Baby Blues Syndrome : Gejala & Penyelesaiannya

baby blues syndromeSelepas bersalin atau melahirkan cahaya mata, bukan status sahaja berubah malah kehidupan ibu selepas itu serta merta berubah. Saat itu memang sangat menggembirakan suami isteri kerana dapat menatap wajah bayi tersayang.

Namu begitu, selepas pulang ke rumah, 50%  ibu akan mengalami baby blues syndrome. Apa itu baby blues syndrome?. Iaitu satu keadaan yang mana ibu akan sedikit tertekan selepas melahirkan. Ianya juga digelar stress selepas bersalin.

Hal ini ini disebabkan oleh perubahan hormon ibu selepas kelahiran. Kebiasaannya berlaku hari pertama kelahiran hinggalah hari ke 14 kelahiran. Untuk membiasakan diri dengan kehidupan baru, sindrom ini perlu dilalui oleh ibu-ibu.

Gejala Baby Blues Syndrome

  • Mudah penat, cepat merasa letih dan tidak bertenaga
  • Cepat lupa dan fikiran menjadi kosong
  • Nafsu makan bertambah dan ada juga berkurang serta mengalami penurunan berat badan yang drastik.
  • Sukar melelapkan mata dan ada juga yang tidur berlebihan
  • Tidak berminat untuk menjaga bayi ataupun terlalu obses mengambil berat terhadap bayi
  • Sentiasa dalam keadaan sedih dan stress

Penyelesaian Kepada Masalah Baby Blues Syndrome

  •  Luahkan perasaan kepada suami atau orang yang terdekat
  • Berehat secukupnya dan biarkan suami atau ahli keluarga membantu menguruskan bayi
  • Berikan ruang kepada ibu untuk bertenang
  • Membaca majalah, dengar muzik atau ajaklah orang sekeliling berbual iaitu orang yang terdekat ialah suami

Atasi Baby Blues Syndrome  Menurut Perspektif Islam

Sebagai muslim, kita diwajibkan untuk sentiasa bertenang dan bersabar dalam apa jua keadaan. Untuk mengatasi masalah ini, peranan anggota keluarga amat penting.

 -> Bacaan Al-Quran

Suami perlu mengalunkan bacaan Al-Quran semasa bersama isteri yang sedang berpantang agar jiwa mereka menjadi tenang dan sentiasa mengingati Allah s.w.t. Semasa berpantang, memang banyak dugaan dan bisikan syaitan juga tidak terkecuali.

Jika suami tidak dapat membaca, haruslah memutarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran hanya dari mp3, radio, video dan sebagainya. Al- Quran adalah penawar kepada segala masalah yang berkaitan hati dan jiwa.

-> Doa

Semasa berpantang, ibu tidak dapat membaca Al-Quran kerana masih dalam hadas. Untuk mendapat ketenangan, doa-doa harian juga boleh diamalkan atau membaca Al-Mathurat.

-> Buku-buku Agama

Suami perlu menyediakan bahan-bahan bacaan seperti buku-buku keagamaan atau berbentuk motivasi untuk dibaca oleh isteri semasa berpantang. Cara ini juga boleh mengelakkan isteri dalam keadaan tekanan. InshaAllah.

-> Kata-kata Nasihat

Suami adalah orang yang paling rapat dengan isteri dan segala kata-kata suami mestilah isteri patuhi bukan?. Jadi untuk mengatasi masalah baby blues syndrome yang dihadapi oleh isteri, suami perlulah memberi kata-kata nasihat dan perangsang supaya isteri boleh bertenang mengahadapi keadaan itu.

Vitamin B Complex Boleh Membantu Atasi  Stress Akibat Baby Blues Syndrome

Vitamin B Complex adalah salah satu cara untuk mengatasi masalah ini. Mengandungi 8 jenis vitamin B iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik, dan biotin.

Fungsi vitamin ini ialah melawan tekanan iaitu memastikan keadaan saraf berfungsi dengan baik sekaligus dapat meredakan masalah sakit kepala, tekanan atau stress, kemurungan dan insomnia.

Vitamin B juga berfungsi menukar makanan tenaga, sekaligus menjadikan ibu berpantang sentiasa bertenaga dalam apa jua keadaan.

Selain B Complex, anda juga boleh cuba vitamin lain seperti Vita Lea, Ostematrix, Vitamin C dan juga Energizing Soy Protein untuk mengembalikan semula kecergasan semasa berpantang serta menyusukan bayi.

Ikuti bingkisan video Bagaimana Nak Kekal Bertenaga Untuk Ibu Menyusu . Selamat menonton! 😉

Dia Peer Counselor Laktasi, Tapi Masih Buat INI from iReach HD on Vimeo.

Baby Blues Syndrome Perlu Ditangani

Sindrom ini perlu ditangani agar sesuatu yang tidak diingini akan berlaku kepada ibu. Jika tidak ditangani dengan betul dan secara bijak, meroyan boleh berlaku.

Senario ini berkaitan dengan perasaan ibu dan juga mental, jadi suami dan orang sekeliling haruslah memberi kerjasama. Ibu berpantang memerlukan masa untuk pulih dan jika tidak diberikan perhatian, akan menjadi gangguan mental.

Suami perlulah sentiasa disisi untuk memberi sokongan kepada isteri tercinta. Walaupun telah menerima kehadiran orang baru iaitu bayi, perasaan ibu perlulah dijaga. Kerana, kedua-duanya memerlukan perhatian dan penjagaan yang khusus.

Sekian.

Untuk tempahan Vitamin B Complex, boleh hubungi kami dan belian secara online sila klik sini.baby blues syndromeWAN ZAINAB BT WAN MUHAMMAD
MOHD HAFIZULLAH MANSOR
Shaklee Independent Distributor
Tel : 013-232 1416/017-971 2818
Email : puteribongsu33@gmail.com
FB LIkes : Seri Bongsu Healthy

Seorang WAHM (work at home mother), isteri kepada suami yang penyayang dan ibu kepada seorang cahaya mata yang comel dan manja. Berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk keluarga dan masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *