keburukan ais

Keburukan Ais : Kenapa Perlu Tinggalkan Ais?

Minum minuman berais adalah satu kegemaran yang saya tidak dapat tinggalkan sehingga kini. Sebelum hamil,saya memang berpantang daripada minum minuman ais.

Semasa hamil, saya sering berasa panas dan dahaga lalu mengambil minuman berais sehinggan minuman berais menjadi satu kegemaran untuk saya.

Suami saya memang pantang besar daripada minum ais. Saya juga hairan dan katanya tidak elok untuk kesihatan tubuh badan, malah membawa banyak keburukan.

Memang betul apa yang suami saya cakap. Sehingga sekarang, saya belum bersedia meninggalkan tabiat minum minuman berais dan keburukan ais dapat saya rasakan sekarang.

Apa Itu Ais?

keburukan ais

Ais berasal daripada air kosong yang dibekukan dan ianya bersifat sangat sejuk. Minuman mengandungi ais menjadi pilihan utama terutamanya rakyat Malaysia kini kerana mampu menghilangkan rasa dahaga dengan cepat.

Memandangkan cuaca dan suhu di Malaysia  saban hari semakin meningkat, pengambilan ais setiap hari oleh manusia semakin berlebihan. Mana tidaknya, jika diperhatikan, pada awal pagi atau ketika sarapan pagi, minuman berais akan menjadi pilihan.

Namun begitu, perlu anda ketahui bahawa minuman berais boleh menjadi asas kepada penyakit kronik dan membawa keburukan.

Keburukan Ais Kepada Tubuh Badan

Terdapat beberapa kesan keburukan ais terhadap sistem tubuh badan manusia ialah :

# Sistem Pencernaan

1. Menyebabkan pengeluaran lendir berlebihan dalam badan seperti kahak  atau lendir daripada bahagian tekak.

2. Lemak akan berkumpul di bahagian perut dan menjadikan perut anda buncit. Hal ini demikian kerana, lemak tidak dapat dicerna dengan baik kerana lemak membeku disebabkan ais.

3. Kembung perut boleh terjadi apabila anda minum banyak minuman berais dan boleh menyebabkan perut berasid serta sekaligus menyebabkan anda mengalami gastrik.

# Sistem Reproduktif Wanita

1. Minum ais semasa haid boleh menyebabkan darah haid tersumbat dan perjalanan darah tidak lancar. Keadaan ini akan menjadikan darah haid akan melekat di dinding rahim.

Darah haid yang tersisa melekat di dinding rahim akan menyebabkan ketumbuhan dan juga kanser rahim.

2. Pengambilan ais semasa haid juga menjadikan rahim menjadi kembang dan tidak elok untuk kesihatan rahim.

3. Ais juga boleh menyebabkan pengeluaran lendir dari faraj atau lebih dikenali sebagai keputihan. Jika diamalkan berterusan mungkin menjadikan keputihan semakin teruk.

 #Sistem Imun

Salah satu keburukan ais terhadap tubuh badan ialan akan menyebabkan sistem imun menjadi lemah.

Jika anda mengalami batuk-batuk atau selsema dan anda minum ais, akan menyebabkan batuk atau selsema anda semakin berpanjangan.

#Sistem Reproduktif Lelaki

Keburukan ais terhadap sistem reproduktif lelaki boleh menyebabkan uluran atau hernia. Dalam bahasa lainnya juga dipanggil angin pasang.

Selain itu, amalan minum minuman berais dalam kalangan lelaki boleh melemahkan tenaga batin lelaki dan juga menyebabkan penghasilan mani yang tidak berkualiti.

#Tubuh Menjadi Lemau

Keburukan ais yang seterusnya ialah tubuh badan menjadi lemau dan sentiasa tidak bermaya. Perjalanan darah menjadi tidak lancar dan sentiasa sakit-sakit badan.

Jika anda perasan, selepas bangun dari tidur anda berasa lemah dan letih semacam. Ini adalah satu kesan akibat mengamalkan minuman berais.

Tinggalkan Tabiat Minum @ Makan Ais

Pengambilan makan atau minuman berais akan menyebabkan kesan negatif terhadap tubuh badan kita. Jadi, untuk pencegahan, anda perlulah meninggalkan tabiat atau kegemaran ini untuk kesihatan yang lebih baik.

Jika tubuh badan sihat, segala pekerjaan pastinya berjalan dengan lancar.

Kongsikan Dan Sebarkan

Sila kongsikan dan sebarkan artikel ini di media sosial dan juga kepada rakan-rakan anda supaya ianya bermanfaat dan menjadi rujukan untuk anda kelak.

keburukan aisWAN ZAINAB BT WAN MUHAMMAD
MOHD HAFIZULLAH BIN MANSOR
Shaklee Independent Distributor
Tel : 013-232 1416 WAN/017-971 2828 HAFIZ
Email : puteribongsu33@gmail.com
FB LIkes : Seri Bongsu Healthy

Seorang WAHM (work at home mother), isteri kepada suami yang penyayang dan ibu kepada seorang cahaya mata yang comel dan manja. Berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk keluarga dan masyarakat.

7 thoughts on “Keburukan Ais : Kenapa Perlu Tinggalkan Ais?”

    1. Memang takde kajian sanitifik. Depend kepada tubuh badan masing-masing. Tapi dalam perubatan tradisional, memang tak galakkan ais sebab sejuk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *