tips tangani anak demam

Tips Tangani Anak Demam, Selsema & Kurang Selera Makan

Sebagai ibu, kesihatan anak memang diutamakan dan jika anak tidak sihat, ibulah yang bersengkang mata menjaga si anak siang dan malam. Begitulah kasih seorang ibu terhadap anak.

Saksikanlah video ibu penyayang yang berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk si manja supaya membesar dengan sihat.

Selamat menonton! 😉

Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Anak Demam, Apa Yang Perlu Ibu Buat Sayang?

tips tangani anak demam

Sejak bergelar seorang ibu, bermulalah tugas saya membesarkan Yusuff dengan sebaik mungkin. Saya ingin memberikan yang terbaik untuk si manja saya.

Apabila dia sakit, memang sangat merunsingkan dan menjadikan saya lebih kuat untuk menjaganya siang dan malam.

Baru-baru ini Yusuff demam, selsema dan batuk. Selera makannya pula berkurang dan hanya mahukan susu sahaja. Risau menggunung tinggi kerana sebelum ini, Yusuff pernah diserang asthma apabila demam dan selsema datang.

Alhamdulillah, Yusuff cuma demam, selsema dan batuk sahaja. Sebelum demam, Yusuff kurang selera makan dan apa yang merisaukan dia hanya makan keropok sahaja.

Lalu saya membawanya ke Perubatan Homeopati kerana Yusuff suka makan ubat homeopati. Dua hari makan ubat homeopati, saya nampak perubahan.

Selsema,Batuk & Demam Pula Menyusul….

Seminggu selepas itu, Yusuff mengalami selsema dan batuk. Sekali lagi saya membawanya ke homeopati untuk rawatan selsema dan batuk.

Yusuff tidak mahu makan ubat homeopati yang dibekalkan. Sudah dihancurkan ubat dan dicampurkan air, Yusuff tidak mahu minum.

Saya buntu dan saya mula berhenti memberikan Yusuff ubat tersebut. Setelah terbaca satu artikel tentang meredakan demam kanak-kanak, saya terus mencuba tips tersebut.

Tips Tangani Anak Demam, Selsema & Batuk

1. Mandi

Saya mandikan Yusuff 3 kali sehari dengan air suam. Menurut pakar pediatrik, elok mandikan dengan air suam kerana pori-pori kulit terbuka dan haba panas akan cepat keluar.

Tambahan pula, jika mandikan air sejuk, saya lihat Yusuff terketar-ketar akibat kesejukan. Saya gunakan Cecair Serbaguna Basic H Shaklee sebagai mandian.

Alhamdulillah, panas badannya cepat keluar dan demam cepat kebah. Saya lega dan saya teruskan memandikan Yusuff sepanjang beliau demam. Hanya 2 hari dan selepas itu, demam Yusuff mula hilang.

2. Elakkan Memakai Pakaian

Sepanjang Yusuff demam, saya memang pakaikannya seluar pendek sahaja. Adakalanya hanya memakai lampin sahaja terutamanya ketika tidur.

Tips tangani anak demam bagi orang dulu-dulu ialah selimutkan anak tebal-tebal dan memakaikan pakaian yang tebal-tebal supaya berpeluh.

Sebenarnya, itu salah kerana haba dari badan susah nak keluar dan boleh mendatangkan mudarat.

3. Kerap Menyusu

Salah satu tips tangani anak demam ialah penyusuan susu ibu. Jika anak masih menyusu, ibu perlu menyusukan bayi dengan lebih kerap.

Berbeza dengan saya, Yusuff sendiri mahu menyusu sahaja sepanjang demam dan menyebabkan susu saya merudum dan badan sedikit penat.

Alhamdulillah, saya dapat atasinya dengan beberapa tips susu merudum ketika anak demam. Tambahan pula, susu ibu membantu meningkatkan sistem imun anak anda kerana mengandungi antibodi yang mampu melawan penyakit. InshaAllah.

4. Garlic Steam @ Garlic Oil

Seingat saya semasa Yusuff berusia 7 bulan, saya buat garlic steam dan juga sapu garlic oil pada bahagian tapak kaki dan zon T untuk melegakan selsema.

Memandangkan pada waktu itu, Yusuff menangis dan meronta-ronta, hasilnya tidak seberapa.

5. Petua Tradisional

Kunyit juga membantu merawat masalah selsema. Caranya, tumbuk kunyit hidup dan sapu pada hidung anak atau bayi anda. InshaAllah, jika diamalkan berterusan, selsema cepat kering.

Sapukan minyak telon atau balsam di bahagian belakang anak anda sebelum tidur. Sapukan juga pada bahagian telapak kaki dan betis. Lakukan urutan juga terutamanya bahagian belakang.

Urutan bahagian belakang juga dapat melegakan masalah batuk dan selsema malah dapat menenangkan si manja anda.

6. Pemakanan Tambahan

Untuk mengatasi masalah selsema, saya berikan Yusuff Omega Guard Shaklee sebiji sehari. Bukan untuk selsema sahaja tetapi untuk masalah batuk juga. Omega membantu melonggarkan kahak yang terkumpul.

Saya terus mandikan Yusuff walaupun selsema dan batuk. Dan saya dapat lihat perubahannya selepas mandi, hingus kekuningan dan hijau akan keluar dari hidung.

Saya berikan Yusuff Chewable Vitamin C untuk meningkatkan sistem imun. Selepas satu minggu, saya lihat perubahan yang berlaku. Selsema sudah tiada dan batuk juga beransur pulih.

Untuk selera makan pula, saya bancuh Mealshakes bersama minuman perasa coklat. Yusuff tidak suka susu formula, sebab itu terpaksa campur dengan minuman lain.

Bagi anak yang susah nak makan vitamin ibu boleh cuba tips ini :

Anak Tak Suka Vitamin, Ibu Harus Berusaha!

Alhamdulillah. Syukur kerana saya sudah mencuba yang terbaik untuk Yusuff.

Daftar Ahli Satu Kelebihan

Untuk mendapatkan harga yang lebih murah, saya nasihatkan anda daftar ahli.

Klik sini untuk maklumat tentang kelebihan menjadi ahli shaklee. Apabila anda menyertai kami, banyak lagi bonus yang anda dapat.

Kongsikan Dan Sebarkan

Sila kongsikan dan sebarkan artikel ini di media sosial dan juga kepada rakan-rakan anda supaya ianya bermanfaat dan menjadi rujukan untuk anda kelak.

Untuk tempahan Set Kanak-kanak , hubungi kami dan kami akan berikan servis yang terbaik untuk anda.

bayi pramatangWAN ZAINAB BT WAN MUHAMMAD
MOHD HAFIZULLAH BIN MANSOR
Shaklee Independent Distributor
Tel : 013-232 1416 WAN/017-971 2828 HAFIZ
Email : puteribongsu33@gmail.com
FB LIkes : Seri Bongsu Healthy

Seorang WAHM (work at home mother), isteri kepada suami yang penyayang dan ibu kepada seorang cahaya mata yang comel dan manja. Berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk keluarga dan masyarakat.

2 thoughts on “Tips Tangani Anak Demam, Selsema & Kurang Selera Makan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *