pengurusan masa

Tips Pengurusan Masa Bagi Isteri Bekerja Dari Rumah

Di Amerika Syarikat, ramai isteri bekerja dari rumah atau dalam bahasa Inggerisnya Working At Home Mother. Mereka memilih untuk bekerja dari rumah supaya mudah mereka menguruskan urusan rumahtangga dan anak-anak.

Jana pendapatan dari rumah adalah impian setiap isteri yang bergelar ibu. Bekerja sambil jaga anak-anak  depan mata. Sekarang ini ramai juga isteri yang bekerja dari rumah dan mungkinkah akan jadi trend untuk masa depan?.

Tugas seorang isteri yang bekerja dari rumah agak mencabar sebenarnya. Lebih kepada multitasking. Bagaimana nak uruskan hal rumahtangga dan perniagaan dalam satu masa. Hal rumahtangga sudah banyak cabangnya.

pengurusan masa

Hal anak-anak, uruskan persekolah anak-anak, makan minum keluarga, kain baju mereka dan sebagainya. Tapi, jika pandai uruskannya, inshaAllah semua kerja akan jadi mudah.

Masa kita dalam sehari hanya 24jam. Semua orang diberikan masa yang sama, tiada lebih dan tiada kurang. Pengurusan masa amat penting dalam kehidupan kita seharian agar semua kerja-kerja dapat diselesaikan dalam masa yang ditetapkan.

Bertangguh adalah pencuri masa. Pengurusan masa amat penting untuk elakkan tabiat buruk suka menangguhkan sesuatu perkara. Ikuti tips pengurusan masa untuk ibu yang bekerja dari rumah.

Tips Pengurusan Masa Untuk WAHM

1. To Do List–¬† Sangat penting dalam hidup kita sebenarnya. Sebelum tidur, buat list untuk esok. Apa yang perlu dibuat selepas solat subuh dan seterusnya. Mengaji ke, uruskan anak2 sekolah atau memasak.

2. Jadual Harian -Buat jadual rutin dan patuhi jadual tersebut. Masukkan segala aktiviti harian yang perlu dibuat, contohnya basuh kain, memasak. Dan disiplinkan diri untuk ikut jadual tersebut.

3. Masa Emas -Waktu anak tidur adalah waktu emas bagi seorang ibu. Selain waktu anak tidur, waktu anak ke sekolah juga adalah waktu emas. Contohnya, anak pulang sekolah jam 2.00 petang, jadi masa sebelum 2.00 petang, bereskan semua kerja-kerja yang sedang menunggu.

4. Seimbangkan Tugas– Selesaikan mana yang penting dahulu. Seimbangkan antara urusan rumahtangga dan bisnes.

5. Umpan Anak– Jangan jadikan anak sebagai alasan kerja-kerja tidak boleh diselesaikan. Boleh runding dengan anak-anak untuk buat kerja. Atau masa buat kerja umpan anak-anak anda dengan buku, pensil warna, dan mainan.

Daftar Ahli Satu Kelebihan

Untuk mendapatkan harga yang lebih murah, saya nasihatkan anda untuk menyertai kami dan menjadi sebahagian daripada kami. Banyak manfaat yang anda dapat jika mendaftar sebagai ahli.

Klik sini untuk maklumat tentang kelebihan menjadi ahli shaklee. Apabila anda menyertai kami, banyak lagi bonus yang anda dapat

Kongsikan Dan Sebarkan

Sila kongsikan dan sebarkan artikel ini di media sosial dan juga kepada rakan-rakan anda supaya ianya bermanfaat dan menjadi rujukan untuk anda kelak.

Untuk tempahan hubungi kami dan kami akan berikan servis yang terbaik untuk anda.

WAN ZAINAB BT WAN MUHAMMAD
Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
Tel : 013-232 1416
Email : puteribongsu33@gmail.com
FB LIkes : Seri Bongsu Healthy
Seorang WAHM (work at home mother), isteri kepada suami yang penyayang dan ibu kepada seorang cahaya mata yang comel dan manja. Berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk keluarga dan masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *