Tips Mencegah Tonsilitis Daripada Membengkak & Berulang Lagi

Setiap orang mempunyai Tonsil. Tonsil ialah dua nodus limfa yang terletak pada bahagian belakang kerongkong  dan fungsinya ialah sebagai benteng pertahanan menghalang badan kita daripada jangkitan. Apabila tonsil dijangkiti virus atau bakteria, akan digelar Tonsilitis

tonsilitis

Simptom dan gejalaTonsilitis ialah tonsil membengkak, sakit tekak yang teruk, nafas berbau, sakit kepala, susah menelan makanan, bengkak kelenjar leher, sakit telinga,  tonsil mempunyai bintik kuning atau putih dan menggigil.

Tonsilitis biasanya boleh berlaku kepada semua golongan dan peringkat umur termasuklah kanak-kanak.

Menurut American Academy Of Family Physician (AAFP) kira-kira 15% hingga 30% kes tonsilitis adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria.

Apabila Tonsilitis berada di tahap teruk, maka penghidap tonsilitis perlu menjalani pembedahan untuk membuang tonsil stone yang menjadi punca tonsil membengkak. Pembedahan dibuat kepada penghidap tonsil tahap 5. Pembedahan tersebut dipanggil Tonsilektomi.

Rawatan lain yang doktor berikan untuk tonsilitis ialah antibiotik dan perlu dihabiskan mengikut saranan doktor.

Tips Mencegah Tonsilitis Membengkak & Berulang

Anak sulung saya adalah penghidap Tonsilitis. Bila tonsil membengkak, anak saya akan demam. Ini akan menyebabkan aktiviti hariannya terganggu seperti persekolahan,  tidak berselera makan dan badan menjadi lemah.

Seingat saya, anak saya menghidap tonsil apabila usianya mencecah 1 tahun ke atas. Tonsilitis yang dihidapinya adalah tahap dua. Masih lagi di tahap berjaga-jaga dan perlukan pencegahan. Sekarang saya hanya ikhtiar dengan makanan tambahan sahaja dan berpantang makanan.

Beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk mencegah tonsilitis iaitu

1.Makanan

Elakkan makan makanan yang pedas, manis, berminyak dan elakkan minum ais yang kerap. Menurut Ustaz Perubatan Islam yang saya jumpa, beliau menyarankan penghidap tonsilitis elakkan makan buah tembikai, dan anggur. Pada awalnya, saya fikir agak mengarut, tapi bila saya rasai sendiri, memang betul apa kata ustaz.

Sesetengah petua mengatakan bahawa makan ais krim Vanilla boleh melegakan tonsil. Menurut Doktor yang merawat, ais krim tidak digalakkan sebab ais adalah pantang besar bagi tonsilitis. Boleh makan ais krim, tapi aiskrim yang dah hampir cair.

Bagi saya, ais krim mengandungi banyak gula dan tidak elok untuk tonsil. Gula boleh menyebabkan bakteria makin galak menyerang.

Banyakkan minum air kosong dan elakkan minum air manis. Gula yang berlebihan juga menyebabkan bakteria pada tonsil akan merebak.

2. Persekitaran

Tonsilitis juga boleh berlaku apabila terlalu terdedah dengan cuaca panas. Elakkan berada di bawah cuaca panas terik dan kekal hidrasi semasa cuaca panas dengan minum air kosong secukupnya.

Elakkan diri daripada asap rokok, asap kebakaran, asap kenderaan dan sebagainya.

3. Jaga Kebersihan Oral

Kebersihan mulut perlulah dijaga supaya kuman dan bakteria tidak menganggu kawasan mulut kita. Rajin bersihkan mulut selepas makan dan menggosok gigi sebelum tidur.

4. Pengambilan Suplemen

Pengambilan makanan tambahan juga boleh membantu mengurangkan pembengkakan tonsil dan untuk cegah daripada berulang lagi.

Untuk dewasa, saranan saya ialah Sustained Release Vitamin C, Omega Guard, Nutriferon & Garlic Complex.

Sustained Release Vitamin C membantu mempercepatkan penyembuhan  luka tonsil, mengecutkan tonsil, dan menguatkan sistem pertahanan badan.

Omega 3 terkenal dengan anti keradangan. Omega Guard mengandungi Omega 3 yang bagus untuk mengurangkan pembengkakan  tonsil dan juga mencegah tonsil bengkak.

Nutriferon pula membantu menguatkan sistem imun, mengurangkan kesakitan pada tekak, melegakan tekak dan juga membantu mengecutkan tonsil.

Garlic Complex sebagai antibiotik semulajadi, melawan bakteria dan virus yang menyerang tonsil.

Bagi kanak-kanak pula Vitamin yang sesuai untuk mencegah tonsilitis berulang ialah Chewable Vitamin C, Mealshakes,  Omega Guard, & Nutriferon.

Chewable Vitamin C membantu menguatkan sistem pertahanan badan kanak-kanak, dan mengecut dan mempercepatkan pemulihan tonsil.

Mealshakes mengandungi 24 jenis Vitamin dan mineral sangat membantu mencegah tonsil dan demam. Apabila badan anak-anak cukup nutrisi, badan lebih kuat melawan penyakit.

Omega Guard mengandungi Omega 3 yang sangat terkenal sifatnya dengan anti radang dan untukmasalah tonsil, Omega Guard membantu mengurangkan bengkak tonsil.

Nutriferon pula membantu menguatkan sistem imun, mengurangkan kesakitan pada tekak, melegakan tekak dan juga membantu mengecutkan tonsil.

Daftar Ahli Satu Kelebihan

Untuk mendapatkan harga yang lebih murah, saya nasihatkan anda untuk menyertai kami dan menjadi sebahagian daripada kami. Banyak manfaat yang anda dapat jika mendaftar sebagai ahli.

Klik sini untuk maklumat tentang kelebihan menjadi ahli shaklee. Apabila anda menyertai kami, banyak lagi bonus yang anda dapat.

Kongsikan Dan Sebarkan

Sila kongsikan dan sebarkan artikel ini di media sosial dan juga kepada rakan-rakan anda supaya ianya bermanfaat dan menjadi rujukan untuk anda kelak.

tanda-tanda mengandung

WAN ZAINAB BT WAN MUHAMMAD
Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
Tel : 013-232 1416
Email : puteribongsu33@gmail.com

Seorang Ibu yang bekerja dari rumah (WAHM), mempunyai dua orang cahaya mata, dan merupakan Konsultan Nutrisi Shaklee sejak tahun 2013.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *