peranan suami

Peranan Suami Ketika Isteri Berpantang

Mengimbau kembali saat-saat berpantang, memang sangat mengujakan dan indah. Kehadiran cahaya mata menambahkan lagi kasih sayang antara suami dan isteri.

Ketika tempoh berpantang anak pertama tempoh hari, alhamdulillah. Saya rasa sangat-sangat dihargai dan disayangi. Ibu dan suami sangat-sangat membantu.

Ibu saya menguruskan menu berpantang dan suami pula membantu menguruskan bayi terutamanya apabila bayi perlu menukar lampin. Malahan, memakai bekung tradisional pun, suami yang pakaikan setiap malam sebelum tidur.

Suami sangat-sangat membantu semasa proses berpantang. Suami saya bukannya bekerja dengan kerajaan, yang cuti isteri bersalin selama 7 hari. Suami saya mengambil cuti 2 hari untuk menguruskan saya.

Peranan Suami Ketika Isteri Berpantang

peranan suami

Peranan suami ketika isteri berpantang sangat diperlukan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada ibu mertua untuk menguruskan isteri dan bayi.

Tunjukkanlah rasa kasih dan sayang kepada isteri anda kerana isteri telah melahirkan zuriat untuk anda.

Ambil Alih Tugas Isteri

Suami perlu ambil alih tugas isteri semasa berpantang. Tugas-tugas menguruskan rumahtangga seperti basuh baju, jaga anak (jika berpantang anak kedua dan sebagainya) dan juga menyediakan makan minum untuk isteri.

Hal ini demikian kerana, semasa berpantang isteri perlukan rehat yang mencukupi. Suami perlu memahami keadaan isteri dan memberikan sokongan sepenuhnya.

Antara peranan suami atau tugas-tugas yang perlu dilakukan semasa isteri sedang berpantang ialah :

1. Uruskan Bayi

Peranan suami semasa isteri sedang berpantang, terutamanya pada hari pertama ialah uruskan bayi. Kerana pada hari pertama, keadaan isteri masih lagi lemah untuk menguruskan bayi.

Jika bayi menangis, meragam atau buang air besar, apa salahnya suami yang uruskan. Kebiasaannya, hari pertama bayi berada di rumah, bayi belum lagi dapat menyesuaikan diri.

Bayi menangis dan meragam adalah biasa, terutamanya ada waktu malam. Untuk permulaan, suami perlu bekorban masa tidur demi menjaga bayi tersayang.

Bayi berusia satu hari dan ke atas biasanya akan mengalami jaundis. Jururawat akan menyuruh ibu bapa bayi membawa ke makmal untuk ujian darah.

Malahan semasa bayi saya jaundis, suami saya sanggup lewat masuk pejabat kerana membawa bayi kami ke makmal terlebih dahulu untuk ujian darah.

2. Makan Minum

Selalunya, menu dan makanan berpantang akan disediakan oleh ibu. dan jika berpeluang  suami boleh masak untuk isteri dengan bantuan ibu.

Suapkan makanan untuk isteri anda, bukannya mengada-ngada ya sang suami, tetapi untuk pengorbanan yang isteri anda lakukan ketika berjuang di labour room.

3. Uruskan Anak-anak

Jika isteri melahirkan anak yang kedua atau ketiga, suami perlu uruskan anak-anak yang sebelumnya itu. Dari segi makan, pakai, dan sebagainya. Peranan suami ialah latih anak-anak untuk menerima kehadiran adik baru.

Biasanya,  anak sulung sukar menerima kehadiran orang baru dan merasakan tumpuan ibu ayah terhadapanya akan terjejas.

4. Layanan Baik

Layan isteri dengan baik dan tunjukkanlah bahawa anda sangat menyanyangi isteri anda. Sesekali, urutlah isteri anda, ucapkanlah kata-kata yang boleh memberi semangat kepada isteri anda.

Kalau boleh, sepanjang berpantang, beradalah di sisi isteri terutamanya jika berkelapangan. Jika waktu siang suami keluar bekerja, dan pada waktu malam, luangkan masa bersama isteri dan bayi anda.

Ini untuk mengelakkan isteri anda mengalami tekanan atau stress yang membolehkan perkara yang tidak diingini berlaku seperti baby blues syndrome atau meroyan.

5. Sayangi Isteri Anda

Sayangi dan cintai isteri anda sepenuh hati kerana beliau melahirkan zuriat dan keturunan anda.

Tonton video ini dan anda tahu bagaimana pengorbanan isteri anda selepas ini.

Dia Peer Counselor Laktasi, Tapi Masih Buat INI from iReach HD on Vimeo.

Kongsikan Dan Sebarkan

Sila kongsikan dan sebarkan artikel ini di media sosial dan juga kepada rakan-rakan anda supaya ianya bermanfaat dan menjadi rujukan untuk anda kelak.

peranan suamiWAN ZAINAB BT WAN MUHAMMAD
MOHD HAFIZULLAH BIN MANSOR
Shaklee Independent Distributor
Tel : 013-232 1416 WAN/017-971 2828 HAFIZ
Email : puteribongsu33@gmail.com
FB LIkes : Seri Bongsu Healthy

Seorang WAHM (work at home mother), isteri kepada suami yang penyayang dan ibu kepada seorang cahaya mata yang comel dan manja. Berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk keluarga dan masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *