musim tengkujuh

5 Langkah Cegah Penyakit Bagi Kanak-kanak Pada Musim Tengkujuh

November menjengah, musim tengkujuh bertandang di kawasan pantai timur, terutamanya Negeri Terengganu.

Pastinya hujan menderu dan boleh dikatakan setiap hari hujan lebat. Akibat hujan lebat setiap hari, banjir pastinya berlaku.

Ibu bapa jangan lupa jaga kesihatan anak-anak anda semasa musim tengkujuh. Awasi anak anda jika berlaku banjir di kawasan rumah anda.

Musim tengkujuh membuatkan cuaca menjadi sejuk setiap masa. Ini membuatkan sebilangan kanak-kanak cepat sensitif terhadap cuaca sejuk.

Bukan sahaja kanak-kanak, malah saya yang dewasa juga merasai betapa sejuknya cuaca di musim ini.

5 Langkah Cegah Penyakit Di Musim Tengkujuh

Beberapa tips dan langkah yang ingin saya kongsikan untuk ibu bapa semasa menghadapi musim tengkujuh. Semoga ianya bermanfaat untuk anak-anak anda.

Berikut adalah langkah-langkah yang boleh ibu bapa amalkan untuk anak-anak bagi mencegah sebarang penyakit di musim tengkujuh.

1. Pakaian Yang Selesa

musim tengkujuh

Ibu bapa perlu menyediakan pakaian yang selesa dan tebal untuk anak-anak yang mana boleh memanaskan badan anak-anak. Contohnya baju sejuk, stokin dan sebagainya.

Memang saya sediakan awal-awal pakaian sejuk untuk Yusuff. Beliau perlu dijaga dengan rapi kerana sistem imun masih lemah dan sensitif dengan pertukaran cuaca.

Selepas mandi, cepat-cepat saya sarungkan stokin, baju sejuk dan seluar panjang untuk Yusuff.

2. Mandi Dengan Air Suam

Apabila tibanya musim tengkujuh, secara automatik air paip akan menjadi sejuk seperti di Cameron Highlands pula. Memang sejuk, sehinggakan saya sendiri tidak tahan dengan kesejukannya.

Alternatif lain, ibu bapa harus menyediakan air suam untuk mandikan anak-anak. Bukan sahaja dapat membuatkan anak-anak selesa, malahan air suam juga banyak manfaatnya.

Air suam sangat bagus untuk anak-anak yang demam kerana air suam dapat membuka pori kulit dan membolehkan haba panas keluar dari badan.

Semasa Yusuff demam, atau selsema, saya akan mandikannya dengan air suam dan juga jadikan Basic H sebagai mandian. Alhamdulillah, demam cepat kebah.

3. Makan Minum

Sebaiknya masak sendiri untuk musim tengkujuh ini. Jika anda membeli di kedai-kedai terutamanya lauk pauk, dikhuatiri tidak bersih dan tercemar.

Air pula, walaupun telah ditapis dengan alat penapisan, sebaiknya eloklah dimasak terlebih dahulu. Hal ini demikian kerana, pada musim tengkujuh kualiti air tidak berapa memuaskan dan tercemar.

Masaklah makanan yang sihat dan berkhasiat untuk anak-anak. Menu yang berkhasiat dan mengandungi zat yang penting untuk anak-anak sangat sesuai seperti sayur-sayuran, protein, dan lain-lain.

4. Hadkan Aktiviti Luar Rumah

Elakkan berada diluar rumah pada masa yang lama. Ataupun hadkan aktiviti di luar rumah, contohnya ke pasaraya, taman permainan, dan kedai makan.

Sejak hujan berlarutan, saya hadkan segala aktiviti luar rumah. Jika ke pasaraya, hanya saya sahaja yang keluar untuk membeli barang keperluan. Suami dan anak akan menunggu dalam kereta.

Jika terpaksa keluar kerana urusan penting, jangan lupa berikan perlindungan kepada anak anda seperti payung dan sebagainya.

5. Ubat-ubatan

Sangat penting bagi semua ibu bapa diluar sana menyediakan ubat-ubatan untuk anak-anak. Ibu bapa boleh membuat persediaan awal sebelum berlakunya perkara yang tidak diingini atau kecemasan.

Contohnya, ubat demam, selsema dan batuk atau ubat luaran lain seperti cool fever, balsam, minyak angin dan sebagainya.

Ubat demam, selsema dan batuk memang saya siap sedia di rumah. Selain itu, saya juga memberikan anak saya pemakanan tambahan seperti minyak ikan, vitamin c dan multivitamin untuk sistem imun beliau.

Luahan Hati Ibu Apabila Anak Sakit

Video tentang luahan hati ibu kerana anak sakit dan kurus kering.

Selamat Menonton. 😉

Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.

 

Mencegah Itu Lebih Baik

Soal penyakit adalah urusan Allah s.w.t. Sebaiknya, jika boleh dicegah, cegahlah dahulu. InshaAllah, dengan pencegahan boleh menghalang sesuatu penyakit menghampiri.

Sebagai ibu bapa yang prihatin, berikanlah yang terbaik untuk anak-anak agar mereka membesar dengan sihat tanpa penyakit.

Kongsikan Dan Sebarkan

Sila kongsikan dan sebarkan artikel ini di media sosial dan juga kepada rakan-rakan anda supaya ianya bermanfaat dan menjadi rujukan untuk anda kelak.

 

musim tengkujuhWAN ZAINAB BT WAN MUHAMMAD
MOHD HAFIZULLAH BIN MANSOR
Shaklee Independent Distributor
Tel : 013-232 1416 WAN/017-971 2828 HAFIZ
Email : puteribongsu33@gmail.com
FB LIkes : Seri Bongsu Healthy

Seorang WAHM (work at home mother), isteri kepada suami yang penyayang dan ibu kepada seorang cahaya mata yang comel dan manja. Berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk keluarga dan masyarakat.

One thought on “5 Langkah Cegah Penyakit Bagi Kanak-kanak Pada Musim Tengkujuh”

  1. di Sabah ni sekarang pun dah start musim hujan… agak pelik sebab selalunya time ni musim agak panas, sekarang ni dah sama ngan Semenanjung, gitu pun pagi biasanya panas kemain, petang akan hujan… dah lebih seminggu mcm tu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *