Kepentingan Nutrisi Tambahan Untuk Ibu Hamil & Kesannya Kepada Janin

Pengalaman kehamilan sangat bermakna dan berharga buat setiap ibu. Apabila mengetahui khabar gembira disahkan hamil, ada satu lagi nyawa akan bergantung kepada ibu iaitu janin. Jadi, menjadi tanggungjawab ibu untuk menjaga kandungan dengan sebaiknya.nutrisi tambahan untuk ibu hamil

Imbas kembali kehamilan anak pertama saya, apabila disahkan hamil, saya terus membuat persediaan. Apa yang saya buat?. Saya terus ke pasaraya untuk membeli susu serta buku panduan kehamilan.

Betapa gembiranya saya. Kenapa susu?. Kerana terpengaruh dengan iklan di televisyen tentang bagusnya susu ibu hamil untuk janin. Waktu itu saya masih belum celik tentang nutrisi tambahan untuk ibu hamil.

Saya mengalami alahan selepas  mengetahui kehamilan saya. Saya mengalami masalah gastrik, pedih ulu hati dan muntah. Usia memasuki 2 bulan, saya buka buku merah jambu dan bermulalah episod  berjumpa jururawat & saya dibekalkan dengan vitamin seperti asid folik dan tablet zat besi.

Vitamin Ibu Hamil /Pil Haematinik

Vitamin atau pil haematinik yang dibekalkan oleh jururawat adalah nutrisi tambahan untuk ibu hamil kerana sewaktu hamil, nutrisi yang diperlukan adalah untuk berdua, bukan seorang. Tapi apa yang saya lakukan ialah mengabaikan vitamin.

Kesannya saya kerap kejang pada waktu malam, masalah gastrik berterusan, dan demam sewaktu hamil. Saya abaikan vitamin dan juga makan sesuka hati.

Masalah sembelit juga bertandang ketika hamil. Pendek kata, banyak masalah berlaku disebabkan saya tidak menjaga pemakanan saya.

Perubahan Kehamilan Kedua

Kehamilan kedua, saya mula menjaga setiap pemakanan saya dan mula mengambil nutrisi tambahan iaitu Set Kehamilan Shaklee. Kesannya, masalah pedih ulu hati, atau gastrik di awal kehamilan tidak berlarutan. Tiada alahan seperti kehamilan pertama. Kehamilan saya yang sangat energetik, dan saya boleh atasinya walaupun dalam masa yang sama uruskan rumahtangga serta seorang anak.

Kecuali pada bulan Ramadhan, saya abaikan Vita Lea Iron Formula. Kesannya, badan saya penat & bacaan hb saya menurun. Saya perlu buat FBC serta berjumpa pakar Zat Makanan. Selepas 2 minggu, saya amalkan pemakanan sihat dan mengambil Vita Lea, 2 biji siang & 2 biji malam beserta vitamin C,bacaan hb saya mula naik.

Set Kehamilan Shaklee, Nutrisi Tambahan Untuk Ibu Hamil Serta Janin

Bagi saya set kehamilan shaklee sangat terbaik, organik, berkesan dan selamat diambil untuk ibu hamil. Kesemua vitamin yang terkandung didalamnya memenuhi keperluan nutrisi tambahan untuk ibu hamil.

nutrisi tambahan untuk ibu hamil

Set Kehamilan Shaklee mengandungi 6 jenis vitamin iaitu

1. Vita Lea Dengan Formula Zat Besi

Multivitamin dan multimineral yang sangat bagus untuk kesihatan ibu hamil. Mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral serta zat besi. Zat besi membantu meningkatkan haemoglobin(hb). Hb membantu menyalurkan oksigen kepada bayi dan jika hb rendah, akan menjejaskan bayi serta boleh membahayakan nyawa ibu semasa proses bersalin.

2. Vitamin B Complex Dengan Asid Folik

Bila anda mengambil Vitamin B Shaklee, anda tidak perlu beli Asid Folik kerana dalam Vitamin B terkandung Asid Folik. Sebiji Vitamin B Complex mengandungi 200mc Asid Folik. Asid Folik sangat penting untuk ibu hamil bagi mengelakkan kecacatan tiub neural.

Vitamin B Complex mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B. Banyak manfaat Vitamin B kepada ibu hamil antaranya ialah membantu mengatasi masalah sakit kepala, alahan, tekanan emosi, mood tidak stabil, serta baik untuk kulit.

3. Sustained Release Vitamin C Plus

Pengambilan Vitamin C bersama Vita Lea, membantu meningkatkan penyerapan zat besi ke dalam tubuh. Vitamin C juga membantu merangsang pertumbuhan kolagen untuk tulang, sendi janin. Selain itu, vitamin c meningkatkan sistem pertahanan badan ibu, mengatasi masalah selsema, dan mempercepatkan penyembuhan luka.

4. Ostematrix

Ostematrix sangat penting untuk ibu hamil kerana membekalkan keperluan mineral yang diperlukan oleh ibu hamil seperti kalsium, magnesium, zinc, vitamin D, Copper , Manganese & Boron.

Fungsinya ialah untuk mengelakkan masalah kejang atau cramp, sembelit, sakit badan, dan lenguh-lenguh semasa kehamilan. Kekurangan kalsium semasa hamil boleh menyebabkan sakit gigi, gigi cepat rosak, tarik mengkarung dan juga sakit pinggang.

Ostematrix juga membantu membekalkan kalsium untuk janin membesar, dan menguatkan tulang  bayi.

5. Energizing Soy Protein

Sumber protein soya non gmo  yang bebas kolestrol, lemak serta gula tambahan. 1 hidangan mengandungi 500mg kalsium serta Vitamin B. ESP membantu meningkatkan tenaga ibu, memberikan rasa kenyang, dan juga sesuai untuk ibu hamil yang mengalami masalah diabetis semasa hamil. ESP membantu mengawal gula dalam darah.

6. Omega Guard

Omega 3 sangat bagus untuk ibu hamil kerana dapat mengurangkan risiko alergi pada kulit bayi. Ianya sangat bagus untuk membantu menyokong perkembangan otak dan fungsi imun  bayi. DHA sangat penting untuk perkembangan mata, & otak janin.

Bagi ibu hamil yang mengalami masalah darah tinggi, omega membantu menurunkan paras tekanan darah.

Semasa hamil, ibu memerlukan protein, omega 3, zat besi, vitamin c, kalsium dan asid folik yang cukup untuk kehamilan yang sihat. Jadi, Set Kehamilan Shaklee adalah cukup lengkap dan memenuhi keperluan nutrisi tambahan untuk ibu hamil.

Untuk sebarang maklumat atau ingin membuat pesanan, boleh hubungi saya seperti maklumat di bawah.

tanda-tanda mengandung

WAN ZAINAB BT WAN MUHAMMAD
Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
www.wassap.my/60132321416
Email : puteribongsu33@gmail.com

Seorang Ibu yang bekerja dari rumah (WAHM), mempunyai dua orang cahaya mata, dan merupakan Konsultan Nutrisi Shaklee sejak tahun 2013.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *