Itenari Jakarta Indonesia Untuk Mereka Yang Kali Pertama Ingin Ke Sana

Assalamualaikum w.b.t.

Melancong ke luar negara adalah impian setiap orang termasuklah saya. Pada 20 April 2018 saya telah melancong ke Jakarta, Indonesia bersama geng Supermom. Kali ini saya ingin kongsikan itenari Jakarta buat anda semua yang berhajat untuk melancong ke sana.

itenari jakartaJumlah belanja dari tiket penerbangan dari Terengganu ke Kuala Lumpur, dari KLIA  ke Jakarta, makan minum, ole-ole dan penginapan lebih kurang RM1500.00 seorang.

Itenari Jakarta, Indonesia

Disini saya sertakan butir-butir perbelanjaannya untuk rujukan anda semua. Kami ke sana lebih kurang 20 orang termasuk kanak-kanak. Pengiraan yang saya buat ini adalah kos seorang dewasa.

Untuk duit belanja saya hanya tukar RM500 sahaja iaitu dalam Rupiah Indonesia hanya RP1.7 juta sahaja.

1. Tiket Penerbangan

Terengganu ke KLIA pergi balik RM220.00 termasuk luggage. Saya berkongsi luggage dengan seorang lagi sahabat.

KLIA ke Jakarta pergi balik RM450 termasuk luggage. Luggage kami kongsi 6 orang.

2. Penginapan

itenari jakarta

Kami menginap di Amaris Hotel yang terletak di Pusat Beli Belah Thamrin  City. Salah satu pusat beli belah yang terkenal di Jakarta. Mudah untuk kami membeli belah last minute.

Kos penginapan kami untuk 3 hari 2 malam ialah RM322.00 & sebilik kami putuskan untuk menginap dua orang sebilik. Jadi, seorang hanya RM161.00 sahaja. Oh ya, Ini termasuk sarapan pagi.

Perkhidmatan Wifi juga disediakan. Kami banyak guna wifi hotel & percaya atau tidak kami tidak membeli kad sim di sana. Nasib ada seorang kawan di sana yang bantu kami tempah grab car.

3. Tambang Pengangkutan Awam

Di sana, kami memang 100% menggunakan perkhidmatan awam iaitu teksi & juga grab car. Di Jakarta, Indonesia, rata-rata penduduk mereka menggunakan khidmat grab, sama ada kereta atau motorsikal yang dipanggil Gojek.

  • Grab Vellfire dari Sukaerno Hatta Airport ke Amaris Hotel RP4000000 dan kami kongsi 6 orang. Seorang hanya RP67000 bersamaan RM22.30.
  • Teksi dari Amaris Hotel Ke Slipi RP100,000 dan kongsi 5 orang dan seorang hanya RM6.70.
  • Grab Car Avanza dari Slipi ke tanah Abang RP17,000 sahaja. Sepatutnya 15 minit sahaja akan sampai ke Tanah Abang, tapi jalan sangat sesak. Kami kongsi 6 orang, dan setiap seorang hanya RM1.00  sahaja.
  • Grab Car Avanza dari Tanah Abang ke Tugu Monas, RP60,000. Kenapa mahal?. Sebab masa kami siap membeli belah di Tanah Abang, kami tak tempah grab car. Kebetulan seorang pak cik tawarkan untuk hantar kami. Kos seorang RM3.30.
  • Grab Car dari Tugu Monas ke Amaris Hotel RP20,000. Yang ini seorang kawan yang belanja. Tak masuk kos.
  • Grab dari Amaris Hotel ke Sukaerno Hatta RP17,00 & tips RP50,00. Seorang hanya RM4.46 sahaja.

Kos pengangkutan awam RM37.76 sahaja untuk 3 hari di sana. Pesanan saya, jika anda berkunjung ke Jakarta, lebih baik menggunakan aplikasi Grab Car. Ianya lebih murah dan elakkan ditipu oleh pemandu teksi & juga kereta sapu.

4. Makan & Minum

itenari jakarta

Untuk sarapan pagi, kami memang makan di hotel sahaja sebab sudah termasuk dalam pakej penginapan. Untuk makan tengahari, & makan malam, kami makan di luar.

  • Restoran Bale Beken RP39,000 iaitu RM13.00
  • A& W Tanah Abang RP44250 iaitu RM14.75
  • Mineral water RP10,000 untuk 2 botol
  • Airport Jakarta Roti Auntie Annes RP22,000 iaitu RM7.30. Alas perut sebelum bertolak ke Kuala Lumpur. Akan lunch dalam flight nanti.

Makan malam di Tugu Monas, Ketua yang belanja. Alhamdulillah.

5. Belanja Ole-ole

Untuk kos ole-ole dan shopping di Jakarta, duit yang saya tukar di Malaysia, dah mencukupi iaitu RM500.00. Malahan ada lebihan beberapa ribu rupiah untuk dibuat kenangan.

itenari jakarta

Antara barang yang saya beli di Jakarta ialah telekung solat, keychain, baju Jakarta, Gamis, Blouse, handbag, baju budak dan baju Melayu Indonesia.

Telekung solat beli di Tanah Abang, Keychain & baju Jakarta di Tugu Monas, Gamis & Blouse di Tamrin City. Harganya sangat murah. Tidak hairanlah ramai rakyat Malaysia suka melancong dan membeli belah di Jakarta.

Semasa kami melaporkan diri di Pos Kastam Jakarta pun, pegawai yang bertugas cakap, ” Mau shopping Edul Fitri ya buk.” Di Hotel yang kami menginap juga,ramai orang Malaysia yang menginap di situ.

Anda Wajib Ke Indonesia !

Semoga Itenari Jakarta yang saya kongsikan ini bermanfaat buat anda semua. Indonesia adalah negara yang paling mudah untuk travel sebab bahasa mereka mirip bahasa kita  dan juga ramai umat Islam di sana.

Indonesia juga adalah negara yang pertama yang saya lawati. Sebelum ini saya belum berpeluang untuk melancong ke luar negara. Asbab Supermom Shaklee Story, saya dapat menjejakkan kaki ke negara orang.

Kongsikan Dan Sebarkan

Sila kongsikan dan sebarkan artikel ini di media sosial dan juga kepada rakan-rakan anda supaya ianya bermanfaat dan menjadi rujukan untuk anda kelak.

tanda-tanda mengandung

WAN ZAINAB BT WAN MUHAMMAD
Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
www.wassap.my/60132321416
Email : puteribongsu33@gmail.com

Seorang Ibu yang bekerja dari rumah (WAHM), mempunyai dua orang cahaya mata, dan merupakan Konsultan Nutrisi Shaklee sejak tahun 2013.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *