Anak Tak Suka Vitamin, Ibu Harus Berusaha!

Bercakap tentang vitamin dan anak, saya menghadapi masalah kerana anak saya tidak mahu makan vitamin. Dulu semasa berusia 1 tahun ke bawah, apa yang disuakan ke dalam mulut, pasti tidak akan ditolak.

Sekarang, sejak menjangkau usia 1 tahun 6 bulan, beliau semakin bijak. Yusuff sudah pandai memilih, mana yang disukainya dia akan makan dan tidak disukai langsung tak pandang!.

Sebagai ibu, saya sangat risau kerana beliau tidak mendapat zat yang sepenuhnya untuk membesar. Lagipun, Yusuff tidak suka susu formula dan hanya minum susu ibu sahaja.

Anak Tak Suka Vitamin Shaklee!

Sebagai pengamal vitamin Shaklee, sudah tentu saya inginkan yang terbaik untuk anak saya. Memandangkan kanak-kanak sekarang mudah dijangkiti penyakit, jadi saya sudah sediakan payung sebelum hujan.

Untuk memastikan anak saya cerdas, sihat dan kuat, saya berikan Yusuff :

1. Chewable Vitamin C -90 biji RM37.50 – Untuk sistem imun, kesihatan gusi, mempercepatkan penyembuhan luka, selsema dan batuk.

2. Meal Shakes- 544gram RM113.50 – Susu multivitamin  untuk mengatasi masalah tiada selera makan, dan sembelit.

3. Omega Guard -90 biji RM136 – Untuk kecerdasan otak dan minda yang tajam

Jenis Vitamin Yang Sesuai Untuk Anak-anak

anak tak suka vitaminIbu haruslah memilih vitamin yang sesuai untuk anak terutamanya yang masih kecil. Kebiasaannya, vitamin yang sesuai untuk kanak-kanak ialah berbentuk pastil dan juga boleh dikunyah.

Terdapat juga vitamin yang berbentuk tablet untuk kanak-kanak. Jika berbentuk tablet, ibu boleh hancurkan dahulu supaya anak-anak dapat menelannya dengan mudah.

Vitamin berbentuk susu juga sesuai untuk kanak-kanak, terutamanya susu multivitamin.

Tips Atasi Anak Tak Suka Vitamin

Pening memikirkan masalah ini, saya mencari alternatif lain untuk membolehkan anak saya mendapat nutrisi yang secukupnya daripada vitamin.

#Campurkan Ke Dalam Makanan/Minuman Kegemaran

Untuk vitamin seperti Chewable Vitamin C, saya akan hancurkan dahulu menjadi serbuk dan campurkannya ke dalam makanan Yusuff.

Omega Guard juga begitu, saya picit dan keluarkan minyak tersebut dan campurkan ke dalam makanan seperti sup. Yusuff memang gemarkan sup. Amat mudah bagi saya untuk “menipu” beliau.  😉

Yusuff sukakan minuman jus seperti Jus Mangga, Jus Oren dan Jus Anggur. Jadi, setiap kali bancuh minuman kegemarannya, saya akan campurkan vitamin tersebut.

Jika anak anda minum susu formula, anda boleh campurkan Meal Shakes ke dalam susu tersebut. Pastinya si manja anda tidak akan merasai kelainannya. Malahan rasa lebih sedap!.

# Reka Menu Baru

Ibu harus bijak mereka menu baru yang boleh ditambah suplemen di dalamnya seperti Meal Shakes dibuat Cucur Lemak, Lempeng, Kek Cawan, Muffin, dan juga dicampur dalam Aiskrim.

Jika kreatif dan inovatif, semua boleh jadi dan anak yang tidak suka vitamin, menjadi semakin suka. Selamat mencuba!.

Anak Kurus & Tiada Selera

Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Daftar Ahli Satu Kelebihan

Untuk mendapatkan harga yang lebih murah, saya nasihatkan anda daftar ahli.

Klik sini untuk maklumat tentang kelebihan menjadi ahli shaklee. Apabila anda menyertai kami, banyak lagi bonus yang anda dapat.

Kongsikan Dan Sebarkan

Sila kongsikan dan sebarkan artikel ini di media sosial dan juga kepada rakan-rakan anda supaya ianya bermanfaat dan menjadi rujukan untuk anda kelak.

Untuk tempahan vitamin untuk si manja anda, hubungi kami dan kami akan berikan servis yang terbaik untuk anda.

 

kejang ketika hamilWAN ZAINAB BT WAN MUHAMMAD
MOHD HAFIZULLAH BIN MANSOR
Shaklee Independent Distributor
Tel : 013-232 1416 WAN/017-971 2828 HAFIZ
Email : puteribongsu33@gmail.com
FB LIkes : Seri Bongsu Healthy

Seorang WAHM (work at home mother), isteri kepada suami yang penyayang dan ibu kepada seorang cahaya mata yang comel dan manja. Berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk keluarga dan masyarakat.