usus berlipat

Usus Berlipat : Tanda-tanda & Rawatannya

Entri ini saya tulis buat rujukan dan pengetahuan ibu-ibu di luar sana tentang masalah usus berlipat dalam kalangan kanak-kanak. Usus berlipat dihadapi oleh anak saya sendiri.

usus berlipat

 

Usus berlipat bukanlah penyakit tetapi satu masalah yang datang secara tiba-tiba. Terjadi pada bahagian usus kanak-kanak di bawah umur 2 tahun. Juga digelar selsema perut dan boleh jadi disebabkan oleh jangkitan bakteri atau virus yang menyebabkan usus ditarik.

Tanda-tanda & Gejala Usus Berlipat

Sebenarnya tidak ada tanda atau gejala khusus untuk masalah ini. Apa yang boleh saya kongsikan ialah tanda-tanda yang saya kesan melalui anak saya sendiri.

Anak saya seorang yang aktif, tiba-tiba mengadu sakit perut. Beliau asyik menekan perut setiap kali sakit perut datang setiap 10 atau 15 minit sekali.

Saya ingatkan sakit perut biasa dan hanya sapu minyak sahaja pada perutnya. Keadaan ini berlarutan sehingga saya berjumpa doktor. Kata doktor hanya kembung biasa. Doktor hanya bekalkan ubat kembung.

Namun, setelah mengambil ubat tersebut, tiada perubahan berlaku sehinggalah hari kedua, saya membawa beliau berjumpa dengan doktor di klinik lain pula.

Doktor tersebut menyatakan bahawa sakit perut biasa dan membekalkan ubat tahan sakit. 2 kali makan ubat tahan sakit, sakit perut Yusuff tetap tidak sembuh.

Kebetulan, saya mempunyai seorang kenalan doktor yang bekerja di Hospital Sultanah Nur Zahirah. Saya terus menelefon dan memberitahunya masalah yang dihadapi.

Beliau menyarankan agar Yusuff perlu dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut dikhuatiri mempunyai masalah pada usus.

Pada malamnya, Yusuff tidak lena tidur kerana sakit perut kerap menyerang. Saya putuskan untuk ke hospital pada keesokan harinya.

Keesokannya, kami membawa Yusuff ke hospital dan menerima rawatan awal di bahagian semi kritikal, bahagian kecemasan. Sampel darah Yusuff diambil dan doktor menemubual kami tentang masalah yang dihadapi Yusuff.

Pada awalnya, doktor mengesyaki Yusuff berkemungkinan menghidap apendix. Namun setelah dipantau dan diperhatikan daripada beberapa aspek ianya bukan.

Antara tanda-tanda atau gejala yang dipantau ialah :

  • Selera makan – Yusuff tidak bermasalah dari segi makan sepanjang sakit perut
  • Aktif-Yusuff masih aktif dan hanya menangis bila sakit perut menyerang
  • Muntah- Yusuff hanya muntah sekali sahaja sepanjang sakit perut
  • Najis- najis Yusuff normal dan bewarna coklat dan bukannya hitam atau seperti jelly (itu gejala apendix).
  • Demam – demam Yusuff on off

Rawatan Usus Berlipat

Setelah beberapa jam pemantauan dibuat oleh doktor, akhirnya doktor mengambil keputusan untuk menjalankan ujian ultrasound. Semasa proses itu dilakukan, doktor mengesan bahawa usus Yusuff dalam keadaan berlipat.

Tidak ada pembedahan dilakukan. Cuma doktor, memasukkan wayar yang disalurkan air ke dalam dubur atau dalam bahasa lainnya, air tersebut ditembak ke saluran usus. Ini akan membolehkan usus kembali kepada keadaan asal.

Alhamdulillah, kami bersyukur kerana keadaan usus Yusuff masih selamat. Jika kami tidak ke hospital lebih awal, usus tersebut akan mati. Jika usus sudah mati, pembedahan akan dijalankan untuk membuang usus yang mati.

Selepas proses itu selesai, Yusuff disarankan berehat dan akan dipantau dari semasa ke semasa. Doktor akan memeriksa keadaan Yusuff sama ada kembali normal atau tidak.

Jika najis Yusuff normal, tidak mengadu sakit perut dan tidak muntah-muntah, itu menandakan keadaan beliau kembali normal.

Keesokannya kami dibenarkan discharged. Itupun setelah doktor menyatakan Yusuff sudah kembali seperti biasa. Pesan doktor, kami perlu pantau keadaan Yusuff di rumah dan berdoa agar perkara yang sama tidak berlaku semula.

Pencegahan

Menurut doktor, tiada pencegahan yang khusus boleh dilakukan untuk mengelakkan masalah ini. Cuma saranan saya kepada ibu bapa di luar sana, berhati-hatilah dalam memberi makan kepada anak-anak. Elakkan beri makanan yang susah di hadam oleh anak-anak. Jagalah pemakanan anak-anak.

Untuk bayi bawah 6 bulan, berikan susu ibu sahaja. Jangan beri makanan pejal terlalu awal. Susu ibu adalah yang terbaik bagi bayi. Jika bayi anda jaundis selepas kelahiran, jangan berikan apa-apa selain susu ibu. Hal ini kerana, perut dan usus bayi masih kecil dan nipis. Hanya susu ibu sahaja mampu menjadi penawar kepada jaundis.

Cegah sebelum kena.

 

WAN ZAINAB BT WAN MUHAMMAD
MOHD HAFIZULLAH BIN MANSOR
Shaklee Independent Distributor
Tel : 013-232 1416 WAN
017-971 2818 HAFIZ
Email : puteribongsu33@gmail.com
FB LIkes : Seri Bongsu Healthy

Seorang WAHM (work at home mother), isteri kepada suami yang penyayang dan ibu kepada seorang cahaya mata yang comel dan manja. Berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk keluarga dan masyarakat.

11 thoughts on “Usus Berlipat : Tanda-tanda & Rawatannya”

    1. Sama2 irene. Memang perlu kongsikan, supaya ibu bapa di luar sana lebih alert.
      Selepas anak sy discharged, saya ke klinik yg sy dptkan rawatan sblm ke hosp.
      saya inform doc tersebut ttg hal ini. Risau jika ada kes2 sakit perut kt terjadi kt kanak2 lain. mungkin doc tersebut boleh refer kes ni.

    1. Sama2 mazffalainey. Adalah menjadi tanggungjawab saya utk sharing pasal ini. Supaya ibu bapa akan alert jika terjadi kes cmni. Nasib baik anak sy dia dh boleh bercakap. Kalo tak xtau lah saya.

  1. puan,saya nk tya adakah penyakit ank puan berulang lg selepas menjalani rawatan?jika tidak berulang apa yg puan lakukan?

    1. terima kasih kerana sudi membaca cerita saya.Buat masa sekarang,masalah tersebut tak berulang lagi.
      Jika berulang, saya akan terus bawa anak ke hospital. Sebab dah ada rekod di sana tentang masalah yang dialaminya.
      Lagipun, selepas keluar wad doktor buat temujanji untuk pemeriksaan susulan.

  2. puan ank puan umur brp thn?ank sy pun mempunyai masalah yg sama.apa perlu sy jaga supaya ia x berlaku lg.saya risau sgt.nk jg mkn ke atau apa2 yg perlu dielakkan.sbb tya doktor dia pun x tau

    1. anak saya skrg 2 thun 4 bulan. masa dapat masalah tu, 1 tahun 10 bulan..Memang susah nak jangka bila berlaku.
      Kawan saya doktor, dia ckp biasanya usus berlipat ni terjadi bila anak2 kerap batuk/selsema/asthma. Makanan berminyak dan makanan laut juga kurangkan.kalo boleh elakkan. Saya pernah bawa anak jumpa ustaz, (Perubatan islam + tradisional), beliau ckp xleh makan kerang.
      Apapun puan, jgn putus berdoa ya agr ank2 diberikn kshtn yg baik. InshaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *