persediaan penyusuan

Tips Persediaan Penyusuan Sebelum Bersalin

Kehamilan merupakan detik yang terindah dalam kehidupan seorang ibu. Kebiasaannya semasa hamil bakal ibu sibuk menyediakan kelengkapan bayi dan ibu terutamanya dari aspek pakaian, persediaan menghadapi kontraksi dan lain-lain.

Namun harus diingatkan bahawa persediaan penyusuan perlu dititikberatkan terutamanya bagi ibu yang ingin menyusukan bayi mereka sehingga usia 2 tahun. Untuk penyusuan ibu haruslah bersedia dari segi mental dan fizikal.

Tips Persediaan Penyusuan Sebelum Bersalin

1. Kelengkapan Penyusuan

Beli kelengkapan penyusuan seperti pam susu sama ada manual atau elektrik terpulang kepada ibu. Saya syorkan lebih baik beli pam elektrik bagi ibu yang ingin menyusu anak sehingga 2 tahun terutamanya ibu-ibu yang bekerjaya.

Selalunya ibu yang bekerja akan menyimpan stok susu untuk bayi mereka atau lebih dikenali Expressed Breast Milk (EBM). Jadi, untuk EBM ibu juga perlu tahu langkah-langkah penyimpanan susu perahan agar susu tidak cepat rosak.

2. Penjagaan Kebersihan Payudara

Selalu bersihkan puting payudara agar sentiasa bersih. Hal ini demikian kerana,semasa hamil kawasan puting payudara sedikit berkerak atau berdaki disebabkan oleh peluh. Bersihkan puting sebersih-bersihnya dan picit kawasan puting untuk membuka mata puting. Ini akan memudahkan proses penyusuan nanti dan mengelakkan masalah puting tersumbat.

Kebiasaanya, masuk 7 bulan kehamilan, kolustrum akan mula kelihatan. Kolustrum ialah susu awal bayi yang bewarna kekuningan dan ianya terbaik untuk bayi.

3. Latihan Penyusuan

Latihan menyusu atau menghadiri kelas-kelas persediaan penyusuan. Ramai ibu-ibu menganggap penyusuan itu mudah, tapi hakikatnya bagi bayi pertama adakalanya sukar. Banyak masalah yang pernah saya dengar tentang menyusu anak pertama. Ibu kekok, anak tidak mahu menyusu, masalah puting, masalah bengkak susu dan sebagainya. Oleh itu, janganlah memandang remeh tentang hal ini.

4. Keadaan Puting Payudara

Pastikan puting payudara tidak masuk ke dalam atau tenggelam. Banyak juga kes puting payudara masuk ke dalam dan membuatkan bayi sukar menyusu. Selalulah menarik puting payudara keluar semasa hamil supaya memudahkan penyusuan nanti.

5. Pemakaian Baju Dalam

Elakkan memakai baju dalam yang ketat semasa hamil. Pemakaian baju dalam yang ketat semasa hamil boleh menyebabkan aliran udara tidak dapat memasuki kawasan payudara. Kotoran pada puting mudah terhasil akibat payudara berpeluh. Pilihlah baju dalam yang longgar atau yang dikhaskan untuk ibu hamil.

6. Ilmu Penyusuan

Banyakkan membaca dan mencari ilmu tentang ilmu penyusuan terutamanya ibu-ibu yang ingin menyusukan bayi secara ekslusif. Rujukan boleh dibuat melalui pembacaan buku, majalah, laman web dan sebagainya.

7. Pemakanan Semasa Hamil

Persediaan penyusuan yang seterusnya ialah pemakanan semasa hamil untuk menggalakkan penghasilan susu ibu. Ibu hamil perlu mengambil makanan yang bersumberkan protein, kalsium, vitamin b, asid folik, omega 3, dan vitamin D untuk meningkatkan penghasilan susu.

Jika sukar untuk mendapatkan kesemuanya daripada sumber makanan yang dimakan seharian, ibu boleh cuba ambil makanan tambahan yang kini banyak dijual di pasaran. Rasanya masih belum terlambat untuk ibu mencuba makanan tambahan @ suplemen walaupun usia kandungan sudah mencecah 7 bulan dan ke atas.

Yang penting, suplemen atau vitamin yang diambil adalah semulajadi. Saya syorkan Set Kehamilan Shaklee yang mengandungi kesemua vitamin yang diperlukan oleh ibu hamil. Kesemua suplemen ini membantu meningkatkan pengeluaran susu dan memekatkan susu. Bonus tambahan, kulit ibu lebih anjal, bersih dan sekaligus memberikan tenaga kepada ibu hamil.

Set Kehamilan Shaklee meliputi Energizing Soy Protein, Vitamin B Complex,Ostematrix, Sustained Release Vitamin C dan Vita Lea Iron Formula.

Daftar Ahli Satu Kelebihan

Untuk mendapatkan harga yang lebih murah, saya nasihatkan anda untuk menyertai kami dan menjadi sebahagian daripada kami. Banyak manfaat yang anda dapat jika mendaftar sebagai ahli.

Klik sini untuk maklumat tentang kelebihan menjadi ahli shaklee. Apabila anda menyertai kami, banyak lagi bonus yang anda dapat.

Kongsikan Dan Sebarkan

Sila kongsikan dan sebarkan artikel ini di media sosial dan juga kepada rakan-rakan anda supaya ianya bermanfaat dan menjadi rujukan untuk anda kelak.

Untuk tempahan hubungi kami dan kami akan berikan servis yang terbaik untuk anda.

tanda-tanda mengandungWAN ZAINAB BT WAN MUHAMMAD
Shaklee Independent Distributor
Tel : 013-232 1416 WAN
Email : puteribongsu33@gmail.com
FB LIkes : Seri Bongsu Healthy

Seorang WAHM (work at home mother), isteri kepada suami yang penyayang dan ibu kepada seorang cahaya mata yang comel dan manja. Berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk keluarga dan masyarakat.

2 thoughts on “Tips Persediaan Penyusuan Sebelum Bersalin”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *