Bahaya Breastfeeding : Pengalaman & Nasihat

bahaya breastfeedingTerpanggil untuk berkongsi satu kisah tentang pengalaman breastfeeding saya. Tajuk entri bahaya breastfeeding menjadi pilihan saya untuk mengingatkan para ibu di luar sana supaya lebih berhati-hati ketika menyusukan bayi.

Exsclusive Breastfeeding adalah impian saya dan sejak melahirkan bayi sulung pada 14 Mei 2013, bermulalah saat-saat indah cerita penyusuan saya.

Kenapa Bahaya Breastfeeding?

Bahaya breastfeeding ini bergantung kepada situasi atau tempat. Hal ini kerana, boleh membawa kepada kecederaan atau kemalangan kepada si kecil anda.

Sepanjang program penyusuan saya memang sangat mencabar kerana anak saya seorang yang aktif. Jika tidak diberikan susu serta merta, beliau akan meronta-ronta.

Bahaya Breastfeeding Ketika

 

  •  Bahaya breastfeeding ketika memandu kenderaan.

Sangat kerap dialami oleh saya semasa memandu. Bayangkanlah ketika memandu, Yusuff meminta disusukan.

Sedangkan saya mengejar masa ketika itu. Terpaksa saya menyusukannya dalam keadaan sebelah tangan memegang stereng dan mata meneruskan tumpuan terhadap pemanduan.

Tidak kira, semasa memandu kereta atau membonceng motorsikal, sebaiknya elakkan perkara ini. Jika keadaan terdesak, anda perlu memberhentikan kenderaan di bahu jalan dan teruskan menyusu si kecil anda.

  • Bahaya breastfeeding ketika di tempat awam.

Saya memang segan sangat jika menyusu di tempat awam kerana bimbang aurat saya orang sekeliling nampak. Walaupun sudah memakai Nursing Cover, anak saya memang tidak suka keadaan bertutup.

Jadi, penyelesaianya, saya akan cari tempat yang selamat untuk breastfeeding dan tidak ramai orang yang bukan muhrim. Jika ke mall atau supermarket, bilik menyusu telah disediakan.

Gunakanlah kemudahan yang sedia ada supaya anda selesa. Jika tiada bilik menyusu, anda boleh ke surau, pastinya lebih selamat. Saya akan menyusu di kereta sahaja jika tiada kemudahan disediakan. Asalkan anak saya kenyang.

  • Bahaya breastfeeding ketika melakukan kerja-kerja yang boleh mengancam keselamatan anak anda.

Seperti sedang minum air panas sambil menyusukan bayi, malang tidak berbau jika air tersebut tertumpah ke atas bayi anda. Sebaliknya, habiskan sesi penyusuan dan minum sewaktu anda lapang.

  • Bahaya breastfeeding ketika memasak.

Di khuatiri percikan minyak atau tertumpah sebarang cecair panas   ke atas bayi anda. Kerana anggota badan anak-anak kecil bergerak dengan pantas.

Bimbang juga jika tangan mereka tanpa sengaja menarik periuk yang masih panas dan boleh menyebabkan kecederaan.

Nasihat Untuk Ibu

Elakkan menyusu bayi atau si kecil anda ketika anda melakukan sesuatu perkara atau membuat dua pekerjaan dalam satu masa.

Malang tidak berbau, sebaiknya kita cegah supaya perkara yang kita tidak jangkakan akan berlaku seperti kejadian yang boleh membahayakan nyawa anda dan anak anda.

Kongsikan Bahaya Breastfeeding Untuk Kebaikan

Sekian sahaja nasihat untuk ibu-ibu di luar sana tentang breastfeeding. Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat untuk anda semua dan kongsikanlah segala ilmu ini kepada rakan-rakan anda dengan menekan butang share.

 

bahaya breastfeeding

WAN ZAINAB BT WAN MUHAMMAD
Shaklee Independent Distributor
Tel : 013-232 1416
Email : puteribongsu33@gmail.com
FB LIkes : Seri Bongsu Healthy
Seorang WAHM (work at home mother), isteri kepada suami yang penyayang dan ibu kepada seorang cahaya mata yang comel dan manja. Berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk keluarga dan masyarakat.

4 thoughts on “Bahaya Breastfeeding : Pengalaman & Nasihat”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *