bermula dari awal kehamilan hingga masuknya trimester kedua. Namun ada juga ibu hamil yang menghadapi masalah bleeding sepanjang kehamilan.

Terdapat si ibu yang mempunyai masalah rahim yang terlalu lemah sehingga membuatkan segala pergerakan harian terbatas. Ada juga yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji atau cuti sepanjang kehamilan demi bayi yang dikandung.

Tips Hadapi Bleeding Semasa Hamil

Apabila anda disahkan oleh doktor doktor bahawa anda mengalami bleeding semasa hamil, ini anda haruslah sentiasa tenang dan ikuti tips ini sebagai rujukan.

  1. Hentikan aktiviti yang boleh menyebabkan bleeding sama ada aktiviti  di pejabat atau di rumah.
  2. Bed rest atau berehat secukupnya dan elakkan berjalan atau bergerak dengan kerap. Jika ingin mendapatkan sesuatu, mintalah pertolongan daripada suami atau orang sekeliling.
  3. Jaga emosi supaya tidak mengundang stress atau tekanan perasaan. Ahli keluarga atau orang sekeliling juga perlu menjaga perasaan ibu yang sedang mengalami masalah bleeding.
  4. Dapatkan nasihat doktor setelah pemeriksaan yang dijalankan.
  5. Elakkan makan makanan yang boleh menyebabkan keguguran berlaku ataupun yang boleh meransang bleeding berterusan.
  6. Jangan sesekali travel atau melancong kerana akan memudaratkan lagi keadaan ibu. Sebaliknya, tunda percutian anda ke lain masa.
  7. Elakkan minum minuman berkafein kerana boleh menyebabkan keguguran.
  8. Amalkan makanan atau pemakanan tambahan  yang boleh menguatkan rahim.

 Sharing Is Caring

Jika anda telah membaca artikel ini, kongsikan tips bleeding semasa hamil kepada teman-teman anda supaya tips ini lebih bermakna buat mereka terutamanya bagi ibu-ibu hamil yang bermasalah sepanjang kehamilan.

 

bleeding ketika hamilWAN ZAINAB BT WAN MUHAMMAD
Tel : 013-232 1416
Email : puteribongsu33@gmail.com
FB LIKES : Seri Bongsu Healthy
Seorang WAHM (work at home mother), isteri kepada suami yang penyayang dan ibu kepada seorang cahaya mata yang comel dan manja. Berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk keluarga dan masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *