teknik penyusuan

Teknik Penyusuan Bayi Untuk Bakal Ibu

Tahniah atas kehamilan anda!. Pastinya kehamilan membawa seribu kebahagiaan buat pasangan suami isteri.

Menjelangnya kelahiran bayi, terutamanya bayi pertama memang sangat mengujakan. Pelbagai persediaan dibuat oleh bakal ibu dan bapa. Kebiasaanya, bahagian paling teruja ialah bab membeli kelengkapan bayi seperti baju, lampin dan sebagainya.

Perlu diingat bahawa, bakal ibu bapa juga perlu belajar tentang ilmu-ilmu semasa melahirkan dan selepas melahirkan bayi. Banyak perkara yang anda perlu tahu tentang kelahiran. Jadi, anda boleh belajar melalui buku, majalah, menyertai kelas dan sebagainya.

Wajib Pelajari Teknik Penyusuan Bayi

Salah satu perkara yang perlu dipelajari ialah teknik penyusuan. Bakal ibu yang akan melahirkan anak pertama memang tidak biasa dan perlu mendalami ilmu penyusuan.

Di sini saya ingin kongsikan tentang teknik penyusuan bayi untuk rujukan bakal ibu.

Selepas bayi dilahirkan kebiasaanya, bayi akan dibersihkan dahulu dan 1 jam selepas itu bayi akan diserahkan kepada ibu. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri sebagai ibu.

Seterusnya bermulalah penyusuan bayi yang sebenar. Lebih elok jika selepas kelahiran, bayi terus disusukan. Senario  ini jarang-jarang berlaku di hospital di Malaysia.

1. Teknik Pelekapan

Sentuh bibir bayi dan tunggu mulutnya terbuka luas menandakan bayi mahu menyusu.

teknik penyusuan bayi

Seterusnya,gerakkan badan bayi ke arah payudara dan pastikan mulut bayi melekap di kawasan aerola atau kawasan hitam payudara.

teknik penyusuan bayi

Pastikan mulut bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit payudara untuk keselesaan bayi dan bayi mudah untuk menghisap.

2. Posisi Semasa Penyusuan

Umumnya terdapat  4 posisi penyusuan bayi yang perlu bakal ibu ketahui.

Posisi penyusuan bayi :

teknik penyusuan

a. Mendukung (craddle hold)
b. Mendukung secara bersilang (cross craddle hold)

teknik penyusuan bayi
c. Berbaring (lying down)

teknik penyusuan bayi
d. Mendakap (football hold)

Pastikan posisi ibu dalam keadaan yang selesa iaitu belakang, kaki dan payudara perlu disokong. Bayi juga perlu dalam keadaan selesa tubuh dirapatkan pada tubuh ibu, muka bayi menghadap bertentangan kawasan puting.

Perlu diingatkan bahawa, bawa bayi ke puting bukan puting ke bayi. Untuk memastikan ibu dan bayi selesa, ibu juga boleh gunakan bantal sebagai alas untuk melapik bayi.

Ini untuk mengelakkan ibu penat dan lenguh2 jika bayi menyusu terlalu lama terutamanya dalam keadaan duduk. Belakang badan bayi juga boleh dialas bantal untuk keselesaan.

Bagaimana Pula Dengan Teknik Penyusuan Bayi Pramatang?

Sama sahaja dengan bayi biasa, cuma penjagaan bayi pramatang sangat mencabar. Menurut pengalaman seorang kawan, bayi pramatang memang sukar untuk menyusu.

Bagi bayi pramatang, keseluruhan tubuh bayi perlu disokong sepenuhnya kerana keadaan fizikal bayi yang sangat kecil dan berbeza dengan bayi normal.

Untuk maklumat tentang bayi pramatang, klik Perjalanan Penyusuan Bayi Pramatang.

Saksikan video kisah penyusuan bayi pramatang untuk anda. Selamat menonton 😉

Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Daftar Ahli Satu Kelebihan

Untuk mendapatkan harga yang lebih murah, saya nasihatkan anda daftar ahli.

Klik sini untuk maklumat tentang kelebihan menjadi ahli shaklee. Apabila anda menyertai kami, banyak lagi bonus yang anda dapat.

Kongsikan Dan Sebarkan

Sila kongsikan dan sebarkan artikel ini di media sosial dan juga kepada rakan-rakan anda supaya ianya bermanfaat dan menjadi rujukan untuk anda kelak.

Untuk tempahan Set Kanak-kanak , hubungi kami dan kami akan berikan servis yang terbaik untuk anda.

bayi pramatangWAN ZAINAB BT WAN MUHAMMAD
MOHD HAFIZULLAH BIN MANSOR
Shaklee Independent Distributor
Tel : 013-232 1416 WAN/017-971 2828 HAFIZ
Email : puteribongsu33@gmail.com
FB LIkes : Seri Bongsu Healthy

Seorang WAHM (work at home mother), isteri kepada suami yang penyayang dan ibu kepada seorang cahaya mata yang comel dan manja. Berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk keluarga dan masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *