Trip Supermom Ke Jakarta, Indonesia “Ceria Hadapi Cabaran”

Pada 20 April 2018, saya telah dipilih menyertai satu rombongan Pengedar Shaklee Malaysia yang bernaung dibawah Supermom ke Jakarta, Indonesia. Supermom adalah satu organisasi yang diasaskan oleh Master Hadhatina & Master Kamarul.

Rombongan ke Jakarta adalah hadiah untuk pemenang Supermom Shaklee Story yang mana tiket ke Jakarta ditaja sepenuhnya oleh Supermom dan meraikan Juara Supermom Shaklee Story, Puan Maisarah Md Saufi.

Trip Supermom Ke Jakarta, Indonesia di sertai lebih kurang 20 orang termasuk anak-anak.

Hari Pertama 20 April 2018

Kami berkumpul di Kuala Lumpur International Airport pada jam 11.30 pagi & terus daftar masuk bagasi. Kemudian terus ke pintu pelepasan untuk bertolak ke Jakarta pada 1.05 tengahari.

Sebenarnya kami dah lambat kerana ada masalah pada passport Am, anak Master Hadhatina. Kami dimaklumkan bahawa pasport Am dah memasuki waktu expired (6 bulan sebelum expired, kena renew untuk keluar negara). Ini adalah syarat baru & Air Asia juga tidak maklumkan awal semasa tiket ditempah. Master Kamarul & Am terpaksa bertolak kemudian & akan renew pasport dahulu.

Kami dah terlewat & terkejar-kejar ke gate pelepasan. Saya dan seorang lagi peserta trip, Farah berlari-lari ke pintu pelepasan yang jauhnya lebih kurang 1 kilometer.

Sampainya kami, staff Air Asia memaklumkan gate akan ditutup 10 minit kemudian. Lantas saya menelefon kawan-kawan yang masih dalam perjalanan supaya mereka cepat sampai di gate pelepasan. Tersangat lega apabila mereka sempat sampai sebelum gate ditutup.

Selepas 2 jam penerbangan, kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Sukarno Hatta, Jakarta. Lapangan Terbang Sukarno Hatta baru beroperasi setahun yang lalu dan sangat cantik.

Kemudian kami terus mendapatkan pengangkutan untuk ke hotel. Kami menyewa 3 buah kereta dengan perjanjian bayaran tidak lebih RP400,000 untuk sebuah kereta. Kereta ketiga tidak menepati janji dan mengenakan caj sebanyak RP450,000 dan juga minta tips tambahan.

Kami menginap di Amaris Hotel, Thamrin City. Perjalanan ke sana lebih kurang 1 jam kerana traffic jammed. Amaris Hotel merupakan hotel yang strategik tempatnya dan juga menjadi tumpuan rakyat Malaysia untuk menginap dan membeli belah di Thamrin City.

Hari Kedua 21 April 2018

Program hari kedua kami adalah ke Shaklee Jakarta di Slipi Jakarta. Selepas bersarapan di Amaris Hotel, Thamrin City, Jakarta kami terus mendapatkan teksi untuk ke pejabat pusat jualan Shaklee Jakarta.

Selepas program di Shaklee Jakarta, kami terus ke Pusat Grosiran Tanah Abang. Perjalanan ke sana menaiki grab car memakan masa selama 1 jam. Jalan sesak dan banyak kenderaan.Kami sempat membeli telekung solat dan baju sahaja.

Dari Tanah Abang, kami mengambil grab car ke Tugu Monas untuk bersantai dan juga makan-makan. Makan malam kami ditaja oleh mami & dedi. Usai makan malam, kami sambung membeli buah tangan untuk keluarga di Malaysia.

Hari Ketiga 22 April 2018

Hari terakhir kami disini dan sebelum ke Lapangan Terbang Sokarno Hatta, kami sempat membeli belah di Thamrin City.

Usai membeli belah, kami naik ke hotel kerana ingin kemas beg untuk.ke lapangan terbang. Kami mengalami masalah kerana kad bilik tidak dapat mengakses untuk masuk. Kami terpaksa menunggu technician datang untuk baikinya.

Dalam masa 5 minit, beliau sampai & kami sempat kemas semua beg & check out. Dengan bantuan Kak Wardah, kami menempah 2 buah gtab car untuk ke Lapangan Terbang.

3 orang daripada kami menaiki grab yang pertama. Saya dan 4 lagi menunggu grab seterusnya dan masalah datang lagi apabila grab tidak menunggu di tempat yang sepatutnya.

Kami terpaksa berjalan lebih kurang 500 meter dengan membawa bagasi yang besar menuju ke grab. Kawasan sekitar Thamrin City sangat jammed.

Kami tiba di lapangan terbang pada jam 12.15 tengahari dan terus check in luggage. Penat, tapi banyak pengalaman yang kami dapat sepanjang trip 3 hari di Jakarta.

Pesawat kami berlepas pada jam 3.30 petang waktu Indonesia dan kami sampai di Malaysia pada jam 6.15 petang waktu Malaysia.

Kami diuji sekali lagi sewaktu claim luggage. Bagasi salah seorang peserta tiada di situ & kami buat aduan di pejabat Air Asia. Alhamdulillah, rupanya bagasi tertinggal & lambat masuk ke kawasan tuntutan bagasi.

Trip Supermom Ke Jakarta Sangat Ohsem!

Trip kali ini sangat menepati tema Supermom iaitu “Ceria Hadapi Cabaran”. Mana tidaknya, banyak kali kami diuji dan kami dapat hadapinya dengan keceriaan.

Terima kasih tidak terhingga kepada mami & dedi atas peluang yang diberikan. Melalui Trip ini saya dapat memiliki pasport buat kali pertama, dapat keluar negara & dapat mengenali team Supermom dengan lebih dekat lagi.

Banyak pengalaman yang saya dapat melalui trip ini dan trip ini juga membuka minda saya, serta memberikan “oksigen” kepada saya untuk buat yang terbaik dalam bisnes.

Kongsikan Dan Sebarkan

Sila kongsikan dan sebarkan artikel ini di media sosial dan juga kepada rakan-rakan anda supaya ianya bermanfaat dan menjadi rujukan untuk anda kelak.

tanda-tanda mengandung

WAN ZAINAB BT WAN MUHAMMAD
Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
www.whatsapp.com/+60132321416
Email : puteribongsu33@gmail.com

Seorang WAHM (work at home mother), isteri kepada suami yang penyayang dan ibu kepada seorang cahaya mata yang comel dan manja. Berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk keluarga dan masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *