Penyakit Tangan Kaki & Mulut (HFMD) Dalam Kalangan Kanak-kanak

Sekarang ini heboh tentang Penyakit Tangan Kaki dan Mulut di Malaysia. Teringat pengalaman 4 tahun lepas apabila anak sulong mengalaminya. Usia Yusuff pada waktu itu adalah lebih kurang 8 bulan. Demam, tidak mahu menyusu & kerap menangis.

hfmd

Semalam, saya terdengar perkongsian daripada Dr. Norita Shamsuddin, Pakar Perubatan Kesihatan Awam , Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia di IKIM.FM tentang HFMD. Jadi saya kongsikan disini untuk rujukan ibu bapa supaya lebih tahu tentang penyakit ini.

Apa itu HFMD?

HFMD ialah singakatan kepada Hand, Foot, Mouth Disease atau dalam bahasa Melayu ialah Penyakit Tangan, Kaki & Mulut.  Penyakit ini adalah disebabkan oleh bawaan virus.

Kebiasaannya berlaku kepada kanak-kanak yang berusia 5 tahun ke bawah. Penyakit ini boleh terkena pada semua peringkat usia tapi yang paling ketara ialah, 99% HFMD di Malaysia berlaku kepada kanak-kanak yang berusia 5 tahun ke bawah

Kanak-kanak berusia 5 tahun kebawah adalah penyumbang terbesar penyakit ini. Yang paling tinggi usia 0 hingga 2 tahun. Hal ini demikian kerana, pada ketika ini muniti  mereka masih tidak stabil.

Terdapat sesetengah kanak-kanak yang mempunyai simptom yang ringan saha dan akan sembuh dalam masa 7 hingga 10 hari tanpa mengambil sebarang rawatan.

Gejala & Tanda-tanda HFMD

1. Demam sehingga 39-40 degree celcius. Kebanyakannya demam akan datang dulu. Kadangkala, ibu ayah tidak perasan anak demam sebab anak aktif.

2. Selepas 2 hingga 3  hari demam, akan keluar ruam merah, pada tangan kaki dan ulser dalam mulut. Terdapat ruam yang berbeza, ada ruam merah atau ruam air yang juga dipanggil lepuh atau blister. Bliester ini berada pada tapak tangan, celah-celah jari, bawah tapak kaki, jari atas, dan juga pada bahagian belakang.  Tidak terkecuali juga pada punggung, siku, dan lutut.

3.  Tidak akan ada batuk atau selsema. Kebiasaannya jika anak demam, disusuli dengan batuk atau selsema. Tapi tidak untuk penyakit ini, demam sahaja & boleh lihat simptom-simptom seperti di atas.

Bagaimana HFMD boleh berjangkit.

1. Penyakit ini adalah bawaan virus . Dalam tubuh badan kita terdapat virus iaitu dalam tekak, hidung & membiak di bahagian usus.  Kebiasaannya jangkitan ini berlaku daripada sebaran cecair daripada badan kita. Contohnya, semasa bersin, lelahan air liur dan sebagainya.

2. Penyakit ini juga berjangkit melalui najis.  Contohnya, di taska atau di rumah, ibu atau pengasuh tidak membasuh tangan dengan bersih dan selepas itu memegang atau menyentuh kanak-kanak lain. Keadaan ini juga membuatkan kanak-kanak tersebut berisiko untuk mendapat HFMD.

3. Melalui permukaan yang disentuh. Contohnya, kanak-kanak yang terkena penyakit ini keluar ke taman permainan, Shopping complex, dan sebagainya. Apabila kanak-kanak lain ke tempat yang sama & bermain mainan atau benda yang telah disentuh, akan terjadinya jangkitan tersebut.

Langkah Pencegahan & Rawatan

  1. Ubat-ubatan- ubat-ubatan akan diberikan oleh doktor seperti ubat demam & juga ubat sapu untuk mengurangkan ketidak selesaan.
  2. Vaksin -akan diberikan jika terlalu teruk & virus yang menyerang terlalu kuat.
  3. Kuarantin-Anak-anak yang terkenapenyakit ini perlu dikuarantin di rumah sehingga sembuh. Jika anak tersebut bersekolah atau berada di taska sebelum itu, laporkan kepada pihak taska atau pihak sekolah.
  4. Pencegahan dirumah seperti membersihan lantai, tandas, dan mainan supaya tidak berjangkit kepada adik beradik yang lain. Lampin pakai buang juga perlu dimasukkan ke dalam plastik & baju-baju yang hendak dibasuh perlu diasingkan. Lebih baik direndam dengan air panas & juga disidai dibawah cahaya matahari.
  5. Aiskrim digalakkan  sebab boleh sejukkan ulser  & mengurangkan sedikit rasa sakit. Tetapi tidak mempercepatkan penyembuhan.

Bercakap mengenai pantang makan minum, dalam perubatan moden tiada istilah berpantang kerana mereka perlu makan untuk sembuh. Doktor juga tidak melarang untuk mencuba perubatan tradisional, terpulang kepada ibu bapa masing-masing.

Suplemen Untuk Penyakit Tangan Kaki & Mulut

Selain ikhtiar dengan ubat-ubatan, ibu bapa juga boleh mencuba makanan tambahan untuk menyembuhkan penyakit tangan kaki & mulut.

Semasa anak saya terkena penyakit ini saya juga ikhtiar dengan suplemen iaitu Mealshakes, Vitamin C, Nutriferon, & Herbal Blend (Krim serbaguna).

hfmd

  • Mealshakes adalah multivitamin dan multimineral yang membantu memberikan tenaga, mengecutkan ulser, dan juga mengandungi protein yang sangat bagus untuk pemulihan luka.

hfmd

  • Vitamin C pula membantu mempercepatkan penyembuhan ulser, dan menguatkan sistem pertahanan badan daripada serangan virus

hfmd

  • Herbal Blend merupakan krim serbaguna tanpa racun untuk mengurangkan rasa gatal, pedih pada blister @ lepuh pada bahagian kulit. Juga membantu mempercepatkan proses penyembuhan.

hfmd

  • Nutriferon pula menguatkan sistem imun, & mengurangkan kesakitan.

InshaAllah, usaha &ikhtiar adalah jalan yang terbaik. Penyakit ini dijangka akan sembuh sehingga 7 hari hingga 10 hari.

Kongsikan Dan Sebarkan

Sila kongsikan dan sebarkan artikel ini di media sosial dan juga kepada rakan-rakan anda supaya ianya bermanfaat dan menjadi rujukan untuk anda kelak.

tanda-tanda mengandung

WAN ZAINAB BT WAN MUHAMMAD
Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
www.wassap.my/60132321416
Email : puteribongsu33@gmail.com

Seorang Ibu yang bekerja dari rumah (WAHM), mempunyai dua orang cahaya mata, dan merupakan Konsultan Nutrisi Shaklee sejak tahun 2013.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *