Hikmah Mengembara Ke Serata Dunia Dari Kaca Mata Working At Home Mother

hikmah mengembara

Mengembara ke seluruh pelusuk dunia adalah impian setiap orang tak kira usia tua atau muda atau kanak-kanak. Dalam Islam juga menyarankan kita mengembara atau bermusafir. Banyak sangat hikmah mengembara sebenarnya.

Sejak kecil lagi saya memasang impian untuk melancong ke luar negeri. Itu cuma impian dan angan-angan sahaja. Saya  berasal dari keluarga besar dan susah. Ayah seorang sahaja yang bekerja. Adik beradik saya ramai, iaitu sebelas orang.

Aktiviti masa cuti adalah  berada di kampung sendiri.  Kadang-kadang ikut nenek balik kampung. Masa balik kampung nenek adalah perasaan yang menyeronokkan. Dapat lihat alam semulajadi dan berada di rumah nenek, tambah kawan baru dan bermain dengan sepupu.

Saya ingat lagi, negeri yang pertama yang dijejaki  ialah Kedah atas urusan lawatan sekolah ke Pulau Langkawi. Bersyukur sebab tanpa bayaran kerana tajaan Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM). Nasib baik mak ayah berikan kebenaran. Seronok naik bas ke negeri orang bersama kawan-kawan.Bila ke alam universiti lagi banyak program yang saya sertai dan banyak negeri yang saya lawati.

Hikmah Mengembara

Beberapa hikmah mengembara ke serata dunia  ialah

1.Budaya

Dari segi budaya, kita dapat kenal tempat orang, belajar tentang budaya mereka, makanan mereka, bahasa mereka dan dapat menikmati setiap inci alam semulajadi yang Allah ciptakan.

Bila berada di tempat orang, secara automatik kita akan jaga adab sopan kita.

2. Katasis

Katasis ialah kelegaan emosi. Ini apa yang saya belajar semasa  mengambil subjek Sains Sukan di sekolah dahulu. Bila kita travel, minda yang kusut pun akan jadi tenang. Dengan mengembara kita dapat release stress & melihat keindahan alam ciptaan Allah s.w.t sangat mendamaikan.

Tambahan pula, working at home mother seperti saya memang perlukan me time dan ruang untuk menenangkan diri. Bayangkanlah 24 jam bekerja di rumah menguruskan rumah tangga dan juga perniagaan dari rumah, memang banyak mencalar emosi.

3. Mengenal Bumi Allah s.w.t

Hikmah mengembara seterusnya ialah kita dapat mengenal bentuk muka bumi yang Allah s.w.t ciptakan. Allah s.w.t jadikan setiap tempat itu tak sama.

Contohnya di negara Eropah  mempunyai 4 musim seperti musim bunga, musim luruh, musim salji dan musim panas. Di Asia seperti Malaysia memang tiada 4 musim seperti Eropah.

Sebab itulah saya suka mengembara keluar dari negeri sendiri. Mengembara dalam negara pun sudah seronok,  apatah lagi kalau berpeluang ke negara lain seperti Korea, Istanbul, London, Paris dan lain-lain.

4. Membentuk Sikap Positif

Bagi saya, mengembara dapat mendidik kita untuk bersikap lebih terbuka, positif, lebih berdikari dan lebih matang. Travel akan menjadikan kita belajar sesuatu yang baru.

Perkara Negatif Yang Orang Fikir Tentang Mengembara

1. Pembaziran

Ada juga yang fikir, mengembara adalah membazir dan melibatkan banyak kos. Kos minyak kereta, kos tambang pesawat, dan sebagainya.

Tapi bagi mereka yang suka mengembara, perkara ini tidak  menjadi masalah kepada mereka. Mengembara adalah satu kepuasan & kita dapat explore segala isi dunia.

2. Makanan

Yang ini biasa dijadikan isu dan dalam Islam juga dititikberatkan hal makanan halal dan haram. Usah risau, sekarang ini banyak negara yang mempunyai kedai makanan halal. Biasanya bisnes makanan halal dipelopori oleh bangsa Arab yang menetap disesebuah negara.

3. Tempat solat

Bagi muslim, memang amat penting tempat untuk solat. Biasanya negara-negara yang tak ramai orang Islam, sangat susah untuk dapatkan masjid atau musolla. Sekarang, banyak negara yang cuba penuhi keperluan pelancong Islam dengan menyediakan tempat solat untuk mereka.

Kalau kita fikir banyak benda negatif, memang hasilnya negatif. Dunia sekarang bukanlah seperti dulu dan kini lebih terbuka dan universal. Jangan risau.

Tabung  Travel

Sekarang tengah kumpul duit untuk mengembara bersama anak-anak. Kalau boleh saya mahu anak-anak mengenali semua negeri di Malaysia dan kemudian barulahmengembara ke luar Malaysia.

Anak-anak saya sangat teruja apabila kami mengembara. Malahan mereka memasang impian untuk mengembara ke Korea dan ingin ke tempat bersalji.  Semoga Allah makbulkan segala impian anak-anak soleh kami. Amin.

Bak kata Qi Razali dalam rancangan The Street TV3,

“Jangan jadi pelancong, jadilah pengembara!”

Kongsikan Dan Sebarkan

Sila kongsikan dan sebarkan artikel ini di media sosial dan juga kepada rakan-rakan anda supaya ianya bermanfaat dan menjadi rujukan untuk anda kelak.

tanda-tanda mengandung

WAN ZAINAB BT WAN MUHAMMAD
Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
Tel : 013-232 1416
Email : puteribongsu33@gmail.com

Seorang Ibu yang bekerja dari rumah (WAHM), mempunyai dua orang cahaya mata, dan merupakan Konsultan Nutrisi Shaklee sejak tahun 2013.

2 thoughts on “Hikmah Mengembara Ke Serata Dunia Dari Kaca Mata Working At Home Mother”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *