tanda-tanda mengandung

Tanda-tanda Mengandung Yang Wajib Anda Ketahui

Selepas berkahwin, perkara yang difikirkan ialah menimang cahaya mata. Usia 2 minggu perkahwinan, sudah beli alat uji kehamilan. 😉

Begitu juga saya. Memang sangat teruja apabila salah satu tanda kehamilan wujud. Saya terus ke klinik untuk membeli alat uji kehamilan. Namun, keputusannya negatif dan berasa agak kecewa. Mungkin Allah belum mahu berikan saya rezeki.

Apabila usia perkahwinan menginjak ke 3 bulan, saya disahkan hamil. Itupun tanda-tanda mengandung saya ialah lewat datang bulan selama 2 minggu.

Tanda-tanda Mengandung

Tanda-tanda mengandung setiap orang adalah tidak sama dan berbeza. Antara tanda-tanda mengandung ialah :

1. Tidak Datang Bulan

Salah satu tanda-tanda mengandung ialah tidak datang bulan seperti biasa. Jika terlewat selama 2 minggu, anda boleh check dengan alat uji kehamilan.

Terdapat juga yang tidak datang bulan selama sebulan, tapi tidak hamil. Perkara ini perlulah merujuk doktor kerana bimbang perkara yang tidak disangka-sangka akan berlaku seperti cyst, fibroid dan sebagainya.

2. Perubahan Kulit Wajah

Kulit wajah sangat berbeza dengan sebelum itu atau keluar jerawat, berjeragat dan juga kusam. Hal ini berlaku kerana, berlakunya pertukaran hormon.

3. Cepat Letih

Cepat letih atau lesu juga adalah salah satu tanda-tanda mengandung. Kadangkala rasa mengantuk yang sangat luar biasa terutamanya semasa bekerja.

4. Kuat Makan

Selera makan anda bertambah yang sangat luar biasa. Jika makan 3 kali sehari, apabila mengandung, akan sentiasa lapar. Malahan, tengah-tengah malam masih juga lapar.

5. Pening & Muntah-muntah

Salah satu tanda-tanda mengandung ialah  pening-pening dan juga muntah-muntah dengan tiba-tiba.

6. Tiada Selera Makan

Selain kuat makan, tiada selera makan juga adalah salah satu tanda-tanda mengandung. Tiba-tiba sahaja tidak berselera untuk makan dan ada kalanya muntah bila mencium bau makanan.

7. Mengidam

Mengidam dan terasa ingin makan sesuatu yang tidak biasa dimakan seperti asam boi, mangga muda, jeruk dan sebagainya. Atau melakukan perkaran yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Pelik bukan?. 🙂

Adakah Anda Mengandung?

Jika anda merasakan salah satu atau lebih tanda-tanda berlaku ke atas diri anda, anda boleh membuat ujian kehamilan. Anda boleh melakukannya sendiri di rumah atau terus berjumpa doktor.

Untuk ujian sendiri di rumah, waktu yang sesuai ialah diwaktu pagi. Kerana pada waktu pagi, urin kita masih bersih dan mudah untuk mengesan kehamilan.

Alat Uji Kehamilan

Anda boleh mendapatkan alat ini di klinik atau difarmasi berdekatan dengan anda. Bagaimana anda ingin mengetahui sama ada anda mengandung atau tidak, alat uji kehamilan akan menentukannya.

tanda-tanda mengandung

 

tanda-tanda mengandung

Dua garisan merah yang muncul menandakan anda mengandung. Jika garisan merah kedua tidak terlalu merah atau samar-samar, berkemungkinan anda juga mengandung.

Tetapi perlu melakukan ujian tersebut sekali lagi selepas 1 atau 2 minggu selepas itu. Jika satu garis merah yang keluar menandakan anda tidak mengandung.

Daftar Ahli Satu Kelebihan

Untuk mendapatkan harga yang lebih murah, saya nasihatkan anda daftar ahli.

Klik sini untuk maklumat tentang kelebihan menjadi ahli shaklee. Apabila anda menyertai kami, banyak lagi bonus yang anda dapat.

Kongsikan Dan Sebarkan

Sila kongsikan dan sebarkan artikel ini di media sosial dan juga kepada rakan-rakan anda supaya ianya bermanfaat dan menjadi rujukan untuk anda kelak.

Untuk tempahan Set Kanak-kanak , hubungi kami dan kami akan berikan servis yang terbaik untuk anda.

tanda-tanda mengandungWAN ZAINAB BT WAN MUHAMMAD
MOHD HAFIZULLAH BIN MANSOR
Shaklee Independent Distributor
Tel : 013-232 1416 WAN/017-971 2828 HAFIZ
Email : puteribongsu33@gmail.com
FB LIkes : Seri Bongsu Healthy

Seorang WAHM (work at home mother), isteri kepada suami yang penyayang dan ibu kepada seorang cahaya mata yang comel dan manja. Berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk keluarga dan masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *