bayi pramatang

Perjalanan Penyusuan Bayi Pramatang Yang Sangat Mencabar

Sebelum kita pergi lebih jauh tentang bayi pramatang, jom tonton video ini terlebih dahulu.

Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Bayi Pramatang

Bayi pramatang adalah bayi yang lahir sebelum usia kehamilan 37 minggu disebabkan oleh beberapa faktor.

Pada waktu itu, organ-organ penting seperti paru-paru masih belum matang dan selepas kelahiran alat bantuan pernafasan akan diberikan.

Bayi pramatang akan dijaga dengan rapi, dan akan sentiasa dipantau oleh doktor.

Cabaran Penyusuan & Penjagaan Bayi Pramatang

Walaupun saya tidak mempunyai pengalaman mengenai bayi pramatang, saya mempunyai seorang teman yang mengalami masalah ini, Puan Huda.

bayi pramatang

Alhamdulillah, bayi huda kini semakin berisi dan kuat menyusu!. 😉

Menurutnya, menyusukan bayi pramatang sangat mencabar dan memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Hal ini demikian kerana, bayi pramatang sangat berbeza dengan bayi normal.

1. Organ Dalaman

Organ-organ dalaman bayi belum cukup matang dan sangat berisiko untuk mendapat komplikasi dari segi pertumbuhan dan perkembangan mental.

2. Saiz Tubuh Badan

Dari segi saiz, memang tidak sama dengan bayi lain. Sangat kecil dan bergantung kepada waktu kelahirannya. Berat bayi pramatang pula sekitar 1.7 kilogram ke bawah.

3. Mulut Yang Kecil

Mulutnya yang kecil dan sukar untuk melekap pada puting ibu. Ibu terpaksa mengepam dahulu susu untuk diberikan kepada bayi. Untuk melekap memang mengambil masa yang agak lama.

4. Penjagaan Rapi

Bayi pramatang akan dijaga di hospital dan diletakkan dalam inkubator. Manakala ibu pula berada dirumah dan sekaligus menyebabkan penyusuan susu ibu sedikit terganggu.

Tips Menyusukan Bayi Pramatang

1. Jaga Emosi

Ibu perlulah sentiasa positif dan sentiasa tenang. Jangan takut dan bimbang jika susu tidak keluar. Sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t supaya dipermudahkan urusan penyusuan bayi anda.

” emosi .. mula2 stress sbb org ckp2.. susu sikit.. cair.. anak lapar.. tp huda pujuk diri..ingtkn diri..Allah tkkn biar muhammad lapar.. susu yg ada akn cukup utk muhammad.. berbekalkn keyakinan ni huda dpt susukn dia tanpa campur formula smpi hr ni..alhamdulillah.. cuma huda tau huda kena sentiasa ikhtiar utk tmbh susu.. prepare utk tym emergency..”

2. Peranan Suami

Suami perlu berikan sokongan untuk isteri. Seperti teman saya, suami beliau sangat membantu. Jika nampak beliau dalam keadaan tekanan, suaminya akan memberikan ruang untuk berehat.

” Support suami pn sgt baik. suami huda akn ambik muhammad..bwk jln2 g luar.. kasi huda bertenang.. tido..rehat jap bila dia nmpk huda mcm dh stress.”

” dia siapkn bancuh air esp.. siapkn air panas.. buat huda selesa..urut2.. buat lawak2..”

3. Jangan Putus Berdoa

Doa adalah senjata orang mukmin. Ibu juga jangan putus berdoa kepada Allah s.w.t supaya memperbanyakkan susu dan memudahkan penyusuan bayi pramatang anda.

” Byk doa pd Allah..”

” pernah huda nangis..bila Allah nk bykkn susu..tym tu huda dh penat sgt2..breast pn dh sakit sgt asek pump. mmg merayu habis2 kat Allah..”

“huda selalu ingtkn diri ini ujian Allah.. kena sabar..Allah nk huda byk doa..byk sebut nama Dia..”

4. Stok Susu

Ibu yang mempunyai bayi pramatang ‘wajib’ menyediakan stok susu terutamanya apabila bayi yang masih berada di ward.

Kebiasannya selepas bayi dibenarkan pulang ke rumah, penyusuannya akan menjadi kerap. Berbeza dengan sebelum ini.

“Skrg dh ok latch..tinggal focus bykkn stock sbb muhammad skrg mlm je dia akn minum 2 kali ganda yg dia minum time siang.. Smpi 60-70 oz dia minum.. 2 mlm lepas..mlm ni tk tau cmne.. Kat peti tinggal 40ml yg dia minum je..”

5. Makanan Tambahan

Amat penting untuk ibu yang menyusu bayi pramatang mengambil makanan tambahan. Proses kelahiran dan menjaga bayi pramatang memang sangat mencabar.

Terutamanya bila bayi berada di hospital, harapan ibu cuma mahu bayi mereka cepat-cepat keluar wad. Jadi, dengan pengambilan nutrisi yang seimbang akan mendorong penghasilan susu yang lebih bernutrisi untuk bayi.

Sekaligus mampu menaikkan berat badan bayi serta memberikan ibu tenaga sepanjang masa.

” Smpi skrg huda masih struggle utk simpan stok..
Baru ni amek alfalfa..baru 2 hr mkn..
Td pagi dpt simpan 40ml susu ..alhamdulillah..”

“Ni nk mkn lg alfalfa n minum byk2 air.. Hopefully things will b better tonight..”

Set Bersalin Shaklee Pembekal Nutrisi Ibu Menyusu

Ibu disarankan mengambil set bersalin dan juga set menyusu Shaklee yang mengandungi :

  • Vita Lea befungsi untuk memberikan tenaga yang optimun kepada ibu dan juga vitamin serta mineral kepada bayi
  • B Complex terkenal dengan anti stress dan juga mampu menenangkan perasaan ibu
  • Sustained Release Vitamin C Plus pula membantu mempercepatkan luka bersalin sama ada melalui pembedahan atau normal dan mampu meransang pembentukan kolagen pada tulang bayi.
  • Zinc Complex mempercepatkan pemulihan luka bersalin
  • Alfalfa Complex mampu mengecutkan rahim ibu dan juga membantu menghasilkan pengeluaran susu
  • Energizing Soy Protein pula membantu memekatkan susu, sekaligus memberikan rasa kenyang pada bayi serta menaikkan berat badan bayi anda.

Daftar Ahli Satu Kelebihan

Untuk mendapatkan harga yang lebih murah, saya nasihatkan anda daftar ahli.

Klik sini untuk maklumat tentang kelebihan menjadi ahli shaklee. Apabila anda menyertai kami, banyak lagi bonus yang anda dapat.

Kongsikan Dan Sebarkan

Sila kongsikan dan sebarkan artikel ini di media sosial dan juga kepada rakan-rakan anda supaya ianya bermanfaat dan menjadi rujukan untuk anda kelak.

bayi pramatangWAN ZAINAB BT WAN MUHAMMAD
MOHD HAFIZULLAH BIN MANSOR
Shaklee Independent Distributor
Tel : 013-232 1416 WAN/017-971 2828 HAFIZ
Email : puteribongsu33@gmail.com
FB LIkes : Seri Bongsu Healthy

Seorang WAHM (work at home mother), isteri kepada suami yang penyayang dan ibu kepada seorang cahaya mata yang comel dan manja. Berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk keluarga dan masyarakat.

4 thoughts on “Perjalanan Penyusuan Bayi Pramatang Yang Sangat Mencabar”

  1. Saya ada anak pramatang..lahir berat 1.2kg..tinggal 2 bulan kat hospital..Alhamdulillah Semarang dah masuk 5 tahun..

    Penjagan lepas balik Dari rumah agar mencabar..2 Kali bayi terlupa bernafas..kejadian ni Menang akan terjadi pada bayi pramatang..Alhamdulillah selamat SBB cepat bertindak..
    Saya bagi FB alhamdulillah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *