Kelebihan Soya Energizing Soy Protein (ESP)

kelebihan soyaBersempena promosi Oktober 2014 saya ingin kongsikan kebaikan soya keluaran shaklee ini. Sudah lama berada di pasaran, ramai yang belum tahu dengan lebih lanjut kelebihan soya ESP dan kebaikannya untuk kesihatan harian kita.

Alhamdulillah, sudah hampir 1 tahun  saya mengamalkan minuman soya ESP. Tujuan utama mengambil soya ini adalah untuk penyusuan bayi saya iaitu untuk meningkatkan pengeluaran susu ibu.

Sejarah Energizing Soy Protein

Energizing Soy Protein merupakan salah satu produk yang terlaris di pasaran. Mempunyai banyak manfaat dan kebaikan untuk tubuh badan dan mampu membantu menyelesaikan masalah kesihatan.

Berasaskan kacang soya yang telah melalui proses pengasingan. Kacang soya yang digunakan ialah kacang soya berkualiti tinggi  yang hanya mengandungi non GMO iaitu yang tidak diubah genetiknya atau yang tidak dimodifikasi keasliannya.

Kacang soya yang telah dipilih akan diproses pada kadar suhu yang rendah dan terkawal.

Energizing Soy Protein sangat tinggi kandungan protin. Protin sangat penting dalam kehidupan seharian kerana kurangnya protin dalam tubuh badan seseorang boleh menyebabkan sistem imun lemah dan tidak mampu melawan sebarang penyakit.

Mengandungi 9 jenis asid amino yang sangat diperlukan oleh tubuh badan kita kerana asid amino tidak dapat dihasilkan dalam tubuh badan manusia dengan sendirinya.

Untuk pengetahuan anda, 1 hidangan ESP bersamaan dengan 4 kali ganda telur, 2 kali ganda daging dan 12 kali ganda susu.

Kelebihan Soya Energizing Soy Protein (ESP)

kelebihan soya

# Kesuburan

Salah satu kelebihan soya adalah untuk kesuburan wanita mahupun lelaki. Namun, ada kajian yang menyatakan bahawa soya tidak baik untuk kesuburan dan boleh menggalakkan pertumbuhan fibroid dan cyst.

Tetapi kajian ini belum lagi terbukti kesahihannya dan tidak tepat. Malahan, soya non gmo membantu mengecutkan fibroid dan cyst. Menurut kajian, negara Jepun mengamalkan pengambilan soya sebagai makanan utama dan yang menghidap masalah rahim adalah sangat rendah.

Soya sangat kaya dengan isoflavinoids iaitu bagus untuk kesuburan kerana bersifat phytoestrogern. Isoflavinoids dalam soya mempunyai kesan yang berbeza ke atas sel-sel tubuh badan seseorang.

Genenstein yang terkandung dalam soya juga baik untuk kesihatan lelaki dan terbukti menghalang pertumbuhan dan merebaknya sel-sel kanser terutamanya kanser prostat.

# Penyusuan

Sangat membantu menyelesaikan masalah pengeluaran susu ibu dan membuatkan bayi cepat kenyang semasa proses penyusuan.

# Berpantang

Sangat bagus mengamalkan soya ESP semasa berpantang kerana, ESP membekalkan tenaga dengan segera dan mencegah imsonia, serta tekanan.

Hal ini kerana, semasa berpantang, ibu cepat penat kerana kerap berjaga malam menguruskan bayi seperti menyusukan bayi, menukar lampin, dan sebagainya.

Kelebihan soya ESP yang lain untuk ibu berpantang ialah menjadikan ibu lebih energetik dan sesi berpantang lebih mudah.

# Menurunkan Berat Badan

Kandungan soya yang rendah glisemik membantu mengawal paras kolestrol dalam badan. Kandungan protein soya yang tinggi mampu memberikan rasa kenyang. Mampu memberikan rasa kenyang selama 5 jam.

Ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri kerana setiap jam 7 pagi saya minum ESP dan mampu bertahan sehingga jam 1 tengah hari.

# Baik Untuk Masalah Jantung

Kelebihan soya ESP sangat baik untuk menyelesaikan masalah jantung kerana membantu menurunkan paras kolestrol dalam badan.

# Meremajakan Kulit Dan Awet Muda

Kandungan ESP yang kaya asid amino membantu dalam proses pembinaan otot, kuku, rambut, organ dan sebagainya. Mengurangkan kesan parut dan jika diamalkan secara konsisten menjadikan kulit kekal remaja dan awet muda.

# Diabetis

Soya ESP sangat sesuai untuk pesakit Diabetis kerana mempunyai kadar Indeks Glisemik yang rendah dan memecahkan gula dengan perlahan-lahan serta membebaskan glukos ke tubuh badan.

# Gastrik

Individu yang selalu mengalami masalah gastrik sangat digalakkan untuk mencuba ESP kerana kandungannya tidak mengandungi asid uric dan mudah diserap oleh tubuh badan manusia.

Energizing Soy Protein Untuk Kesihatan Seharian

Boleh saya simpulkan bahawa Energizing Soy Protein sangat bagus mengoptimunkan kesihatan kita seharian. Pemakanan yang diamalkan oleh kita seharian kadangkala tidak menepati saranan piramid makanan.

Jadi, pengambilan makanan tambahan boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan kita seharian serta menjadikan kehidupan kita lebih bernilai dan lebih sihat.

Untuk tempahan Energizing Soy Protein boleh hubungi saya atau untuk belian secara online, klik sini.

kelebihan soya

WAN ZAINAB BT WAN MUHAMMAD
Shaklee Independent Distributor
Tel : 013-232 1416
Email : puteribongsu33@gmail.com
FB LIkes : Seri Bongsu Healthy

 

Seorang WAHM (work at home mother), isteri kepada suami yang penyayang dan ibu kepada seorang cahaya mata yang comel dan manja. Berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk keluarga dan masyarakat.

2 thoughts on “Kelebihan Soya Energizing Soy Protein (ESP)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *