Tips Untuk Mendapatkan Bacaan HB Normal Dalam Kalangan Ibu Hamil

Masalah bacaan haemoglobin (hb) rendah atau anemia sentiasa menghantui ibu-ibu hamil. Haemoglobin ialah protin yang terdapat dalam sel darah merah yang berfungsi mengangkut oksigen ke seluruh badan.

bacaan hb normal

Bagi ibu hamil, bacaan hb normal sangat perlu kerana membantu menyalurkan oksigen untuk bayi dalam kandungan. Jika ibu mengalami masalah hb rendah, ini akan menyebabkan berlakunya kesan buruk kepada kandungan seperti keguguran, kecacatan dan paling ditakuti ialah tumpah darah semasa proses bersalin.

Menurut WebMD punca hb rendah ialah kekurangan zat besi, kekurangan folat dan kekurangan vitamin B12.

Di sini saya ingin kongsikan tips bagaimana untuk mendapatkan bacaan hb normal. Tips ini juga adalah berdasarkan pengalaman saya  yang pernah mengalami masalah bacaan hb rendah semasa kehamilan anak kedua.

Tips Tingkatkan HB Semasa Hamil

1.Makanan sihat sepanjang kehamilan.

Ibu perlu mengamalkan pemakanan yang sihat semasa hamil dan elakkan makanan yang tidak berkhasiat.

Apa yang saya lakukan sewaktu mengalami masalah hb rendah, saya banyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam menu harian saya. Terutamanya sayuran hijau seperti bayam, kangkung, kacang botol dan ulam-ulaman lain.

Buah-buahan pula, jambu batu dan oren. Yang paling banyak saya ambil ialah jambu batu dan sayuran hijau.

Saya juga makan bilis untuk tingkatkan paras hb saya. Saya pelbagai menu bilis seperti sambal bilis, bilis goreng dan sebagainya. Organ dalaman binatang, seperti hati ayam, hati lembu saya elakkan kerana mengandungi banyak lemak dan tidak elok untuk kesihatan.

2. Kestabilan emosi.

Emosi yang stabil juga membantu mencegah masalah hb rendah. Bila emosi tak stabil, badan penat dan selalu stress, turut menjadi punca hb rendah. Pakar Zat makanan yang saya jumpa tempoh hari juga menyatakan bahawa emosi ibu hamil sangat penting dan perlu dijaga. Bila emosi tak stabil, masalah hb juga terganggu.

3. Makanan Tambahan/Suplemen

Selain mengamalkan makanan yang sihat, saya juga mengambil suplemen semasa kehamilan. Vitamin yang saya amalkan semasa hamil ialah Vita Lea, Vitamin B Complex, Vitamin C dan Ostematrix.

Vitamin ini sangat membantu saya meningkatkan bacaan hb saya  terutamanya Vita Lea dengan Formula Iron. Kandungan Zat besi yang ada dalam Vita Lea membantu meningkatkan bacaan hb.

Untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, Vita Lea perlu di ambil besama Vitamin C. Vitamin B Complex juga membantu kerana vitamin ini mengandungi kesemua jenis Vitamin B yang badan ibu perlukan untuk tumbesaran bayi.

Uniknya Vitamin B Complex Shaklee ini, didatangkan bersama dengan Asid Folik yang mana sangat diperlukan oleh ibu hamil untuk mengelakkan kecacatan tiub neural.

Alhamdulillah, bacaan hb saya sebelum itu adalah 10.3 mmol dan setelah 2 minggu saya konsisten makan makanan sihat, jaga emosi dan mengambil vitamin,  bacaan hb normal kembali iaitu 11mmol.

Daftar Ahli Satu Kelebihan

Untuk mendapatkan harga yang lebih murah, saya nasihatkan anda untuk menyertai kami dan menjadi sebahagian daripada kami. Banyak manfaat yang anda dapat jika mendaftar sebagai ahli.

Klik sini untuk maklumat tentang kelebihan menjadi ahli shaklee. Apabila anda menyertai kami, banyak lagi bonus yang anda dapat.

Kongsikan Dan Sebarkan

Sila kongsikan dan sebarkan artikel ini di media sosial dan juga kepada rakan-rakan anda supaya ianya bermanfaat dan menjadi rujukan untuk anda kelak.

Untuk tempahan hubungi kami dan kami akan berikan servis yang terbaik untuk anda.

tanda-tanda mengandung

WAN ZAINAB BT WAN MUHAMMAD
Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
Tel : 013-232 1416
Email : puteribongsu33@gmail.com

Seorang WAHM (work at home mother), isteri kepada suami yang penyayang dan ibu kepada seorang cahaya mata yang comel dan manja. Berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk keluarga dan masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *