Kesihatan Tubuh Badan & Kecantikan Kulit, Mana Yang Lebih Penting?

Wanita amat sinonim dengan cantik dan sangat obses dengan kecantikan terutamanya kecantikan kulit wajah. Sejak akhir-akhir ini, banyak produk kecantikan kulit dan makanan tambahan untuk kulit di jual di pasaran.

kecantikan kulit

Hal ini demikian kerana, wanita kini berlumba-lumba untuk cantik dan ini membuatkan ramai peniaga mengambil peluang ini untuk mengeluarkan produk kecantikan.

Bagi saya kecantikan kulit dan kesihatan tubuh badan perlulah seimbang.  Kedua-duanya amat penting. Walaupun sudah cantik luaran, kesihatan dalaman perlulah dijaga.

Perbezaan Dalaman Tubuh Badan & Luaran

Kulit adalah sebahagian daripada tubuh badan kita.  Ini juga sangat penting untuk dijaga. Manakala dalaman tubuh badan kita seperti sel-sel dalaman, jantung, buah pinggang, hati, dan sebagainya juga perlu dijaga dengan sebaik-baiknya.

Untuk dapatkan kulit yang cantik, kita perlulah jaga kesihatan dalaman dengan makan secara sihat, minum air secukupnya dan senaman setiap hari. Apabila kesihatan dalaman kita baik, kecantikan kita juga akan terserlah.

Kulit Dah Cantik, Perlu Ke Makan Vitamin?

Berdasarkan pengalaman saya sendiri , pengambilan vitamin sangat penting untuk kesihatan dalaman dan kecantikan kulit. Saya memiliki kulit yang agak sensitif dan sangat susah dijaga.

Dulu saya memang tidak mengambil sebarang makanan tambahan untuk menjaga kecantikan luaran. Malahan saya tidak percaya bahawa makanan tambahan boleh mencantikkan kulit.

Apabila saya mengamalkan Vitamin Shaklee semasa berpantang, saya rasa ada perubahan pada kulit saya. Masalah jerawat saya berkurangan walaupun saya tidak mengamalkan produk penjagaan wajah.

Akan tetapi, vitamin tidak mampu melindungi kulit wajah dari sinaran UV, serangan radikal bebas, dan tidak dapat membersihkan kulit wajah.  Vitamin atau makanan tambahan boleh memperbaiki sel dalaman kulit, tapi tidak untuk kawasan luaran kulit dan kesannya agak lambat untuk pemulihan lapisan kulit.

kecantikan kulit

Gambar di atas adalah perbezaan wajah saya sebelum dan selepas mengamalkan Vitamin Shaklee. Sebelum mengamalkan Vitamin Shaklee, saya menggunakan produk kosmetik tempatan dan tidak amalkan apa-apa vitamin. Produk tersebut adalah produk tempatan yang sebenarnya mengandungi bahan kimia.

Sangat berbeza dengan gambar selepas 4 tahun amalkan vitamin bukan?.  Saya lebih suka wajah terkini saya yang warnanya natural, dan saya rasa kulit lebih sihat dengan pengambilan vitamin secara konsisten. Dan kini saya menunggu untuk mencuba produk terbaru Shaklee untuk penjagaan wajah, iaitu Youth Skincare.

Youth Skincare, Gabungan Alam Semulajadi Untuk Kulit Wajah Anda.

kecantikan kulit

kecantikan kulit

kecantikan kulit

kecantikan kulit

Kesimpulannya, kesihatan tubuh badan dan kecantikan kulit adalah sangat penting. Kedua-duanya perlulah seimbang dan seiring. Jika anda ingin kelihatan cantik, kedua-duanya perlu di jaga.

Kongsikan Dan Sebarkan

Sila kongsikan dan sebarkan artikel ini di media sosial dan juga kepada rakan-rakan anda supaya ianya bermanfaat dan menjadi rujukan untuk anda kelak.

tanda-tanda mengandung

WAN ZAINAB BT WAN MUHAMMAD
Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
Tel : 013-232 1416
Email : puteribongsu33@gmail.com

Seorang WAHM (work at home mother), isteri kepada suami yang penyayang dan ibu kepada seorang cahaya mata yang comel dan manja. Berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk keluarga dan masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *