Seorang Ibu, Isteri & Anak Menjadi ‘Turning Point’ Dalam Hidup Seorang Wanita

Bergelar seorang ibu adalah episod baru dalam kehidupan saya. Bukan saya sahaja, malah wanita lain juga begitu. Itulah perubahan atau pun turning point yang berlaku kepada diri saya. Perubahan ini berlaku sejak kehamilan lagi dan banyak perkara yang saya belajar.

turning point

Lahirnya anak pertama, tanggungjawab semakin besar untuk digalas. Tanggungjawab memberikan hak anak-anak iaitu penyusuan ekslusif sehingga 2 tahun perlu dilaksanakan dan juga perjalanan membesarkan mereka. Ada satu hal yang sangat terkesan ialah apabila anak tidak sihat dan saya terpaksa berjaga malam, tidak cukup tidur dan segala-galanya hanya fikirkan kesembuhan anak. Tambahan pula anak pertama diserang asthma atau lelah sejak usia 7 bulan.

Dari situ juga saya belajar untuk terus berbakti kedua ibu bapa yang telah membesarkan saya. Benarlah kata orang, bila rasa sendiri ada anak, kita akan rasa bagaimana keadaan ibu bapa kita membesarkan kita dulu.

Bila tengok perangai dan telatah anak-anak sekarang, saya akan fikir,

“Oh..Inilah perangai aku dulu. Kesian mak yang membesarkan aku. Penatnya mak ayah kan”

Hal ini tidak akan berakhir di sini sahaja. Suatu hari nanti anak-anak saya juga akan merasa perkara yang sama seperti apa yang saya alami sekarang.

Titik Penghijrahan

Turning point yang paling bahagia dalam hidup saya ialah apabila saya membuat keputusan untuk melakukan penghijrahan.

Apabila lahirnya anak kedua, saya mula buat penghijrahan dari segi luaran, labuhkan tudung, pakai stokin dan handsock. Sudah lama sangat untuk berhijrah ke arah lebih baik, tapi asyik tersekat.

Anak kedua sudah tiga  tahun sekarang dan saya masih lagi istiqomah. Ibu seharusnya jadi role model buat anak-anak dan inilah yang saya usahakan sekarang. Anak-anak semakin membesar. Semakin bijak akalnya, ibu juga perlu tahu bagaimana nak atasi anak-anak bijak.

Itulah turning point yang saya alami sekarang. Dunia saya kini hanya bersama anak-anak, family & urusan perniagaan sahaja. Dunia bujang dulu, dengan kawan-kawan tinggalkan jadi kenangan.

Kasihnya Ibu Bapa Hingga Ke Syurga

Ibu dan bapa adalah insan pertama yang hadir dalam hidup kita. Mereka guru pertama kita dan hadirnya kita ke dunia ini adalah satu hadiah untuk ibu bapa. Ibu bapa sanggup berkorban apa sahaja untuk membesarkan, mendidik dan membahagiakan kita.

Sebagai anak, kita haruslah membalas segala jasa dan pengorbanan mereka. Luangkankanlah sebanyak mana masa untuk mereka & hargailah mereka.

Kongsikan Dan Sebarkan

Sila kongsikan dan sebarkan artikel ini di media sosial dan juga kepada rakan-rakan anda supaya ianya bermanfaat dan menjadi rujukan untuk anda kelak.

tanda-tanda mengandung

WAN ZAINAB BT WAN MUHAMMAD
Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
Tel : 013-232 1416
Email : puteribongsu33@gmail.com

Seorang Ibu yang bekerja dari rumah (WAHM), mempunyai dua orang cahaya mata, dan merupakan Konsultan Nutrisi Shaklee sejak tahun 2013.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *