Fresh Laundry Wajib Ada Di Setiap Rumah

Pakaian adalah keperluan asas manusia. Fungsinya adalah untuk melindungi kulit dan juga menutup aurat. Pakaian yang sudah dipakai, perlulah dibasuh kerana kotoran yang melekat seperti peluh, debu dan lain-lain.

Pakaian yang kotor pastinya perlu dicuci dengan sabun yang terbaik dan mampu menghapuskan kotoran serta bakteria yang melekat. Tapi kebanyakan sabun yang dijual di pasaran memang mampu menghapuskan kotoran, tapi dalam masa yang sama beri kesan sampingan kepada kita.

Selamatkah Sabun Pencuci Anda?

Kebanyakan serbuk pencuci pakaian mengandungi bahan perengsa yang boleh disedut atau diserap melalui kulit – punca lazim berlakunya tindak balas alahan. Triethanolaminedodecylbenzenesulfonate merupakan salah satu bahan perengsa tersebut, dan ia disenaraikan sebagai bahan berbahaya oleh EPA dan DOT.

Sentuhan dengan bahan ini boleh merengsakan dan membakar kulit dan mata. Jika terhidu, ia akan merengsakan hidung, tekak dan paru-paru hingga menyebabkan batuk, asma dan/atau sesak nafas. Kulit yang kerap bersentuhan dengannya akan menjadi kering dan gatal serta mengalami masalah alergi kronik dan ruam.

Murahnya Sabun Kerana Filler

Tahukah anda bahawa, sabun yang ada di pasaran sekarang mengandungi sejenis bahan iaitu filler. Filler adalah bahan kimia yang digunakan dalam sabun pencuci untuk meningkatkan kuantiti buih sabun semasa proses basuhan pakaian. Kandungan filler dalam sabun anda adalah 45%.

Kandungan filler dalam sabun boleh merosakkan fabrik dan juga menyebabkan alergi. Filler sangat murah dan mudah didapati, maka tidak hairanlah, harga sabun pun murah sahaja dijual. Jadi anda boleh dapat 5kg sabun hanya RM20 atau lebih murah daripada itu mengikut jenama.

Filler yang selalu digunakan dalam pembuatan sabun pencuci ialah

  • Diaoxine – Minyak sintetik
  • Alkohol – Kurangkan sabun berketul-ketul
  • Gluten- Memekatkan sabun pencuci
  • Limestone & Chalk-Meningkatkan bahan pencuci
  • Wangian & Warna – Membuatkan pakaian yang dicuci berbau harum dan wangi

Bertukarlah Kepada Fresh Laundry!

fresh laundry

Fresh Laundry satu-satunya sabun dan pelembut fabrik yang tidak mengandungi bahan kimia, tidak mengandungi klorin dan selamat untuk semua jenis baju, mahupun baju bayi.

Sebelum saya menggunakan Fresh Laundry, saya sangat alah pada bau sabun biasa dan sering bersin bila mencium baunya. Setelah bertukar kepada Fresh Laundry, segala-galanya berubah. Apabila saya mencium bau baju yang sudah dibasuh, tiada lagi bersin. Tambahan pula, Fresh Laundy wangi dan segar serta menjimatkan.

Kelebihan Shaklee Fresh Laundry:

  • Tiada bahan kimia dan berasaskan bahan-bahan semulajadi
  • Tiada klorin,fosfat, borat dan filler
  • Mengekalkan warna pakaian dan tidak melunturkan pakaian
  • Kepekatan tinggi . 1 auns untuk muatan sederhana
  • Sesuai untuk semua suhu sejuk atau panas
  • Selamat untuk sistem pembentungan

Daftar Ahli Satu Kelebihan

Untuk mendapatkan harga yang lebih murah, saya nasihatkan anda untuk menyertai kami dan menjadi sebahagian daripada kami. Banyak manfaat yang anda dapat jika mendaftar sebagai ahli.

Klik sini untuk maklumat tentang kelebihan menjadi ahli shaklee. Apabila anda menyertai kami, banyak lagi bonus yang anda dapat

Kongsikan Dan Sebarkan

Sila kongsikan dan sebarkan artikel ini di media sosial dan juga kepada rakan-rakan anda supaya ianya bermanfaat dan menjadi rujukan untuk anda kelak.

Untuk tempahan hubungi kami dan kami akan berikan servis yang terbaik untuk anda.

WAN ZAINAB BT WAN MUHAMMAD
Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
Tel : 013-232 1416
Email : puteribongsu33@gmail.com
FB LIkes : Seri Bongsu Healthy

Slip Disc : Punca & Rawatan Yang Sesuai

Apa itu Slip Disc & Punca Penyebabnya

Slip Disc atau cakera tergelincir merupakan masalah yang jarang sekali berlaku. Kebiasaanya, akan berlaku kepada mereka melakukan kerja-kerja berat dan kasar seperi buruh, pemandu lori, ahli sukan angkat berat, dan mereka yang pernah mengalami kemalangan. Slip disc terjadi apabila cakera pada tulang rawan rosak dan menekan pada saraf.

Slip disc berlaku apabila bulatan tisu penghubung cakera rosak dan membuatkan tekanan akan dirasai pada saraf tunjang. Faktor umur juga boleh menyebabkan slip disc berlaku, terutamanya apabila usia meningkat cakera tulang belakang akan kehilangan kandungan air, cakera semakin kurang fleksibel dan mula pecah.

slip disc

Slip disc akan mengambil masa selama satu hingga tiga bulan untuk sembuh. Rawatan yang sesuai untuk mengatasi masalah ini ialah fisioterapi, urutan dan senaman. Selain itu, doktor akan bekalkan ubat tahan sakit untuk melegakan kesakitan akibat slip disc. Pembedahan akan dilakukan jika keadaan sudah menjadi parah.

Testimoni Slip Disc

 

“Assalamualaikum wbt.

Saya Siti Roziana Bt.Alias, berumur 33 tahun dan merupakan ibu kepada 3 orang cahaya mata. Saya seorang WAHM dan kini menetap di Puchong.

Saya seorang yang agak aktif ketika di universiti dahulu. Bola jaring, kayak dan aktiviti rekreasi lasak menjadi pilihan ketika itu. Pendek kata, jatuh terseliuh, lebam dan cedera sudah jadi rutin saya. Akibatnya belakang mula rasa sakit hingga ke tapak kaki.

Pernah juga saya pergi mengurut kerana kecederaan yang saya alami tetapi kerana tempat mengurut itu agak jauh dari Universiti itu sekali sahaja saya kesana. Dan saya pendam sakit itu kononnya tak mahu terlalu memikirkannya dan berharap ia akan baik sendiri suatu hari nanti

Tuntutan kerjaya saya sebagai Jurutera Rangkaian memerlukan saya banyak keluar pejabat dan pergi ke tempat pelanggan kami. Oleh kerana kerja saya melibatkan pemasangan kabel, perkakasan IT dan computer, makanya kebanyakan barang itu saya akan angkat sendiri selagi terdaya. Tanpa saya sedari sakit itu datang semula. Paling ketara di bahagian belakang hinggalah ke tapak kaki. Berdenyut-denyut dan sungguh menyakitkan.

Jadi apabila saya mula rasa sakit, saya akan makan kan ubat tahan sakit yang diberikan doktor. Memang lega, namun ia hanya berkesan untuk sementara waktu..

Hendak dijadikan cerita, pada tahun 2013 sakit belakang saya menjadi amat kronik. Sakit hingga saya berjalan mengengkang ke hospital kerana terasa amat perit di bahagian pinggang, punggung dan kaki. Jika saya berjalan seperti orang normal..sepertinya ada sesuatu mencucuk-cucuk belakang dan kaki saya.

Suami cadangkan saya refer terus ke pakar Ortopedik kerana keadaan saya yang amat merisaukan nya. Bila sesi soal jawab dengan pakar..pakar menegur saya kerana membiarkan masalah belakang saya yang berlarutan tidak dirawat sehingga 9 tahun lamanya.Pelik juga katanya saya boleh tahan sakit sebegitu.

Beliau menjalankan beberapa ujian dan hasil dari ujian MRI mendapati tulang L4 saya telah terkeluar sedikit atau dalam istilahnya Slip Disc. Kata doctor itulah yang menjadi punca kepada sakit belakang saya selama ini dan ia masih belum di tahap kritikal.

Saya ditahan wad selama seminggu dan menjalani beberapa sesi fisioterapi dan ia mendatangkan sedikit kelegaan. Namun kata doctor saya tidak boleh terlalu lasak dan mengangkat benda berat kerana masalah slip disc saya itu. Sedih mendengarnya kerana saya sedar sebagai seorang pekerja/ ibu pasti banyak perkara yang akan terbatas nanti.

Disebabkan tuntutan kerja yang agak sibuk ketika itu saya tidak menumpukan proses penyembuhan fisioterapi yang telah dijadualkan doctor, namun saya cuba ikhtiar dengan cara lain yang saya rasa fleksibel dengan diri saya.
Saya bertanyakan kepada rakan dan juga mencari di internet . Saya lihat ramai orang bercerita tentang khasiat Vivix yang telah membantu ramai pesakit kronik untuk kembali sihat. Jadi tanpa berlengah lagi,tanpa berkira kira berapa harga sebotol Vivix itu saya terus membeli sebotol Vivix dan juga GLA ( Saya consume serentak dengan Vivix kerana saya turut mengalami masalah prolong period).

Awal ambilan saya kena healig crisis yang teruk juga, pening kepala, tak sedap badan, rasa nak demam,tapi saya tabahkan hati juga untuk habiskan sebotol.

Perubahan yang mula-mula saya rasai, apabila Prolong Period saya yang tak berhenti selama 6 bulan (dimana seiring dengan sakit slip disc) berhenti serta merta. Prolong period ini tidak tahu apa puncanya kerana saya disahkan tiada cyst dan fibroid oleh Doctor O&G.

Perubahan ini turut disedari oleh suami. Katanya saya nampak sihat berbanding dulu dan tidak lagi mengadu sakit belakang setiap malam

Dan syukur pada anugerah yang tak terhingga dariNya yang saya hamil anak kami yang ketiga. Saya alahan diawal kehamilan namun tiada sakit pinggang atau belakang yang teruk seperti dua kali kehamilan sebelum ini. Dengan asbab Vivix dan GLA, slip disc dan prolong period saya sembuh. Badan saya sihat dan segar malah sentiasa bertenaga. Terima kasih Allah.”

Daftar Ahli Satu Kelebihan

Untuk mendapatkan harga yang lebih murah, saya nasihatkan anda untuk menyertai kami dan menjadi sebahagian daripada kami. Banyak manfaat yang anda dapat jika mendaftar sebagai ahli.

Klik sini untuk maklumat tentang kelebihan menjadi ahli shaklee. Apabila anda menyertai kami, banyak lagi bonus yang anda dapat

Kongsikan Dan Sebarkan

Sila kongsikan dan sebarkan artikel ini di media sosial dan juga kepada rakan-rakan anda supaya ianya bermanfaat dan menjadi rujukan untuk anda kelak.

Untuk tempahan hubungi kami dan kami akan berikan servis yang terbaik untuk anda.

WAN ZAINAB BT WAN MUHAMMAD
Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
Tel : 013-232 1416
Email : puteribongsu33@gmail.com
FB LIkes : Seri Bongsu Healthy