Manfaat Omega 3 Kepada Kesihatan Tubuh Badan

omega 3Omega 3 merupakan salah satu asid lemak yang sangat berguna dan diperlukan oleh tubuh badan kita. Tubuh badan kita tidak dapat menghasilkan asid lemak ini dan kita perlu mengambil makanan yang bersumberkan omega 3.

Antara makanan yang kaya dengan asid lemak omega 3 ialah, ikan seperti ikan salmon, dan tuna. Terdapat juga tumbuh-tumbuhan yang mengandungi omega 3 seperti alga, dan juga minyak kekacang.

Ramai yang tidak mengenali omega 3, tetapi jika disebut minyak ikan, sudah tentu mereka kenal. Selalunya jika dilihat di iklan televisyen, minyak ikan kod adalah yang paling popular. Akan tetapi, kelebihannya adalah menjurus kepada kesihatan kanak-kanak.

Berbeza dengan omega 3 yang tulen, kelebihannya bukan sahaja untuk kecerdasan dan kesihatan kanak-kanak, malahan lebih daripada itu dan sesuai untuk semua peringkat usia.

Gejala Kekurangan Omega 3

Omega 3 boleh didapati dalam makanan yang kita ambil seharian. Namun terdapat juga makanan yang tidak mengandungi Omega 3.

Kekurangan Omega 3 dalam tubuh badan manusia boleh menyebabkan masalah seperti berikut :

  • Keletihan yang luar biasa.
  • Daya ingatan yang lemah dan tidak dapat memberik tumpuan terhadap sesuatu perkara, pekerjaan dan tugasan.
  • Kulit menjadi kering dan yang paling teruk, bersisik dan keruping.
  • Kemurungan berlaku dan boleh menyebabkan masalah mental.
  • Masalah jantung kerana kandungan kolestrol dalam darah berlebihan dan boleh menyebabkan kesan-kesan negatif yang lain.

Manfaat Omega 3 Untuk Kesihatan Badan

Selain manfaat untuk kesihatan harian, asid lemak ini sangat membantu mengatasi masalah penyakit kronik seperti :

1. Tekanan Darah Tinggi

Kajian klinikal menyatakan bahawa pengambilan asid lemak sebanyak 3 gram sehari mampu mengurangkan masalah tekanan darah tinggi.

Jom tonton Video Testimoni Darah Tinggi. Selamat menonton!.

Ubat Darah Tinggi? Apa Laki Ni Buat Untuk Turunkan Tekanan Darah from iReach HD on Vimeo.

 

2. Radang Sendi

Merupakan salah satu penyakit yang disebabkan berlakunya inflamasi pada bahagian sendi. Menurut kajian, mendapati bahawa pengambilan omega 3 mampu mengatasi masalah ini dengan memelihara fungsi-fungsi sendi kerana asid lemak ini larut dalam tisu rawan.

3. Lelah @ Asthma

Penyakit asthma berpunca daripada masalah paru-paru dan pengambilan asid lemak ini mampu menyihatkan paru-paru dan juga meningkatkan sistem imun pesakit asthma.

4. Kanser Payudara

Pengambilan omega 3 juga membantu mencegah merebaknya kanser payudara terutamanya jika masih di peringkat awal. EPA dan DHA yang terkandung dalam omega 3 mampu menghalang kesan pertumbuhan kanser payudara.

5. Penyakit Kulit

Membantu memperbaiki masalah kulit yang rosak akibat sinaran UV dan juga masalah radang kulit serta gatal-gatal, ekzema, dan sebagainya.

6. Penyakit Jantung

Sangat sesuai untuk pesakit jantung yang mana omega 3 membantu mengurangkan risiko sakit jantung. Selain itu, asid lemak ini membantu menghapuskan kolestrol dan juga mengurangkan masalah tekanan darah.

Omega Guard Shaklee Sumber Omega 3 Terbaik

 

omega 3

Omega Guard keluaran shaklee diperbuat daripada sumber ikan yang berasal dari laut air sejuk dan diperbuat menggunakan ikan sardin, mackerel, herring dan anchovies.

Diperbuat daripada minyak ikan asli dan bukannya daripada sumber hati ikan.  Kedah ultratulen digunakan untuk menghasilkan Omega Guard iaitu dengan melalui proses penyulingan proprietari tiga molekul dan dapat menyingkirkan bahan merbahaya seperti merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan polychlonirated biphenyl.

omega 3

Selain mengandungi omega 3, Omega Guard Shaklee juga mengandungi EPA (Eicosapentaenoic Acid)  dan DHA (Docosahexaenoic Acid) iaitu komponen yang sangat baik untuk perkembangan otak.

Daftar Ahli Satu Kelebihan

Untuk mendapatkan harga yang lebih murah, saya nasihatkan anda daftar ahli.

Klik sini untuk maklumat tentang kelebihan menjadi ahli shaklee. Apabila anda menyertai kami, banyak lagi bonus yang anda dapat.

Untuk belian secara online, klik sini atau ingin mendapatkan konsultasi percuma dengan kami, sila hubungi :

omega 3WAN ZAINAB BT WAN MUHAMMAD
MOHD HAFIZULLAH MANSOR
Shaklee Independent Distributor
Tel : 013-232 1416/017-971 2818
Email : puteribongsu33@gmail.com
FB LIkes : Seri Bongsu Healthy

Seorang WAHM (work at home mother), isteri kepada suami yang penyayang dan ibu kepada seorang cahaya mata yang comel dan manja. Berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk keluarga dan masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *