Pantang Larang Semasa Hamil Yang Perlu Di Elakkan

pantang larang semasa hamilKehamilan merupakan satu saat yang indah dan manis untuk dirasai oleh semua wanita. Walaubagaimanapun, semasa hamil banyak perkara yang perlu ibu pelajari dan ibu ketahui.

Oleh itu, sebelum kehamilan si ibu perlu mencari banyak info tentang kehamilan dan perlu juga melakukan persediaan setelah disahkan hamil. Banyak perkara yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan sepanjang kehamilan.

Beberapa aspek pantang larang semasa hamil perlu dipatuhi agar ibu dan kandungan sentiasa dalam keadaan selamat.

Beberapa Aspek Pantang Larang Semasa Hamil

# Pemakanan

Perkara wajib yang perlu dititikberatkan sepanjang kehamilan ialah dari aspek pemakanan. Kerana makanan juga boleh menjadi punca penyakit.

Aspek makanan adalah pantang larang semasa hamil yang perlu dipatuhi. Biasanya bagi ibu hamil, awal-awal lagi dalam minda mereka sudah di set makan untuk dua orang.

Antara makanan yang perlu dijauhi atau dihindarkan ialah :

  • Makanan yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, arak, dan sebagainya. Pengambilan kafein boleh menyebabkan keguguran dan menyebabkan tekanan darah menjadi rendah sekaligus menyebabkan kadar bacaan hb rendah.
  • Elakkan minum teh herba kerana boleh menyebabkan kontraksi sebelum tibanya waktu bersalin sebenar.
  • Kurangkan pengambilan seafood kerana kandungan merkuri didalamnya akan membahayakan kesihatan janin. Seafood terutamanya ikan mengandungi minyak omega 3, dan baik untuk perkembangan otak bayi. Hanya udang dan ikan sahaja boleh diambil semasa hamil dan perlulah dimasak terlebih dahulu.
  • Gula perlu dikurangkan kerana dikhuatiri ibu hamil berisiko untuk menghidap diabetis semasa hamil.
  • Elakkan makan makanan separuh masak atau makanan mentah.

# Jauhi Rokok

Rokok akan menyebabkan janin kekurangan oksigen dan pertumbuhan janin akan terbantut.  Selain itu, asap rokok juga boleh menyebabkan bayi sumbing, dan paru-paru gagal berfungsi sekaligus akan menyebabkan kematian.

# Jauhi Kucing

Binatang seperti kucing boleh menyebabkan Toksoplasma. Akan menyebabkan kepenatan, demam, penyakit kulit, sakit tekak dan sakit kepala.

# Ubat-ubatan Tanpa Nasihat Doktor

Jika anda mengalami masalah kesihatan semasa hamil, jangan sesekali makan ubat-ubatan tanpa merujuk doktor. Di bimbangi akan menyebabkan kesan negatif seperti keguguran janin, melemahkan sistem imun ibu dan sebagainya.

# Senaman Dan Aktiviti Riadah

Senaman seperti jogging, berbasikal, meluncur, outdoor sport dan sebagainya perlu dielakkan atau ditinggalkan sementara semasa hamil. Hal ini demikian kerana, dikhuatiri akan menyebabkan keguguran janin.

Aktiviti ini memerlukan tenaga serta pergerakan yang banyak, jadi ibu hamil tidak sesuai melakukan aktiviti seperti ini. Berjalan kaki dan senaman ringan atau lembut memadai untuk ibu hamil. Berenang dan yoga amat digalakkan.

# Hadkan Aktiviti

Aktiviti seperti membeli belah, melancong, bekerja lebih masa dan aktiviti yang memerlukan banyak pergerakan perlu dihadkan semasa hamil terutamanya semasa trimester pertama.

Pada awal kehamilan, rahim tidak kuat dan perlu dijaga dengan baik. Ibu tidak boleh berasa penat, stress dan letih kerana dikhuatiri mengganggu proses tumbesaran janin.

# Melakukan Kerja-kerja Berat

Pantang larang semasa hamil seterusnya ialah ibu tidak boleh melakukan kerja-kerja seperti mengangkat sesuatu yang berat.

Perkara ini boleh menjejaskan janin dalam kandungan dan juga menyebabkan rahim lemah dan sesetengah ibu akan mengalami rahim jatuh. Contohnya, mengangkat meja, air di dalam baldi, menolak kereta dan lain-lain.

Jika terdesak, minta bantuan daripada orang sekeliling untuk menyelesaikan tugas anda.

Apa jua keadaan, pantang larang semasa hamil perlu dititikberatkan supaya ibu dan bayi sentiasa sihat, dan bayi membesar dalam keadaan yang sepatutnya.

Sharing Is Caring

Share dan sebarkan pantang larang semasa hamil untuk manfaat dan kebaikan semua kerana berkongsi itu lebih baik. Semoga anda memperolehi ilmu yang bermanfaat ini sebagai rujukan. InshaAllah.

 

pantang larang semasa hamilWAN ZAINAB BT WAN MUHAMMAD
Shaklee Independent Distributor
Tel : 013-232 1416
Email : puteribongsu33@gmail.com
FB LIkes : Seri Bongsu Healthy

Seorang WAHM (work at home mother), isteri kepada suami yang penyayang dan ibu kepada seorang cahaya mata yang comel dan manja. Berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk keluarga dan masyarakat.

One thought on “Pantang Larang Semasa Hamil Yang Perlu Di Elakkan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *