Cara Mudah Buat Air Selusuh Sendiri

Kebiasaannya bila waktu kandungan memasuki 7 bulan, ibu hamil akan ke rumah bidan-bidan kampung untuk buat air selusuh. Ini adalah adat kita sejak zaman nenek moyang lagi.

Sehingga ke hari ini masih lagi diamalkan. Bahan-bahan yang diperlukan adalah telur ayam kampung, air masak, dan minyak kelapa.

Tujuannya adalah untuk memudahkan proses bersalin. Telur ayam kampung dimakan mentah tanpa masak. Minyak kelapa pula diminum dan disapu pada perut.

Selain bidan, suami kita sendiri boleh buat air selusuh. Seorang kawan pernah beritahu, air selusuh yang suami buat memang musatajab. Masa anak pertama, saya buat air selusuh dengan ustaz perubatan moden.

Proses kelahiran anak pertama berbeza dengan anak kedua. Anak pertama, 6 jam bertarung di labour room. Anak kedua pula, 10 minit sahaja. Alhamdulillah.

Anak kedua pula, suami buatkan air selusuh. Bila suami sendiri yang buatkan makin bertambah rasa sayang dan mengeratkan hubungan suami isteri. InshaAllah.

CARA BUAT AIR SELUSUH

  1. Al-Fatihah 1 kali

  2. Ayat Kursi 1 kali

  3. Selawat Syifa’ 7 kali

air selusuh4. Doa selusuh 7 kali

air selusuh

6. Baca doa mudah bersalin 7 kali

air selusuh

Selesai bacaan setiap doa, hembuskan ke dalam air yang disediakan. Selain air, kurma atau minyak zaitun boleh juga dibuat selusuh. Lagi bagus jika air zam-zam dibuat air selusuh. Ini kerana air zam-zam lebih banyak manfaatnya.

Air selusuh mula diminum setiap hari bermula kandungan 7 bulan ke atas. Minyak zaitun pula disapu pada perut setiap malam sebelum tidur. InshaAllah, proses bersalin akan mudah nanti. Kita hanya berikhtiar, selebihnya Allah yang menentukan.

Mudah bukan buat air selusuh sendiri?. Saya doakan ibu-ibu hamil di luar sana dipermudahkan proses bersalin nanti. Semasa di labour room, banyakkan istighfar dan amalkan doa nabi Nuh “lailahaillahanta subhanakainni kuntuminalzolimin”.

Jangan lupa selepas solat, mohon doa kepada Allah s.w.t agar dipermudahkan urusan bersalin. Sebelum masuk labour room mohon maaf kepada kedua ibu bapa dan juga suami.

 

 

 

 

 

 

 

 

Seorang WAHM (work at home mother), isteri kepada suami yang penyayang dan ibu kepada seorang cahaya mata yang comel dan manja. Berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk keluarga dan masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *