Kekurangan Vitamin B Complex Punca Kita Mudah Mengalami Tekanan @ Stress Setiap Hari

Tekanan perasaan, stress , kemurungan dan pelbagai lagi masalah berkenaan dengan mental seringkali menganggu kita. Masalah ini berpunca daripada gaya hidup kita setiap hari iaitu stress dengan kerja, anak-anak, dan sebagainya.

stress

Sejak akhir-akhir ini ramai juga rakyat Malaysia yang menghidap penyakit mental. Puncanya terlalu penat dan letih dengan kerenah orang sekeliling atau masalah ekonomi. Dan boleh jadi, mereka tidak pandai untuk menguruskan emosi.

Stress juga boleh berlaku disebabkan oleh kekurangan nutrisi dalam tubuh badan kita. Salah satu punca stress, tekanan perasaan, mood swing dan kemurungan ialah kekurangan vitamin B dalam badan kita.

Manfaat & Kelebihan Vitamin B Complex Kepada Kesihatan Mental

Vitamin B sangat penting untuk kesihatan mental dan stress yang optimum. Sumber makanan yang kaya dengan Vitamin B termasuklah bijirin, daging, ikan, ayam, susu, telur, kacang, dan sayuran.

Pengambilan Vitamin B Complex adalah pilihan terbaik untuk membantu mengurangkan masalah tekanan. Vitamin B yang baik boleh membantu proses metabolik pencernaan yang mungkin terjejas secara negatif kerana tekanan melambatkan proses pencernaan

stress

Berikut adalah jenis-jenis Vitamin B yang terkandung dalam B Complex dan manfaat setiap vitamin B tersebut.

1.Vitamin B1@ Thiamine

Vitamin B1, juga dikenali sebagai tiamin, adalah penting dalam menjaga sistem saraf yang sihat dan memainkan peranan penting dalam mengekalkan  mental yang sihat. Juga berfungsi menukar glukosa menjadi tenaga. Vitamin B1 dapat menstabilkan mood dan meningkatkan daya ingatan.

2. Vitamin B3 @ Niacin

Vitamin B3 menyokong fungsi sistem saraf dan pencernaan. Tubuh kita boleh menghasilkan niasin dari asid amino L-tryptophan. Kekurangan vitamin B3 boleh menyebabkan kemurungan, kerengsaan, tekanan dan gangguan mood. Fungsi Niacin untuk membantu badan membebaskan tenaga daripada karbohidrat. Ini boleh mengawal gula dalam darah dan mengekalkan fungsi sistem saraf.

3. Vitamin B6 @ Pyridoxine

Vitamin B6 atau Pyridoxne dapat membantu badan menghasilkan neurotransmiter, seperti serotonin. Serotonin dapat membantu meningkatkan keupayaan tubuh untuk menghadapi tekanan,  dan Vitamin B6 juga boleh membantu meningkatkan sistem ketahanan badan semasa kegelisahan.

4. Vitamin B9 @ Asid Folik

Asid folik adalah vitamin penting yang diperlukan untuk tenaga. Tubuh kita tidak dapat menghasilkan asid folik sendiri. Sekiranya tubuh kita  kekurangan asid folik, kita mungkin akan  mengalami kemurungan dan keletihan yang boleh menghasilkan tekanan yang lebih tinggi.

5. Vitamin B12 @ Cyanocobalamin

Vitamin B12 boleh dipanggil vitamin memori kerana organ yang paling bergantung kepadanya ialah otak. Kekurangan B12 boleh menyebabkan kekeliruan mental, perubahan neurologi dan menjadikannya sukar untuk mengatasi tekanan. Vitamin ini penting dalam penciptaan melatonin hormon tidur dan hormon serotonin.

6. Vitamin B2 – Riboflavin

Vitamin B2 atau Riboflavin berfungsi menukar makanan kepada tenaga sekaligus membantu masalah penghadaman. Proses ini akan membantu mengurangkan masalah keletihan dan kelesuan. Bila badan kurang penat, otak pun boleh berfungsi dengan baik.

7. Vitamin B5 – Asid Pantothenik,

Vitamin ini membantu meningkatkan aktiviti sistem imun tubuh badan kita. Apabila tubuh badan kita kuat, badan kita dapat menggunakan keupayaan semulajadi untuk menahan keadaan tekanan.

8. Vitamin B7 (Biotin)

Membantu meningkatkan metabolisme badan, penting untuk penghasilan tisu badan, dan mengekalkan paras gula dalam darah. Biotin juga membantu meredakan tekanan atau stress.

Adakah Vitamin Shaklee Selamat?

Jangan risau tentang ini. Vitamin Shaklee adalah selamat dan semulajadi kerana inilah prinsip Shaklee, Selamat, Semulajadi & Berkesan.

Vitamin Shaklee dibangunkan oleh para saintis yang bertaraf dunia. Shaklee juga menjalankan kajian pemakanan atau Landmark Study ke atas vitamin yang mereka hasilkan.

Kongsikan Dan Sebarkan

Sila kongsikan dan sebarkan artikel ini di media sosial dan juga kepada rakan-rakan anda supaya ianya bermanfaat dan menjadi rujukan untuk anda kelak.

tanda-tanda mengandung

WAN ZAINAB BT WAN MUHAMMAD
Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
www.whatsapp.com/+60132321416
Email : puteribongsu33@gmail.com

Seorang Ibu yang bekerja dari rumah (WAHM), mempunyai dua orang cahaya mata, dan merupakan Konsultan Nutrisi Shaklee sejak tahun 2013.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *