Susu Ibu : Manfaat Dan Cara Menyusukan Bayi

susu ibuSyukur ke hadrat ilahi kerana selama 1 tahun 5 bulan saya telah menyusukan anak pertama saya dengan susu ibu anugerah Allah s.w.t. Sangat bersyukur kerana niat saya dipermudahkan olehNya.

Susu ibu merupakan susu yang terbaik untuk bayi dan ibu menyusu disarankan supaya menyusukan bayi sehingga berusia 2 tahun.

Telah tertulis dalam Al-Quran iaitu surah Al-Baqarah Ayat 233.

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama 2 tahun penuh, iaitu bagi yang menyempurnakan penyusuan. “

Namun, jika ibu mempunyai masalah penyusuan, tidak mengapa. Ibu boleh memilih untuk memberikan susu formula kepada bayi. Waktu yang paling sesuai ialah selepas bayi berusia 6 bulan ke atas.

Jika ibu menghadapi masalah susu tiada selepas kelahiran bayi, ibu boleh memberikan susu formula yang sesuai dengan usia bayi anda. Contohnya, susu rumusan bayi khas untuk bayi.

Manfaat Dan Kelebihan Susu Ibu

  •  Susu ibu mengandungi kolustrum yang tinggi iaitu susu yang dihasilkan pada hari pertama selepas bayi dilahirkan. Kolustrum membantu bayi untuk mengeluarkan mekonium (kotoran yang dihasilkan oleh bayi semasa di alam rahim).
  •  Susu ibu kaya dengan zat dan nutrien untuk perkembangan otak bayi dan juga tumbesaran bayi.
  • Mengeratkan lagi kasih sayang antara ibu dan anak.
  • Mempercepatkan pengecutan rahim ibu.
  • Susu ibu mengandungi antibodi yang kuat menyokong kesihatan bayi dan membantu mencegah penyakit berjangkit dan alergi.
  • Susu ibu juga membantu menjarakkan kelahiran.
  • Boleh mencegah kanser payudara melalui penyusuan.

Cara Penyusuan Bayi

Mungkin ada yang menyatakan bahawa menyusukan bayi adalah perkara yang mudah. Namun tidaklah semudah yang disangka terutamanya bagi ibu muda yang melahirkan anak sulung.

Setelah bayi lahir dan seeloknya pada masa tersebut, ibu terus menyusukan bayi. Akan tetapi, kebanyakan hospital masa kini, selepas ibu melahirkan, bayi akan dibersihkan dahulu barulah diserahkan kepada ibu.

Sepanjang penyusuan, ibu perlu menjaga kebersihan. Sebelum menyusu, tangan dan puting perlu dibersihkan.

Berikut adalah langkah penyusuan yang boleh dijadikan rujukan untuk ibu-ibu di luar sana.

Langkah 1 : Dukung bayi anda dalam keadaan atau kedudukan yang tidak melenguhkan ibu atau dalam keadaan yang selesa. Jika dalam keadaan duduk ibu perlu mencari penyokong bahagian belakang seperti bantal atau kusyen atau bersandar di dinding.

Kebanyakan ibu memilih kedudukan buai semasa menyusu. Apa kedudukan sekalipun, yang penting ibu selesa dan relaks semasa penyusuan.

Langkah 2 : Untuk penyusuan pertama kali, cuba letakkan jari anda ke mulut bayi. Jika bayi membuka mulut, itu bermakna bayi anda ingin menyusu atau lapar.

Suakan puting ke mulut bayi dan pastikan mulut bayi meliputi kawasan aerola. Pastikan mulut bayi melekap dengan betul untuk membolehkan bayi menyusu dengan baik.

Jika anda rasa sedikit sakit, itu bermakna bayi anda telah menghisap dengan baik dan susu telah dialirkan untuk bayi anda.

Dalam proses penyusuan, ibu harus menggili-gilirkan payudara kiri dan kanan agar seimbang.

Langkah 3 : Apabila kenyang, bayi akan melepaskan sendiri puting si ibu. Selepas penyusuan, ibu harus menepuk-nepuk dengan perlahan bahagian belakang bayi supaya sendawa. Tujuannya adalah untuk mengelakkan bayi tersedak susu.

 Info Penyusuan

  • Kebiasaannya, bayi yang baru lahir perlu disusukan setiap 2-3 jam mengikut keperluan bayi.
  • Tempoh penyusuan berbeza mengikut bayi. Sesetengah bayi minum lambat dan sesetengah bayi menghisap dengan cepat.
  • Ibu perlu makan makanan yang sihat sepanjang penyusuan dan perbanyakkan minum air.
  • Pastikan bayi bernafas dengan baik semasa penyusuan.
  • Sebelum penyusuan, tekap payudara dengan kain basah suam selama 3-5 minit untuk melancarkan pengaliran susu.

Tips Untuk Ibu Menyusu & Bekerja

Anda bekerja dan ingin meyusukan bayi sehingga berusia 2 tahun?. Tetapi cepat penat?. Banyak perkara yang perlu diuruskan selepas pulang ke rumah?

Tonton vide ini untuk penyelesaiannya. Selamat menonton! 😉

Dia Peer Counselor Laktasi, Tapi Masih Buat INI from iReach HD on Vimeo.

Susu Ibu Adalah Yang Terbaik Untuk Bayi

Sepertimana yang kita tahu, susu ibu adalah yang terbaik. Jika anda mengalami masalah penyusuan, sila berjumpa kaunselor penyusuan atau rujuk doktor.

Susu formula adalah jalan kedua selepas gagal memberi susu ibu. Sebagai ibu, kita haruslah memberikan yang terbaik untuk bayi.

 

susu ibuWAN ZAINAB BT WAN MUHAMMAD
Shaklee Independent Distributor
Tel : 013-232 1416
Email : puteribongsu33@gmail.com
FB LIkes : Seri Bongsu Healthy

Seorang Ibu yang bekerja dari rumah (WAHM), mempunyai dua orang cahaya mata, dan merupakan Konsultan Nutrisi Shaklee sejak tahun 2013.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *