bengkak susu

Bahaya Bengkak Susu Bagi Ibu-ibu Menyusu

Masalah bengkak susu biasanya kerap dialami oleh ibu-ibu menyusu terutamanya ibu yang masih dalam pantang. Saya juga tidak terkecuali mengalami masalah ini semasa berpantang anak pertama.

Baru-baru ini, adik ipar pula mengalami masalah yang sama. Jadi saya kongsikan dengan anda cara untuk mengatasi masalah ini supaya tidak berlaku perkara yang lebih serius lagi.

bengkak susu

Bengkak susu ialah satu situasi yang mana, kuantiti susu terlalu banyak terhasil dan pada masa yang sama, puting susu dan kawasan aerola tersumbat.

Susu mula membeku dan menjadi ketulan keras dan itu menyebabkan rasa sakit yang berlarutan. Payudara ibu akan menjadi keras, membengkak dan berdenyut-denyut.

Kebiasaannya, masalah ini berterusan selama dua hari dan yang paling lama ialah selama sepuluh hari. Ini bergantung kepada rawatan yang anda lakukan.

Kesan Bengkak Susu

  • Rasa sakit tersebut menyebabkan sesetengah ibu demam.
  • Terdapat juga kes bengkak susu yang boleh menyebabkan ibu pengsan dan juga boleh membawa kematian.
  • Puting melecet dan luka.
  • Bayi bermasalah untuk menyusu kerana kawasan aerola sudah bengkak dan tersumbat.

Tips Mengatasi Masalah Bengkak Susu

1.Pam boleh membantu melegakan payudara anda daripada terus membengkak. Anda boleh mengepam susu dua atau tiga jam sekali.

2.Menyusu dengan lebih kerap iaitu setiap setengah jama sekali.Jika bayi anda tidur, kejutkan untuk menyusu.

3. Salah satu petua tradisional untuk melegakan masalah bengkak susu ialah dengan menggunakan sayur kobis yang telah disejukkan selama 30 minit. Tebuk lubang di tengah-tengah daun untuk ruang puting. Lakukannya selama 20 hingga 30 minit dan berulang-ulang sehingga anda berasa lega dan selesa.

5.Tuam payudara dengan air suam atau air panas sebelum menyusu. Untuk memudahkan susu keluar dan saluran susu akan terbuka.

6. Mandi dengan air suam.

7. Lakukan urutan pada aerola semasa menyusukan bayi anda.

8. Elakkan memakai coli yang ketat semasa masalah ini berlaku. Lebih baik jika anda tidak memakai coli kerana dikhuatiri aliran udara tersekat dan menyebabkan payudara semakin membengkak.

Jika kesemua di atas tidak berkesan, anda perlu berjumpa segera dengan doktor. Kebiasaannya, rawatan yang akan diberikan ialah doktor akan membekalkan antibiotik untuk keringkan susu. Untuk masalah yang lebih teruk lagi, doktor akan melakukan pembedahan kecil untuk melegakan masalah anda.

Lecithin Atasi Masalah Bengkak Susu Dengan Segera

bengkak susu

Salah satu cara ekspress untuk mengatasi masalah ini ialah makan Lecithin Shaklee. Lecithin juga mampu membuka rongga pada ketulan susu dan sekaligus mengurangkan kesakitan akibat pembengkakan.

Kelebihan lain Lecithin ialah membakar lemak dan juga merangsang perkembangan otak.

 

Testimoni Bengkak Susu

bengkak susu

Daftar Ahli Satu Kelebihan

Untuk mendapatkan harga yang lebih murah, saya nasihatkan anda untuk menyertai kami dan menjadi sebahagian daripada kami. Banyak manfaat yang anda dapat jika mendaftar sebagai ahli.

Klik sini untuk maklumat tentang kelebihan menjadi ahli shaklee. Apabila anda menyertai kami, banyak lagi bonus yang anda dapat.

Kongsikan Dan Sebarkan

Sila kongsikan dan sebarkan artikel ini di media sosial dan juga kepada rakan-rakan anda supaya ianya bermanfaat dan menjadi rujukan untuk anda kelak.

Untuk tempahan hubungi kami dan kami akan berikan servis yang terbaik untuk anda.

tanda-tanda mengandungWAN ZAINAB BT WAN MUHAMMAD
MOHD HAFIZULLAH BIN MANSOR
Shaklee Independent Distributor
Tel : 013-232 1416 WAN
017-971 2818 HAFIZ
Email : puteribongsu33@gmail.com
FB LIkes : Seri Bongsu Healthy

Seorang WAHM (work at home mother), isteri kepada suami yang penyayang dan ibu kepada seorang cahaya mata yang comel dan manja. Berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk keluarga dan masyarakat.

2 thoughts on “Bahaya Bengkak Susu Bagi Ibu-ibu Menyusu”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *