Kepentingan & Kebaikan Vitamin C Untuk Kesihatan Harian

Vitamin C seringkali dikaitkan dengan kecantikan kulit . Namun begitu, terdapat banyak kebaikan vitamin c kepada tubuh badan kita jika diamalkan secara konsisten.

kebaikan vitamin c

Badan kita tidak dapat menghasilkan vitamin c dengan sendirinya dan perlu mengambil sumber dari luar. Haiwan seperti arnab boleh menghasilkan vitamin c sendiri sebanyak 18000mg sehari.

Kebaikan Vitamin C Dari Kaca Mata Seorang Doktor

Saya suka membaca penulisan Dr. Norman Norawi seorang pengamal perubatan yang sangat menitikberatkan pengambilan makanan tambahan.

kebaikan vitamin c

Menurut beliau, Vitamin C sangat bagus diambil kerana banyak kebaikannya. Disini saya ingin kongsikan pendapat beliau tentang Vitamin C.

1. Vitamin C sangat bagus untuk pesakit gout kerana pengambilannya membantu mengurangkan risiko gout. Menurut kajian prospektif yang dibuat oleh Dept Of Epidemiology, Havard  School Of Public Health, pengambilan vitamin C yang dengan dos tinggi akan membantu menurunkan paras asid urik, sekaligus akan mengurangkan risiko gout.

2. 1 batang rokok mampu melupuskan sebanyak 50mg hingga 100mg vitamin C. Perokok sangat digalakkan untuk mengambil Vitamin C kerana toksin & radikal bebas yang terkandung dalam rokok menghapuskan vitamin c. Mereka yang terdedah dengan asap rokok juga, perlu amalkan vitamin C.

3. Vitamin C juga sangat bagus untuk otak kerana vitamin c menghasilkan hormon yang penting untuk menghantar isyarat daripada otak ke seluruh tubuh kita. Hormon-hormon tersebut ialah serotonin, dopamine, epinephrine,dan norepinehrine. Hormon-hormon ini sangat penting untuk meningkatkan memori, memberi  motivasi, mengawal mood, dan mencetuskan rasa kesakitan. Contohnya hormon serotonin untuk mengelakkan imsonia.

4. Kebaikan vitamin c yang seterusnya ialah melindungi badan daripada rosak akibat serangan radikal bebas dan faktor usia. Vitamin C kaya dengan Antioksidan dan membantu melindungi sel badan kita daripada serangan penyakit. Antioksidan juga membantu mengurangkan risiko dan mencegah daripada Alzheimer & Kanser.

5. Vitamin C membantu meningkatkan imuniti badan daripada serangan virus, bakteria dan sebagainya. Vitamin C tidak menyembuhkan selsema atau batuk, tetapi sifat vitamin c itu sendiri menguatkan sistem pertahanan badan kita.

Kesemua di atas adalah petikan daripada laman sosial Dr. Norman tentang Vitamin C dan sebenarnya banyak lagi fungsi lain Vitamin C.

Manfaat & Kelebihan Sustained Release Vitamin C 500mg

Vitamin C yang saya amalkan sejak tahun 2013 ialah Sustained Released Vitamin C Plus yang mengandungi 500mg vitamin C daripada ekstrak jagung dengan tambahan Bioflavonoids buah-buahan lain untuk meningkatkan lagi keupayaan penyerapan dalam tubuh kita.

kebaikan vitamin c

Sustained Released Vitamin C Plus ini bersifat pembebasan masa yang mana setiap 1jam sebanyak 100mg akan dilepaskan ke dalam tubuh kita.

Antara manfaat dan kenaikan vitamin c ini ialah :

  • Membantu meningkatkan sistem imun tubuh badan daripada serangan bakteria, virus, penyakit dan sebagainya.
  • Merangsang penghasilan Kolagen pada kulit, tulang, dan sendi.
  • Juga membantu menegangkan kulit wajah dan mencegah kedutan.
  • Pengambilan secara konsisten juga membantu mengekalkan kolestrol yang sihat.
  • Mempercepatkan penyembuhan luka iaitu luka dalaman dan luaran seperti luka pembedahan, luka bersalin normal atau caesaran.
  • Mengatasi masalah kulit seperti alergi, ekzema,  gatal-gatal,  dan jerawat.
  • Mengurangkan simptom selsema
  • Mengatasi masalah gusi berdarah
  • Mencantikkan kulit dengan menyekat pembentukan pigmen, mencerahkan kulit, mengecutkan jerawat, dan memudarkan parut.
  • Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, Jika anda mengambil suplemen zat besi, perlu ambil bersama vitamin C untuk meningkatkan penyerapan.

Pengambilan vitamin setiap hari secara konsisten sangat baik untuk kesihatan tubuh badan kita. 1 tablet banyak manfaatnya dan juga mencegah risiko penyakit. Memandangkan sekarang banyak penyakit bertandang, pencegahan melalui pengambilan makanan tambahan sangat-sangat digalakkan.

Untuk sebarang pertanyaan atau ingin buat pembelian vitamin C, boleh hubungi saya.

tanda-tanda mengandung

WAN ZAINAB BT WAN MUHAMMAD
Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
www.wassap.my/60132321416
Email : puteribongsu33@gmail.com

 

Seorang Ibu yang bekerja dari rumah (WAHM), mempunyai dua orang cahaya mata, dan merupakan Konsultan Nutrisi Shaklee sejak tahun 2013.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *