Perancang Keluarga : Sejauhmanakah Keberkesanannya?

perancang keluargaSetahun lalu, semasa bayi saya dimasukkan ke hospital kerana jaundis, saya berkesempatan untuk menyusu di khas yang telah disediakan oleh pihak hospital.

Sambil menyusu bayi, saya terdengar perbualan salah seorang ibu tentang pil perancang. Ibu muda tersebut baru berusia 24 tahun dan mempunyai 4 orang anak yang masih kecil. Katanya, beliau sudah mengambil pil perancang, namun tetap hamil.

Lantas saya terfikir, bagaimana pil perancang tersebut tidak berfungsi dengan sebaiknya. Sedangkan ibu yang mahu menjarakkan kehamilan, sangat bergantung harap kepada pil perancang.

Justeru, saya mula mengkaji tentang kelebihan dan kelemahan program perancang keluarga ini.

Pengenalan Ringkas Program Perancang Keluarga

Perancang keluarga diambil untuk menjarakkan kelahiran supaya dapat mengelakkan kelahiran yang kerap. Kebiasaannya selepas kelahiran, doktor akan menawarkan program ini untuk ibu.

Perancang keluarga diambil oleh ibu yang mempunyai masalah semasa melahirkan atau ibu yang mempunyai masalah kesihatan. Tindakan ini sekaligus dapat menyelamatkan nyawa ibu dan bayi jika kehamilan ibu sering bermasalah.

Disamping itu juga, perancang keluarga diambil untuk memberikan ruang untuk ibu berehat dan menumpukan sepenuh perhatian buat anak-anak yang masih kecil.

Malahan, dalam Islam juga menggalakkan kita untuk menjarakkan kehamilan kerana bimbang anak-anak tidak cukup kasih sayang dan didikan.

Kenali Kaedah Perancang Keluarga

Secara umumnya terdapat pelbagai jenis kaedah perancang keluarga. Ianya bergantung kepada kesesuaian tubuh badan ibu. Pastikan, perancang yang diambil mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia atau mendapat nasihat daripada doktor.

Untuk pengetahuan anda, terdapat 4 jenis kaedah perancang keluarga yang biasa diambil oleh ibu. Kaedah tersebut ialah :

1. Kaedah Semulajadi

Kaedah ini amat jarang dilakukan dan  tidak melibatkan kos dari segi wang ringgit dan selamat kerana bebas daripada sebarang ubat yang berunsurkan bahan kimia.

Kaedah semulajadi meliputi, pengiraan waktu subur, kaedah tanpa haid penyusuan, kaedah cairan dan lendiran faraj, dan kaedah gabungan.

2. Kaedah Kekal

Melibatkan pembedahan dengan mengikat tiub fallopio supaya menghalang sperma memasuki tiub. Kaedah ini dilakukan dengan memotong sedikit tiub dan diletakkan cincin. Kaedah ini adalah kekal untuk selama-lamanya dan tidak boleh hamil lagi.

Bagi yang ingin melakukan kaedah ini, anda dinasihatkan untuk berfikir semasak-masaknya supaya anda tidak menyesal kemudian hari.

3. Kaedah Hormon

Kaedah ini amat popular dalam kalangan ibu kerana kaedah ini amat mudah dilakukan. Meliputi pengambilan pil perancang, pemasangan implan dan suntikan hormon pencegah kehamilan.

Pengambilan pil perancang perlulah secara konsisten kerana jika terlupa untuk mengambilnya, dikhuatiri tidak berkesan.

Suntikan hormon pencegah kehamilan berfungsi untuk mencegah ovulasi iaitu dengan menjadikan dinding rahim menipis sekaligus janin tidak akan melekat.

Suntikan ini perlu diambil selama 3 bulan dan perlu mengulangi suntikan susulan setiap 3 bulan seterusnya. Masa yang sesuai untuk suntikan ini pada hari keempat selepas bermulanya haid.

Kaedah Implan atau Implanon dilakukan dibahagian lengan yang mana implan yang berbentuk seperti lidi akan dipasang di bawah kulit lengah. Kaedah ini bertahan sehingga 3 tahun untuk mencegah kehamilan.

Tujuannya adalah untuk menghalang sperma memasuki rahim dan menghalang pengeluaran telur kerana mengandungi hormon progesteron.

Seterusnya ialah kaedah Intra Uterine Contraceptive Device (IUCD) dalam bahasa mudahnya, Alat Pencegahan Kehamilan Dalam Rahim.

Alat ini diperbuat daripada sejenis bahan khas iaitu benang dan dimasukkan ke dalam rahim melalui faraj ketika haid. Alat ini akan dikeluarkan sebaik sahaja genap 3 hingga 5 tahun.

4. Kaedah Halangan

Kaedah ini menggunakan kondom, topi servik dan diafragma. Kondom adalah cara yang tidak melibatkan pemasangan alat pencegah kehamilan.

Topi serviks berbentuk topi dan tujuannya ialah untuk menghalang sperma memasuki serviks.

Diafragma pula berbentuk seperti kubah dan tujuannya adalah sama seperti kondom dan topi serviks, iaitu untuk menghalang sperma masuk ke bahagian serviks.

Kesan Sampingan Perancang Keluarga

Beberapa kesan sampingan akan berlaku kepada mereka yang menggunakan kaedah 2 dan 3.

Antara kesan-kesannya ialah :

  • Kitaran haid tidak teratur dan ada juga yang tidak datang haid selama 1 hingga 2 tahun.
  • Sering mengalami sakit kepala.
  • Perubahan berat badan.
  • Sengugut dan sakit pinggang.
  • Keguguran rambut.
  • Pendarahan semasa haid yang luar biasa.

Kesan sampingan ini biasanya berlaku pada awal penggunaan, tetapi ada juga yang mengalaminya sepanjang masa. Justeru, anda dinasihatkan untuk merujuk doktor kerana dikhuatiri masalah lain timbul.

Pilihan Di Tangan Anda

Pilihlah kaedah yang sesuai dengan anda dan sebaiknya sebelum melakukan atau memilih program perancang, anda haruslah berbincang dengan pasangan dan juga merujuk kepada mereka yang lebih pakar dalam hal ini.

Namun, anda perlu ingat bahawa perancang keluarga hanyalah membantu mencegah kehamilan. Jangan bergantung harap seratus peratus dengan alat pencegah kehamilan kerana, ada juga yang berpotensi hamil walaupun menggunakan alat pencegah hamil.

Selepas Baca, Sila Share!

Sila share artikel ini untuk manfaat serta rujukan anda dan semoga  apa yang telah ditulis amat berguna untuk anda semua.

 

perancang keluaga WAN ZAINAB BT WAN MUHAMMAD
MOHD HAFIZULLAH MANSOR
Shaklee Independent Distributor
Tel : 013-232 1416/017-971 2818
Email : puteribongsu33@gmail.com
FB LIkes : Seri Bongsu Healthy

Seorang WAHM (work at home mother), isteri kepada suami yang penyayang dan ibu kepada seorang cahaya mata yang comel dan manja. Berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk keluarga dan masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *