Mealshakes Sarapan Ringkas & Bernutrisi Untuk Si Manja Hebat

Sarapan pagi amat penting bagi seorang kanak-kanak kerana ianya  membantu mereka meningkatkan kemampuan kognitif. Kanak-kanak yang sarapan setiap hari akan memiliki IQ yang lebih tinggi  jika dibandingkan dengan kanak-kanak  yang sarapan sesekali saja.

mealshakes

Sarapan secara teratur dapat membuat perilaku anak menjadi lebih baik, dan meningkatkan pencapaian dalam akademik. Sarapan membuatkan mereka lebih bertenaga, dan tidak mengganggu prestasi mereka dalam proses pembelajaran.

Namun begitu, tidak ramai ibu bapa yang berpeluang menyediakan sarapan untuk anak-anak setiap pagi atas sebab berkejar ke pejabat selepas mengantar anak-anak ke sekolah.

Terdapat juga segelintir ibu bapa menghidangkan sarapan pagi segera kepada anak-anak seperti Nuggets, Sosej dan Susu kotak. Makanan sebegini memang mengenyangkan tapi tidak berkhasiat dan ianya makanan proses yang tinggi garam & gula.

Mealshakes Sarapan Ekspress & Bernutrisi

Mealshakes merupakan multivitamin & multimineral yang didatangkan dalam bentuk susu. Mengandungi 24 jenis vitamin dan mineral yang kanak-kanak perlukan setiap hari.

mealshakes

Mealshakes diperbuat daripada bahan semulajadi seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu), gam arab, dan lain-lain lagi.

Khasiat & Manfaat Mealshakes Untuk Kanak-kanak

Secara umumnya kanak-kanak memerlukan nutrisi yang cukup untuk membesar secara normal setiap hari. Kanak-kanak memerlukan Vitamin A, B, C, D, Kalsium & Zat besi.

  1. Vitamin A – Kanak-kanak memerlukan Vitamin A untuk kesihatan mata,kulit dan tulang yang sihat.
  2. Vitamin B – Meningkatkan tenaga, meningkatkan metabolisme badan dan peredaran darah yang baik.
  3. Vitamin C -Kesihatan otot, menghubungkan tisu & kulit. Vitamin C juga meningkatkan sistem pertahanan badan & juga menguatkan antibodi.
  4. Vitamin D -Untuk pertumbuhan gigi dan tulang serta membantu penyerapan kalsium yang lebih baik.
  5. Kalsium– Untuk pertumbuhan tulang dan memelihara kesihatan tulang kanak-kanak.
  6. Zat Besi – Mencegah anemia , bina otot dan membina sel darah merah yang cukup.

Mealshakes mengandungi sumber protein yang baik dan serat. Protein membantu membina dan memperbaiki tisu badan serta penting untuk pertumbuhan dan perkembangan tubuh kanak-kanak.

Kelebihan Mealshakes untuk kanak-kanak ialah

  • Membantu menigkatkan selera makan bagi kanak-kanak yang suka memilih makananan
  • Sangat bagus untuk kanak-kanak yang tak suka sayur atau buah.
  • Membantu mencegah sembelit kerana mealshakes mengandungi fiber yang bagus untuk usus.
  • Mencegah anemia dalam kalangan kanak-kanak kerana mealshakes mengandungi sumber zat besi.
  • Kanak-kanak memerlukan kalsium sebanyak 500mg sehari dan setiap 100gram mealshakes membekalkan 588gram kalsium.

Daftar Ahli Satu Kelebihan

Untuk mendapatkan harga yang lebih murah, saya nasihatkan anda untuk menyertai kami dan menjadi sebahagian daripada kami. Banyak manfaat yang anda dapat jika mendaftar sebagai ahli.

Klik sini untuk maklumat tentang kelebihan menjadi ahli shaklee. Apabila anda menyertai kami, banyak lagi bonus yang anda dapat.

Kongsikan Dan Sebarkan

Sila kongsikan dan sebarkan artikel ini di media sosial dan juga kepada rakan-rakan anda supaya ianya bermanfaat dan menjadi rujukan untuk anda kelak.

tanda-tanda mengandung

WAN ZAINAB BT WAN MUHAMMAD
Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
Tel : 013-232 1416
Email : puteribongsu33@gmail.com

 

Seorang Ibu yang bekerja dari rumah (WAHM), mempunyai dua orang cahaya mata, dan merupakan Konsultan Nutrisi Shaklee sejak tahun 2013.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *