Kontraksi Bersalin & Cara Yang Terbaik Untuk Menanganinya

kontraksi bersalinApabila tibanya waktu untuk melahirkan, setiap ibu tidak akan terlepas untuk merasai kontraksi. Kontraksi ialah kesakitan yang dialami sebelum tibanya saat bayi keluar ke dunia.

Kontraksi berlaku disebabkan kepala bayi sentiasa menolak pintu rahim untuk keluar kerana sudah sampai masanya untuk bertemu ibu tersayang dan sudah tiba masanya untuk meninggalkan alam rahim.

Semua ibu merasai kontraksi dan cuma tempoh kontraksi adalah berbeza mengikut individu. Ada yang mengambil masa yang lama sehingga 8 jam atau 24 jam dan ada juga cepat sekitar 1 hingga 2 jam sahaja. Continue reading Kontraksi Bersalin & Cara Yang Terbaik Untuk Menanganinya

Tanda-tanda Hendak Bersalin Mengikut Pengalaman Saya

tanda-tanda hendak bersalinMengimbau kembali saat-saat melahirkan bayi pertama, semuanya cukup indah. Memang tidak dapat dinafikan bahawa saat itu kesakitan yang dirasakan sangat luar biasa.

Saya bertarung selama 6 jam, menahan kesakitan semasa di labour room. Kata orang, jika kita banyak berjalan dan melakukan senaman yang sesuai untuk wanita hamil, bukaan rahim lebih mudah. Nampaknya tidak sama sekali. Continue reading Tanda-tanda Hendak Bersalin Mengikut Pengalaman Saya

WAHM @ Work At Home Mother Adalah Pilihan Saya

WAHM 5 Oktober 2014 yang lalu genap 2 tahun saya meletak jawatan di sebuah badan kerajaan. Keputusan yang diambil sangat tergesa-gesa kerana mahu menunaikan nazar saya. Nazar saya, jika saya hamil, saya akan berhenti kerja.

Allah tunaikan impian saya untuk bergelar seorang ibu. Mungkin hasil daripada doa yang tidak putus-putus untuk menimang cahaya mata. Ramai yang tidak setuju dan ada juga yang faham. Continue reading WAHM @ Work At Home Mother Adalah Pilihan Saya

Perancang Keluarga : Sejauhmanakah Keberkesanannya?

perancang keluargaSetahun lalu, semasa bayi saya dimasukkan ke hospital kerana jaundis, saya berkesempatan untuk menyusu di khas yang telah disediakan oleh pihak hospital.

Sambil menyusu bayi, saya terdengar perbualan salah seorang ibu tentang pil perancang. Ibu muda tersebut baru berusia 24 tahun dan mempunyai 4 orang anak yang masih kecil. Katanya, beliau sudah mengambil pil perancang, namun tetap hamil. Continue reading Perancang Keluarga : Sejauhmanakah Keberkesanannya?

Masalah Kesihatan Bayi Yang Perlu Ibu Bapa Ketahui

masalah kesihatan bayiKehadiran anak dalam sesebuah keluarga mengindahkan dan memeriahkan lagi sesi rumah. Ibu dan ayah ingin sekali melihat si comel membesar dalam keadaan sihat dan ceria sentiasa.

Namun begitu, menjaga bayi bukanlah semudah yang disangka. Memberi makan, minum, pakai dan sebagainya. Bayi meragam secara tiba-tiba adalah perkara biasa. Berjaga malam menjaga bayi yang tidak sihat memang biasa dilalui oleh ibu bapa. Continue reading Masalah Kesihatan Bayi Yang Perlu Ibu Bapa Ketahui