tips mudah bersalin

Tips Mudah Bersalin Yang Wajib Diamalkan

Menjelangnya kelahiran, kebanyakan ibu hamil pastinya akan merasakan sedikit debaran.Terutamanya, jika anda hamil anak pertama dan tidak mempunyai pengalaman. Tambahan pula, jika banyak mendengar cerita dan pengalaman daripada mereka yang sudah melaluinya.

Proses bersalin digambarkan adalah sukar, menyakitkan dan juga kadangkala boleh membahayakan nyawa ibu atau bayi jika tiada persediaan dilakukan. Justeru, ibu hamil perlu melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu bersalin atau mencari tips mudah bersalin untuk rujukan.

Jadi, saya ingin kongsikan tips mudah bersalin yang saya amalkan semasa hamil anak kedua. Tips ini perlu diamalkan semasa kehamilan lagi agar kita lebih bersedia apabila tibanya waktu bersalin. Saya akui, semasa hamil anak sulong memang tidak banyak ilmu bersalin yang saya cari.

Tips Mudah Bersalin

Berikut adalah beberapa tips mudah bersalin yang saya telah amalkan sepanjang kehamilan saya.

1.Surah Maryam – Alhamdulillah, sepanjang kehamilan saya selalu mengamalkan surah Maryam dan juga surah-surah lain. Walaupun agak panjang, saya cuba habiskan 1 surah. Semasa perjalanan ke hospital, saya baca Surah Maryam sampai habis biarpun pada masa tersebut, sakit kontraksi datang 5 minit sekali.

Selain surah Maryam, ibu-ibu juga digalakkan mengamalkan surah-surah lain seperti Surah Luqman, Surah Yusuff dan juga khatam Al-Quran semasa hamil. Amalan membaca Al-Quran semasa hamil, menjadikan anak yang bakal lahir lebih bijak.

2. Kurma – Amalkan makan kurma 7 biji sehari untuk membekalkan tenaga. Jika tak boleh makan 7 biji sehari, boleh    ikhtiar dengan buat Jus Kurma. Ambil 7 biji kurma dan kisar. Lagi bagus kisar bersama susu atau susu kambing. Susu kambing boleh elakkan jaundis bayi kelak.

3. Minum air kelapa – Apabila kandungan berusia 7 bulan,saya dah mula minum air kelapa muda. Dalam seminggu, 3 4 kali saya minum air kelapa. Air kelapa juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan melembutkan perenium.

4. Urutan Perenium- Tips mudah bersalin seterusnya ialah melakukan urutan perenium. InshaAllah, cara ini juga boleh memudahkan jalan terbuka dan proses bersalin juga akan menjadi mudah.

5. Selusuh Suami – Selusuh suami lebih baik daripada buat selusuh di rumah bidan. Cara buat Air Selusuh, boleh rujuk sini.

6. Senaman – Wanita hamil juga perlu bersenam. Kebiasaan yang kita dengar, senaman yang sesuai untuk ibu hamil ialah berjalan kaki sahaja. Namun, terdapat senaman-senaman lain yang boleh membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Antaranya ialah Gym Ball, senaman Belly Dance, Squat, & Yoga (boleh rujuk Google)

7. Bersama Suami – Tips mudah bersalin paling senang untuk di amalkan. InshaAllah berkesan dan waktu terbaik adalah semasa kandungan berusia 8 bulan ke atas. Tujuannya adalah membantu kawasan perenium menjadi lembut dan mudah untuk bayi menolak keluar.

8. Minyak Kelapa Dara – Minyak kelapa dara juga membantu memudahkan proses bersalin. Selain diminum, minyak kelapa dara juga perlu di sapu pada kawasan perenium setiap hari. InshaAllah kawasan perenium akan menjadi lembut. Perenium juga tidak akan banyak koyakan semasa proses bersalin nanti.

9. Set kehamilan Shaklee juga membantu memudahkan proses bersalin. Perlu diambil sepanjang kehamilan untuk meningkatkan tenaga ibu hamil. Bersalin anak kedua sangat mudah dan semasa proses bersalin, saya rasa sangat bertenaga. Lepas bersalin, saya terus ambil Set Berpantang Shaklee. Sebenarnya, Set Bersalin dan Set Berpantang terdiri daripada vitamin yang sama.

Testimoni Set Kehamilan Shaklee

Selain membekalkan tenaga semasa proses bersalin, beberapa kelebihan jika anda mengamalkan Set Kehamilan Shaklee. Antaranya ialah :

  1. Masalah HB rendah dapat di atasi dengan konsisten mengamalkan Vita Lea Iron Formula

tips mudah bersalin

2. Diabetis semasa hamil atau gdm dapat di atasi dengan pengambilan Energizing Soy Protein (ESP)

tipsmudah bersalin

3. Strechmark tiada!

tips mudah bersalin

4. Testimoni dari hati Set Kehamilan Shaklee

Daftar Ahli Satu Kelebihan

Untuk mendapatkan harga yang lebih murah, saya nasihatkan anda untuk menyertai kami dan menjadi sebahagian daripada kami. Banyak manfaat yang anda dapat jika mendaftar sebagai ahli.

Klik sini untuk maklumat tentang kelebihan menjadi ahli shaklee. Apabila anda menyertai kami, banyak lagi bonus yang anda dapat.

Kongsikan Dan Sebarkan

Sila kongsikan dan sebarkan artikel ini di media sosial dan juga kepada rakan-rakan anda supaya ianya bermanfaat dan menjadi rujukan untuk anda kelak.

Untuk tempahan hubungi kami dan kami akan berikan servis yang terbaik untuk anda.

tanda-tanda mengandungWAN ZAINAB BT WAN MUHAMMAD
Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
Tel : 013-232 1416
Email : puteribongsu33@gmail.com

Seorang WAHM (work at home mother), isteri kepada suami yang penyayang dan ibu kepada seorang cahaya mata yang comel dan manja. Berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk keluarga dan masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *