Kopi Vs Kafein : Teruskan Atau Tinggalkan?

kopiKali ini saya ingin kongsikan tentang minuman kegemaran saya iaitu kopi. Tidak dapat dinafikan, saya memang suka kopi. Rasanya yang sedap dan meningkatkan tenaga.

Itulah penyebab saya tidak boleh tinggalkan kopi terutamannya kopi pra campuran yang dalamnya terkandung krimer, herba-herba dan lain-lain.

Saya mula minum kopi sejak di bangku sekolah menengah Tingkatan 6 atas. Minum kopi untuk elakkan mengantuk, dan untuk kesegaran. Memang pada awalnya minum untuk stay up dan buat ulangkaji.

Lama kelamaan menjadi ketagihan. Sehari tidak minum 1 sachet, tidak sah. Kenapa jadi ketagihan.? Mungkin sebab kandungan kafein menjadikan saya ketagih.

Sehinggalah saya ke universiti, saya masih tidak dapat tinggalkan kopi. Jika tidak dapat membeli kopi pra campuran kerana harga yang mahal, saya beli kopi yang harganya berpatutan bagi seorang pelajar seperti saya. Harga belasan tinggit untuk 30 sachet sudah cukup murah bagi saya.

Apabila minum kopi, saya tidak mengantuk. Saya ulangkaji sehingga lewat malam dan juga awal pagi kerana pada waktu-waktu tersebut tidak ada gangguan dan mudah faham jika membaca.

Sehinggalah pada suatu hari, saya rasa ada perubahan yang negatif berlaku kepada diri saya. Jantung saya berdenyut kencang dan tangan saya terketar-ketar.

Efek lain yang saya dapat, kerap membuang air kecil dan besar. Berat badan saya turun. Saya tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian. Apabila hendak tidur, saya tidak dapat melelapkan mata dan jika saya paksa mata lelap, bermacam bayangan negatif hadir dalam minda saya.

Selepas itu, saya tidak minum kopi lagi.! Saya nekad berhenti minum kopi. Alhamdulillah, saya berjaya hentikan ketagihan kopi. Tetapi hanya sekejap sahaja. Saya menjadi ketagihan semula sewaktu selepas melahirkan anak kerana saya cepat mengantuk diwaktu pagi.

Justeru, saya terus berazam untuk tinggalkan pengambilan kafein secara perlahan-lahan kerana bimbang kesan jangka masa panjang terjadi ke atas diri saya.

Bahaya Kopi Kerana Kandungan Kafein

Kopi sangat terkenal dengan kandungan kafein yang tinggi. Sesetengah orang berpendapat bahawa kopi sangat bagus kerana antioksida.

Kafein adalah salah satu bahan rangsangan dan zatnya akan meningkatkan aliran darah dan denyutan jantung. Boleh didapati daripada tumbuh-tumbuhan bijirin seperti kopi, guarana, daun teh dan sebagainya.

Pengambilan kafein yang berlebihan boleh menyebabkan kesan-kesan negatif.

Kesan Negatif Pengambilan Kafein

  • Denyutan jantung meningkat dan laju kerana darah dipam dengan cepat.
  • Mempengaruhi sistem saraf iaitu anggota tubuh badan menjadi terketar-ketar.
  • Kerap membuang air besar dan kecil serta boleh menyebabkan dehidrasi
  • Penyebab sakit kepala atau migrain
  • Pengambilan kafein oleh ibu hamil secara berlebihan boleh menyebabkan keguguran.
  • Boleh menyebabkan terhasilnya asid yang tidak diperlukan oleh tubuh badan.
  • Mengganggu proses pencernaan.
  • Mengganggu penyerapan suplemen.
  • Ibu menyusu tidak digalakkan minum minuman berkafein kerana boleh menyebabkan susu merudum tapi tiada kajian boleh dibuktikan setakat ini.

Cinch Tea Mix Pengganti Kopi

Setelah diperkenalkan dengan Cinch Tea Mix Shaklee, saya berhenti minum kopi. Kandungan taurina dalam Cinch Tea menggantikan kopi dan taurina sebagai penggalak tenaga semulajadi.

kopi

Gabungan teh hijau, teh matcha, teh rooibos menjadikan Cinch Energy Tea Mix lebih sedap dan menyegarkan. Selain untuk tenaga dan kesegaran, Cinch Energy Tea Mix juga untuk menjadikan peminumnya sentiasa awet muda.

Rasa lapar juga berkurangan kerana Cinch Energy Tea Mix menyekat nafsu makan dan juga mengatasi masalah perut buncit. Baik untuk mereka yang ingin kuruskan badan dan menurunkan berat badan.

Kongsi Dan Sebarkan Artikel Ini

Kongsi dan sebarkan info kesihatan ini kepada rakan-rakan anda yang lain. Semoga maklumat yang ditulis ini memberikan kebaikan kepada anda. Cegah sebelum parah!.

Untuk tempahan dan maklumat tentang Cinch Energy Tea Mix boleh hubungi saya :

kopi

WAN ZAINAB BT WAN MUHAMMAD
Shaklee Independent Distributor
Tel : 013-232 1416
Email : puteribongsu33@gmail.com
FB LIkes : Seri Bongsu Healthy

Seorang WAHM (work at home mother), isteri kepada suami yang penyayang dan ibu kepada seorang cahaya mata yang comel dan manja. Berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk keluarga dan masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *