Masalah Kesihatan Bayi Yang Perlu Ibu Bapa Ketahui

masalah kesihatan bayiKehadiran anak dalam sesebuah keluarga mengindahkan dan memeriahkan lagi sesi rumah. Ibu dan ayah ingin sekali melihat si comel membesar dalam keadaan sihat dan ceria sentiasa.

Namun begitu, menjaga bayi bukanlah semudah yang disangka. Memberi makan, minum, pakai dan sebagainya. Bayi meragam secara tiba-tiba adalah perkara biasa. Berjaga malam menjaga bayi yang tidak sihat memang biasa dilalui oleh ibu bapa.

Ada yang terpaksa mengambil cuti untuk menjaga permata hati mereka. Seperti orang dewasa, bayi juga mengalami masalah kesihatan. Kerana sistem imun bayi masih lemah dan mudah berjangkit.

Terdapat beberapa masalah kesihatan bayi yang biasanya dihadapi semasa sedang membesar.

Masalah Kesihatan Bayi Yang Perlu Anda Ketahui

1. Sedu

Sedu adalah masalah kesihatan bayi yang perkara biasa berlaku. Memang kerap berlaku dalam sehari. Bagi ibu, usah risau kerana sedu adalah normal. Menurut doktor, keadaan ini disebabkan bayi terlalu kenyang.

Petua orang-orang tua, basahkan sedikit tisu dan letakkan pada bahagian dahi bayi anda. Sedu akan hilang selepas itu.

2. Muntah

Kebiasaannya berlaku selepas menyusu atau setengah jam atau sejam selepas penyusuan. Kuantiti muntah adalah sedikit dan jika muntah bayi terlalu banyak dan tidak henti, ibu perlu membawa bayi ke klinik. Bayi anda mungkin mengalami masalah pada usus.

Muntah juga berlaku kerana bayi menyusu terlebih dos. Perut bayi tersangat kecil dan mempunyai had untuk menyimpan susu. Sebab itulah bayi memang kerap menyusu iaitu sekurang-kurangnya 8 kali sehari.

Sebaiknya, selepas menyusu sendawakan bayi dengan memangku dan meletakkan kepala bayi menghadap bahu anda, kemudian tepuk perlahan-lahan.

3. Kembung Perut

Masalah kesihatan bayi ini biasa berlaku dan selalunya kerap berlaku pada waktu malam. Banyak punca kembung perut terhadap bayi, antaranya disebabkan oleh pemakanan ibu, cuaca dan juga susu formula yang tidak sesuai.

Untuk melegakan perut bayi, sapu minyak angin atau minyak telon di bahagian perut, bahagian belakang badan, telapak kaki dan pada bahagian betis. Pastikan minyak yang digunakan selamat untuk bayi.

Cara tradisioanal juga boleh digunakan dengan menggunakan tungku herba yang telah dipanaskan, pastikan suhu yang selamat untuk kulit bayi dan tuam pada perut bayi. InshaAllah, ini akan melegakan kembung perut bayi.

4. Cirit Birit

Ada yang menyatakan bahawa jika bayi buang air besar lebih daripada tiga kali dianggap cirit birit. Akan tetapi, perlu juga dilihat dari segi warna najis dan juga bentuknya.

Biasanya jika bayi mengalami cirit birit, najisnya sedikit dan cair serta membuang lebih daripada tiga kali. Bayi yang kerap menyusu juga kerap membuang.

Untuk mengatasinya, anda haruslah memberi bayi anda air(untuk bayi 6 bulan ke atas) atau menyusu secara kerap kerana telah berlaku dehidrasi atau mendapatkan rawatan dengan segera.

5. Sembelit @ Tidak Buang Air Besar

Pernah berlaku kepada bayi saya sendiri. Tidak membuang air  besar selama 5 hari, saya terus merujuk doktor. Menurut doktor, situasi ini adalah perkara biasa dan normal bagi bayi yang menyusu badan.

Doktor juga menasihati saya supaya jangan bimbang dan biarkan bayi membuang secara semulajadi. Tetapi saya memilih untuk menggunakan ubat, kerana risau bayi saya tidak selesa.

Sebagai penyelesaian, doktor memberi ubat iaitu Ravin Enema untuk dimasukkan ke bahagian dubur untuk merangsang supaya bayi saya membuang.

6. Ruam

Masalah kesihatan bayi yang popular dan kerap terjadi ialah ruam. Sebagai ibu, kerisauan melanda jika terdapat bintik-bintik merah yang timbul pada wajah dan bahagian kulit yang lain terutamanya punggung.

Biasanya yang kerap berlaku kepada bayi ialah ruam lampin. Keadaan ini terjadi disebabkan oleh lambat menukar lampin bayi dan juga kulit bayi cepat berpeluh. Kulit bayi sangat lembut dan sensitif, jadi penjagaan yang rapi amat diperlukan.

Ruam juga terjadi pada bahagian celah-celah paha dan lipatan anggota badan bayi. Sebagai penyelesaiannya, gunakan krim pelindung ruam yang tidak menyerap air.

Lampin yang basah perlu ditukar segera atau sebaik-baiknya 6 jam sekali. Jika bayi anda buang air besar, jangan melambatkan proses pembersihan kerana keadaan tersebut membuatkan bayi anda tidak selesa dan boleh menyebabkan gatal-gatal.

7. Selsema

Masalah kesihatan bayi seperti selsema kerap berlaku setiap bulan. Sistem pertahanan bayi masih belum kuat dan mudah dijangkiti virus. Selsema akan meyebabkan bayi tidak selesa dan adakalanya tidak lena tidur.

Hidung tersumbat menyebabkan bayi sukar bernafas dengan baik. Jika dapatkan rawatan di klinik, untuk bayi 6 bulan ke atas sahaja dibekalkan ubat.

Tetapi, di farmasi atau klinik juga terdapat ubat titis khas untuk selsema bayi. Fungsi ubat tersebut adalah untuk membuka jalan supaya pernafasan bayi lebih lancar.

Selsema terjadi disebabkan kahak terkumpul pada bahagian paru-paru bayi. Untuk membuang kahak, memang sukar, kerana bayi masih kecil. Anda juga boleh mencuba untuk melakukan Teknik Steam/Garlic Steam untuk melegakan bayi anda.

Atau sapukan minyak bawang putih di bahagian dada, belakang dan tapak kaki bayi. InshaAllah, cara ini akan memberikan kelegaan kepada bayi anda.

8. Demam

Masalah kesihatan bayi yang seterusnya ialah demam. Suhu biasa bagi bayi ialah 37 darjah celcius, jika suhu melebihi 38 darjah celcius ke atas , itu tandanya bayi anda demam.

Apa yang saya lakukan ketika bayi saya demam, saya meletakkan tuala basah di kepala dan juga dicelah ketiak untuk menurunkan suhu bayi. Memandangkan bayi saya berusia di bawah 6 bulan, tiada ubat dibekalkan.

Saya hanya memastikan suhu badan dalam keadaan normal. Saya juga mengambil suplemen Nutriferon dan Garlic Complex untuk sistem imun kerana saya menyusu sepenuhnya.

 Jadilah Ibu Bapa Yang Prihatin

Jika bayi anda mengalami masalah kesihatan, segeralah berjumpa doktor. Selalulah mencari ilmu keibubapaan untuk rujukan anda dan bayi anda. Sebagai ibu bapa, kita adalah penjaga amanah Allah s.w.t. , permata keluarga yang tidak ternilai.

Masalah kesihatan bayi jangan dipandang mudah kerana bayi masih kecil dan tidak kuat untuk melawan sebarang virus, kuman dan sebagainya.

Share Kepada Semua Ibu Bapa Di Luar Sana!

Selesai membaca entri masalah kesihatan bayi, sudi-sudikanlah share kepada mereka yang bernama ibu dan bapa. Semoga segala maklumat tentang masalah kesihatan bayi  memberikan manfaat kepada anda semua.

 

masalah kesihatan bayiWAN ZAINAB BT WAN MUHAMMAD
MOHD HAFIZULLAH MANSOR
Shaklee Independent Distributor
Tel : 013-232 1416/017-971 2818
Email : puteribongsu33@gmail.com
FB LIkes : Seri Bongsu Healthy

Seorang WAHM (work at home mother), isteri kepada suami yang penyayang dan ibu kepada seorang cahaya mata yang comel dan manja. Berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk keluarga dan masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *