Kenali Jantina Bayi Berdasarkan Pengalaman Orang Lama

jantina bayiSewaktu saya hamil anak sulung, memang tiada pengalaman. Tetapi, saya banyak belajar daripada orang yang lebih makan garam iaitu bidan, emak, kakak, kawan-kawan dan juga daripada jururawat serta doktor.

Banyak yang saya pelajari daripada mereka mengenai kehamilan dari awal sehingga waktu menjelangnya bersalin. Antara yang saya pelajari ialah bagaiman hendak mengenali jantina bayi mengikut tanda-tanda yang ada pada tubuh dan perlakuan ibu.

Namun apa yang saya kongsikan ini bukannya 100% betul, tetapi apa telah saya lalui adalah benar.

Kenali Jantina Bayi Anda

Terdapat beberapa tanda untuk mengetahui jantina bayi dalam kandungan. Antaranya ialah :

1. Garisan Pada Perut

Salah satu cara untuk mengenali jantina bayi ialah berdasarkan garisan yang ada di bahagian perut ibu. Cara ini dikongsikan oleh jururawat desa yang memeriksa saya.

Setiap perut manusia mempunyai tanda garisan tersebut. Apabila perut membesar, boleh dikesan perubahan pada garisan tersebut. Untuk jantina bayi lelaki, garisan di perut adalah putus dan tidak sama.

Bagi bayi perempuan pula, garisan antara pusat adalah sama.

2. Bentuk Perut

Biasanya boleh nampak semasa kandungan semakin membesar. Jika bentuk perut bulat seperti bola, itu bermakna jantina bayi ialah lelaki. Manakala, untuk jantina bayi perempuan, bentuk perut adalah sedikit bujur.

3. Makanan

Dari segi makanan, ibu yang suka makan makanan yang masam-masam, seperti asam boi, mangga muda dan lain-lain, itu bermakna bayi yang dikandung adalah bayi perempuan. Jika di ibu tidak suka makan makanan yang masam, itu tandanya bayi lelaki.

Memang betul, semasa tempoh kehamilan saya, saya memang tidak suka makan mangga muda, dan makanan yang masam-masam.

4. Bayi Menendang

Biasanya apabila janin sudah cukup sifat atau memasuki usia 5 bulan, bayi mula bergerak. Semasa berusia 6 hingga 7 bulan, boleh dirasakan bayi tersebut banyak bergerak dan mula menendang.

Jika bayi dalam kandungan aktif bergerak, itu bermakna jantina bayi anda adalah lelaki dan jika kurang pergerakan, bayi yang dikandung adalah perempuan.

Jangan salah sangka ya. Kadang-kadang bayi perempuan juga aktif menendang.

5. Perubahan Wajah

Semasa saya hamil, perubahan wajah memang sangat berbeza. Saya nampak wajah saya sedikit berseri-seri daripada biasa. Sedangkan pada awal kehamilan, memang wajah saya kusam dan tidak berseri. Mungkin kerana kesan alahan yang berlaku pada diri saya.

Kata orang, jika hamil anak lelaki, pastinya wajah ibu lain sangat dan sangat berseri-seri. Berbeza pula anak perempuan, wajah ibu sedikit bermasalah dan sedikit berbeza.

6. Posisi Tidur

Posisi tidur mengiring ke kanan, itu bermakna anda sedang hamil bayi perempuan. Bagi ibu yang suka tidur dengan posisi ke kiri, itu bermakna kandungan ibu adalah bayi lelaki.

Sharing Is Caring

Jika anda sedang hamil, anda boleh cuba lihat tanda-tanda yang ada pada diri anda, sama ada kandungan anda adalah lelaki mahupun perempuan. Ini adalah perkongsian daripada pengalaman saya belajar dari orang lama.

Apa yang penting, doakan kesihatan bayi di dalam kandungan dan semoga bayi anda membesar dengan sihat.

Share entri ini untuk pengetahuan ibu-ibu di luar sana.

jantina bayi

WAN ZAINAB BT WAN MUHAMMAD
MOHD HAFIZULLAH MANSOR
Shaklee Independent Distributor
Tel : 013-232 1416/017-971 2818
Email : puteribongsu33@gmail.com
FB LIkes : Seri Bongsu Healthy

Seorang WAHM (work at home mother), isteri kepada suami yang penyayang dan ibu kepada seorang cahaya mata yang comel dan manja. Berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk keluarga dan masyarakat.

2 thoughts on “Kenali Jantina Bayi Berdasarkan Pengalaman Orang Lama”

    1. hehe..sedap dh dpt anak puan..ari tu nab hrp puan jgk..tp bila nurse kate garisan putus, laki..ermm..haha…
      tmbh2 dgn scan lg..x hrp dh gegirl..hehe..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *