Sembelit Semasa Berpantang Buat Saya Takut Ke Tandas!

sembelit semasa berpantangSembelit semasa berpantang sangat menyakitkan dan merisaukan saya. Ramai ibu-ibu  di luar sana mengalami masalah ini. Pengalaman saya sendiri semasa berpantang anak sulung sangat menakutkan.

Mana tidaknya, kadang-kadang saya rasa takut untuk membuang. Apabila rasa sakit hendak membuang, memang tidak dapat menahannya. Semasa hamil saya tidak pernah mengalami masalah sembelit.

Selepas bersalin, hari ke 3 saya baru berasa untuk membuang air besar. Sebelum itu, memang saya tidak berasa untuk membuang. Rasa sakit perut untuk membuang memang merisaukan saya, tambahan pula luka jahitan masih belum pulih.

Waktu berada di tandas sangat lama. Tidak dapat saya gambarkan bagaimana senario ketika itu. Saya sangat bimbang kerana ianya akan memberikan kesan kepada jahitan luka bersalin.

5 Punca Sembelit Semasa Berpantang

1. Makanan

Secara umumnya, semasa berpantang menu makanan kita telah berubah dan jenis makanan yang boleh dimakan oleh ibu adalah terhad. Nama pun berpantang bukan?.

Makanan yang dimakan selepas bersalin, terutamanya semasa berpantang tidak mempunyai zat dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh.

Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.

Keadaan ini menyebabkan usus mengalami pengecutan otot dan seterusnya menolak najis ke bahagian usus besar. Najis akan menjadi keras apabila sampai di bahagian usus besar kerana air telah diserap.

2. Ubat-ubatan

Ubat penahan sakit seperti pethidine atau diamorfin boleh menyebabkan pergerakan usus menjadi lambat dan seterusnya menyebabkan sembelit berlaku.

Pil atau tablet zat besi yang diambil semasa hamil juga boleh menyebabkan sembelit semasa berpantang.

3. Alat Bantu Semasa Proses Bersalin

Penggunaan alatan semasa proses bersalin seperti kaedah forsep atau ventouse juga menjadi penyebab kepada masalah sembelit semasa berpantang.

4. Rasa Takut Yang Melampau

Perasaan takut untuk membuang air besar selepas bersalin juga boleh menjadi punca kepada masalah ini. Apabila kita menahan untuk membuang, najis akan menjadi keras dan jika ditahan beberapa hari, akan menjadi lebih teruk.

5. Perubahan Hormon

Hormon progesteron yang tinggi dalam tubuh badan ibu semasa kehamilan boleh menyebabkan sembelit yang kronik.

 

Cara Atasi Sembelit Semasa Berpantang

> Banyakkan Minum Air Kosong

Pengambilan air kosong sebanyak 8 gelas sehari amat membantu melawaskan pembuangan air besar sekaligus dapat mengelakkan sembelit.

Amalkan minum air suam selepas bangun tidur. InshaAllah dapat membantu mengatasi masalah ini.

> Makanan Sunnah

Salah satu alternatif yang saya amalkan untuk elakkan sembelit ialah, makan kurma dan kismis. InshaAllah membantu mengatasi masalah ini. Amalan minum susu kambing juga boleh membantu merawat masalah sembelit.

> Makanan Berserat

Makanan berserat boleh membantu mengurangkan masalah sembelit ketika berpantang. Makanan yang tinggi serat seperti bijirin gandum, beras perang, roti coklat, dan sayur-sayuran dapat membantu melegakan sembelit.

Semasa pantang, saya memang dilarang untuk makan buah-buahan kerana bersifat sejuk dan boleh menyebabkan bentan. Jadi, saya hanya makan roti dan juga nasi berlaukkan ikan. Kadangkala ibu masakkan sup sayur untuk saya.

> Elakkan Minum Coklat Panas, Teh @ Kopi

Ketiga-tiga minuman di atas boleh menyebabkan sembelit terjadi. Sebaiknya gantikan dengan minum segelas susu ketika bersarapan dan sebelum tidur.

Jika teringin minum minuman seperti di atas, bancuh nipis-nipis sahaja, jangan terlalu pekat. Saya memang minum milo sahaja semasa berpantang, tapi saya campurkan dengan susu dan bancuh nipis sahaja.

>Vitamin Sembelit

Sebagai jalan penyelesaian terakhir, saya mencuba Ostematrix (120 biji RM61)  dengan mengambilnya 4 biji sebelum tidur. Tetapi semasa saya mencubanya, selepas pantang 44 hari kerana pada masa itu sembelit saya masih belum pulih.

sembelit semasa berpantang

Kandungan magnesium dalam Ostematrix sangat membantu memudahkan rembesan sisa dari perut.

sembelit semasa berpantangAlhamdulillah, masalah sembelit saya dapat di atasi. Selain itu, saya juga mengambil Alfalfa Complex (330 biji RM53.75) untuk mengatasi masalah ini. Alfalfa Complex berfungsi untuk membersihkan usus yang kotor dan juga najis tersumbat.

> Ubat Pelembut Najis @ Julap

Ini adalah langkah terakhir bagi ibu yang tidak dapat mengatasi masalah ini. Anda boleh membelinya di farmasi atau dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu untuk mencubanya.

Ubat pelembut najis biasanya mengandungi Senna Leaves yang bertindak membersih najis secara lembut pada bahagian usus.

Sharing Is Caring

Share dan sebarkan  untuk manfaat dan kebaikan semua kerana berkongsi itu lebih baik. Semoga anda memperolehi ilmu yang bermanfaat ini sebagai rujukan. InshaAllah.

Daftar Ahli Satu Kelebihan

Untuk mendapatkan harga yang lebih murah, saya nasihatkan anda daftar ahli.

Klik sini untuk maklumat tentang kelebihan menjadi ahli shaklee. Apabila anda menyertai kami, banyak lagi bonus yang anda dapat.

Untuk belian secara online, klik  Ostematrix atau Alfalfa Complex. Bagi yang ingin mendapatkan konsultasi percuma dengan kami, sila hubungi :

sembelit semasa berpantangWAN ZAINAB BT WAN MUHAMMAD
MOHD HAFIZULLAH MANSOR
Shaklee Independent Distributor
Tel : 013-232 1416/017-971 2818
Email : puteribongsu33@gmail.com
FB LIkes : Seri Bongsu Healthy

Seorang WAHM (work at home mother), isteri kepada suami yang penyayang dan ibu kepada seorang cahaya mata yang comel dan manja. Berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk keluarga dan masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *