kejang ketika hamil

Kejang Ketika Hamil : Apakah Penyebabnya?

Kebas-kebas dan kejang ketika hamil adalah perkara biasa berlaku kepada ibu hamil. Setiap ibu hamil pasti merasainya dan keadaan ini berlaku apabila janin semakin membesar.

Pengalaman hamil anak sulung, saya pernah merasai kebas dan kejang ketika hamil. Ketika itu, kandungan saya berusia 7 bulan. Bukan sahaja kejang, kebas-kebas, dan sakit pinggang, malahan saya juga demam.

Pada waktu malam, tidur saya terganggu dan rasa sakit mencucuk-cucuk terutamanya pada bahagian paha dan pinggul. Saya mengambil keputusan untuk berjumpa doktor.

Setelah menyatakan masalah yang di alami, doktor menyatakan bahawa saya demam urat dan gejala yang saya alami seperti lenguh-lenguh, kebas dan kejang adalah salah satu tanda kekurangan kalsium.

Menurut doktor, perkara ini adalah biasa berlaku kepada ibu hamil. Tambahan pula, jika kandungan semakin membesar, kebas dan kejang ketika hamil kerap berlaku.

Selain itu, kalsium ibu telah diserap oleh bayi dalam kandungan sebab itulah berlakunya kekurangan kalsium semasa hamil. Sebagai penyelesaiannya, doktor menyarankan saya mengambil tablet kalsium sebelum tidur.

Kenapa Kejang Ketika Hamil Berlaku?

Kejang ketika hamil berlaku disebabkan oleh perkembangan janin yang semakin membesar setiap bulan. Sepanjang tempoh kehamilan, tubuh badan akan mengeluarkan hormon releks yang akan membuatkan sendi-sendi menjadi longgar.

Apabila anda melakukan sebarang pekerjaan seperti berjalan, naik tangga, dan sebagainya,anda akan merasa sakit terutamanya dari bahagian pinggul hingga ke bahagian kaki.

Cara Mengatasi Kejang Ketika Hamil

1. Urutan

Minta bantuan suami untuk melakukan urutan yang ringan pada bahagian paha dan kaki termasuklah betis. Urutan boleh melegakan sakit akibat kejang ketika hamil.

2. Elakkan Memakai Kasut Bertumit

Awas!. Jika anda hamil, jangan sesekali berkasut tumit tinggi. Kasut tumit tinggi boleh menyebabkan kejang ketika hamil berpanjangan. Pilihlah kasut yang sesuai untuk ibu hamil atau kasut yang tidak bertumit atau flat.

3. Banyakkan Rehat

Ibu hamil memerlukan rehat yang mencukupi setiap hari. Lakukan aktiviti yang anda sukai dan boleh menenangkan anda di rumah. Membaca majalah dan menonton tv juga boleh membuatkan anda relaks.

4. Senaman

Jika anda hamil, tidak bererti anda tidak boleh bersenam. Malah, senaman sangat digalakkan untuk ibu hamil kerana memudahkan proses bersalin nanti.

Senaman yang sesuai untuk ibu hamil ialah senaman yang lembut seperti berjalan kaki, berenang, dan yoga.

Anda juga boleh mendapatkan nasihat doktor atau mereka yang lebih pakar dalam senaman untuk ibu hamil.

5. Alat Sokongan Aggota Badan

Untuk melegakan kejang pada kaki, anda boleh tampung kaki dengan menggunakan bantal. Anda akan berasa sedikit selesa dan sakit akibat kejang akan berkurangan.

6 . Susu @ Tablet Kalsium

Susu merupakan salah satu minuman yang membekalkan kalsium. Selalunya kita lihat iklan di kaca tv dan juga di paparkan di surat khabar tentang susu untuk ibu hamil. Ibu boleh memilih susu yang sesuai dan tinggi kandungan kalsiumnya.

Kalsium yang diperlukan oleh ibu hamil setiap hari ialah 1200mg hingga 1300mg. Jika ibu tidak gemarkan susu, ibu boleh mengambil tablet kalsium yang dijual di farmasi.

Semasa hamil, saya mengambil tablet kalsium keluaran Shaklee iaitu Ostematrix. Sebelum tidur, saya makan 4 biji Ostematrix, alhamdulillah keesokan harinya tubuh saya rasa segar dan tidak lebguh-lenguh lagi.

Sumber Kalsium Terbaik : Ostematrix -120 biji RM61

Ostematrix Shaklee merupakan tablet kalsium yang terbaik kerana formulanya sangat unik. Diperbuat daripada mineral semulajadi dan garam dari Laut Mati mengandungi Kalsium, Boron, Manganese, Zinc, Kurprum, Vitamin D, dan Magnesium.

kejang ketika hamil

Satu tablet Ostematrix Shaklee bersamaan dengan susu berkalsium tinggi dan juga 80 biji badam.

Bagi saya sangat sesuai jika ibu hamil mengambil Ostematrix Shaklee kerana kandungan kalsiumnya bersesuaian dengan keperluan ibu.

Kelebihan Ostematrix Untuk Ibu Hamil

  • Baik untuk tulang iaitu menguatkan tulang, kuku dan sebagainya serta baik untuk pertumbuhan tulang janin.
  • Membantu mengatasi masalah kekejangan danĀ  kebas-kebas semasa hamil.
  • Membantu meringankan stress semasa hamil dan juga masalah sakit kepala iaitu sebagai pengganti pil tahan sakit.
  • Membantu mengatasi masalah sembelit ketika hamil.

Daftar Ahli Satu Kelebihan

Untuk mendapatkan harga yang lebih murah, saya nasihatkan anda daftar ahli.

Klik sini untuk maklumat tentang kelebihan menjadi ahli shaklee. Apabila anda menyertai kami, banyak lagi bonus yang anda dapat.

Kongsikan Dan Sebarkan

Sila kongsikan dan sebarkan artikel ini di media sosial dan juga kepada rakan-rakan anda supaya ianya bermanfaat dan menjadi rujukan untuk anda kelak.

Untuk tempahan dan konsultasi percuma boleh hubungi saya atau untuk belian secara online, klik sini.

kejang ketika hamilWAN ZAINAB BT WAN MUHAMMAD
MOHD HAFIZULLAH BIN MANSOR
Shaklee Independent Distributor
Tel : 013-232 1416 WAN/017-971 2828 HAFIZ
Email : puteribongsu33@gmail.com
FB LIkes : Seri Bongsu Healthy

Seorang WAHM (work at home mother), isteri kepada suami yang penyayang dan ibu kepada seorang cahaya mata yang comel dan manja. Berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk keluarga dan masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *