Pelihara Kesihatan Jantung Anda Dengan CoQ10 & Asid Lemak Omega 3

Jantung adalah sangat bernilai bagi setiap manusia. Jantung bekerja setiap hari bagi memastikan setiap sel dalam tubuh kita menerima nutrien dan zat penting untuk fungsi optimun. Tugas jantung ialah mengepam darah untuk pengaliran darah yang baik dalam tubuh badan kita.

jantung

Pendek kata, jantung adalah ketua dalam tubuh badan kita. Jika tidak di jaga dengan baik, kesihatan jantung akan terganggu. Bila jantung terhenti, tamatlah riwayat kita.

Terdapat dua nutrisi sihat untuk menjaga kesihatan jantung kita iaitu Koenzim Q10 (CoQ10) dan asid lemak Omega 3 atau minyak sihat.

CoQ10 atau Koenzim Q10

Secara semulajadinya badan kita menghasilkan CoQ10 tetapi bila usia meningkat CoQ10 ini mulai menyusut. Pengambilan Statin iaitu sejenis ubat yang menurunkan paras kolestrol, akan mengurangkan penghasilan semulajadi CoQ10 dalam badan kita sebanyak 40%.

Bagaimana CoQ10 menjaga kesihatan jantung kita?.Terdapat 3 cara CoQ10 memelihara kesihatan jantung manusia iaitu :

1.Memberi tenaga & menguatkan otot jantung

CoQ10  membantu menyokong kesihatan jantung dengan meningkatkan penghasilan tenaga, dan memulihkan denyutan otot jantung. Apabila denyutan otot jantung kuat, ini akan membuatkan jantung menjadi kuat.

2.Meningkatkan peredaran darah

Peredaran darah terganggu disebabkan oleh kolestrol yang teroksida atau pembentukan plak yang melekat pada arteri. Pengambilan CoQ10 mampu membantu melindungi salur darah daripada kejadian seperti ini. Apabila saluran darah kembali normal, darah boleh mengalir dengan lancar tanpa gangguan.

3.Mengoptimunkan denyutan jantung

Apabila paras CoQ10 rendah, jantung gagal mengepam darah ke seluruh badan dan ini membuatkan jantung menjadi lemah. Pengambilan CoQ10 tambahan, menunjukkan peningkatan jumlah darah yang dipam oleh jantung. Tenaga yang cukup untuk jantung membuatkan jantung mampu mengepam darah secara normal tanpa gangguan.

Asid Lemak Omega 3

Asid Lemak Omega 3 sangat bermanfaat untuk tubuh badan kita. Secara umumnya, badan kita tidak dapat menghasilkan Omega 3 dan kita perlu mengambilnya dari sumber makanan harian kita.

Bagaimana Asid Lemak Omega 3 menjaga kesihatan jantung anda.

1.Menjaga & Menyokong Kesihatan Salur Darah

Omega 3 sangat terkenal dengan anti radang. Untuk memastikan kesihatan jantung sentiasa dalam keadaan baik, Omega 3 membantu mencegah pembentukan plak dalam saluran darah. Kesannya, ianya akan membantu mengurangkan risiko penyempitan salur darah. Jika salur darah sempit, jantung susah untuk mengepam.

2.Mengurangkan Tahap Trigliserida Dalam darah

Trigliserida ialah kandungan lemak dalam darah. Pengambilan Omega 3 secara konsisten mampu membantu mengurang kandungan lemak dalam darah sekaligus menjadikan tekanan darah dalam keadaan yang sihat.

CoQ-Troll Plus & Omega Guard Menjaga Kesihatan Jantung Anda!

jantung

Daftar Ahli Satu Kelebihan

Untuk mendapatkan harga yang lebih murah, saya nasihatkan anda untuk menyertai kami dan menjadi sebahagian daripada kami. Banyak manfaat yang anda dapat jika mendaftar sebagai ahli.

Klik sini untuk maklumat tentang kelebihan menjadi ahli shaklee. Apabila anda menyertai kami, banyak lagi bonus yang anda dapat.

Kongsikan Dan Sebarkan

Sila kongsikan dan sebarkan artikel ini di media sosial dan juga kepada rakan-rakan anda supaya ianya bermanfaat dan menjadi rujukan untuk anda kelak.

tanda-tanda mengandung

WAN ZAINAB BT WAN MUHAMMAD
Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
Tel : 013-232 1416
Email : puteribongsu33@gmail.com

Seorang Ibu yang bekerja dari rumah (WAHM), mempunyai dua orang cahaya mata, dan merupakan Konsultan Nutrisi Shaklee sejak tahun 2013.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *