Cara Untuk Elak Angin Meroyan Menyerang Semasa Berpantang

Kita seringkali mendengar masyarakat selalu bercakap tentang meroyan. Istilah meroyan ini wujud dalam masyarakat Melayu, yang selalu dikaitkan dengan ibu berpantang. Meroyan adalah satu keadaan yang mana, emosi ibu semasa pantang tidak stabil dan boleh membuatkan si ibu bertindak di luar kewarasannya.

angin meroyan

Akhir-akhir ini, banyak kes meroyan dilaporkan di media massa. Antaranya kes meroyan yang telah dilaporkan ialah ibu terjun dari bangunan, ibu kelar anak dan sebagainya.

Menurut perbidanan Melayu, meroyan dikaitkan dengan angin meroyan, yang berkait rapat dengan tubuh ibu semasa berpantang. Sebab itulah, semasa berpantang pentingnya urutan untuk pulihkan urat, dan seluruh anggota badan.

Cara Untuk Elak Angin Meroyan

1. Urutan

Menurut Kak Bidan, Siti Aisyah yang berkongsi sedikit ilmunya di Facebook Live baru-baru ini tentang angin meroyan, beliau menyarankan ibu selepas bersalin mendapatkan urutan sebaik selesai keluar dari dewan bersalin.

Selepas keluar dari dewan bersalin, ibu perlu berehat dan minta suami sapu minyak herba keseluruh badan ibu, daripada bahagian kepala hingga ke kaki. Urutan yang ringan perlu dilakukan supaya badan ibu tidak diserang angin meroyan dan juga tidak masuk angin.

Urutan ringan perlu dilakukan, jangan terlalu kuat uratannya kerana keadaan urat si ibu masih lagi lemah dan tidak mahu urat terkejut. Urutan awal ini juga membantu melancarkan peredaran darah, merangsang pengeluaran susu ibu dan juga menenangkan ibu.

2. Elakkan Sibuk Dengan Media Sosial

Ibu perlu dapatkan rehat yang cukup, pada waktu berpantang, fokus kepada pemulihan diri, berurut, bertungku, mandi herba, sauna dan sebagainya. Makan minum semasa berpantang juga perlu dijaga.

Elakkan sibuk di media sosial dan kadangkala berita atau segala penulisan di media sosial boleh menganggu emosi ibu. Jika bosan, banyakkan membaca bacaan keagamaan atau buku-buku yang ada info tentang ilmu keibubapaan.

3. Rahsiakan Kelahiran

Jangan hebahkan kelahiran bayi anda kepada sahabat atau saudara mara. Ini kerana, anda perlukan rehat dan tidak bersedia untuk menerima tetamu. Badan kita perlu berehat dan perlukan pemulihan sepenuhnya. Kadangkala tetamu yang datang boleh menyebabkan anda rasa tidak selesa, mungkin juga daripada percakapan mereka boleh mengguris hati ibu berpantang.

4. Makanan Yang Berkhasiat & Bernutrisi

Makanan semasa berpantang juga perlu dijaga dan ini juga boleh mempengaruhi emosi ibu. Sebelum bersalin ibu perlu buat persediaan dengan mencuba makan menu-menu berpantang. MenurutĀ  Doktor Hamid Arshat, Pakar Sakit PuanĀ  beliau mencadangkan supaya makan makanan yang sihat semasa berpantang seperti ambil buah-buahan, sayur sayuran dan cukup kesemua nutrisi yang badan kita perlukan.

Jika anda masih dengan cara berpantang orang lama, anda boleh ambil makanan tambahan seperti Vitamin C, Vitamin B, Protein, Multivitamin dan Zinc untuk pemulihan tenaga dan mempercepatkan penyembuhan luka.

5. Kerohanian

Bagi ibu yang beragama Islam, kerohanian sangat penting. Walaupun dalam keadaan nifas, Islam itu sangat mudah. Untuk mengelakkan angin meroyan, atau emosi tidak stabil, amalkan zikir-zikir dan doa-doa. Jangan lupa buka bacaan surah-surah Al Quran yang ada di telefon bimbit. Zikir dan bacaan Al Quran boleh menenangkan emosi dan mengelakkan hasutan syaitan.

6. Peranan Suami & Keluarga

Peranan suami dan sokongan ahli keluarga yang terdekat sangat penting untuk elakkan meroyan. Suami adalah orang yang sangat penting semasa proses berpantang dan sentiasa memberi kata-kata positif semasa isteri berpantang. Bantu isteri berpantang dan jangan biarkan emosi mereka tercalar. Bantu uruskan bayi dan sediakan apa yang perlu untuk isteri.

Suplemen Untuk Elak Angin Meroyan

Suplemen berbentuk vitamin juga boleh membantu elakkan masalah ini berlaku. Contohnya pengambilan Vitamin B yang membantu menstabilkan emosi ibu serta mengelakkan tekanan. Banyak manfaat Vitamin B untuk emosi, mood dan juga meningkatkan tenaga.

Untuk penyembuhan luka dan pemulihan tenaga selepas bersalin, saya sarankan ambil Set Berpantang Shaklee, semestinya selamat untuk ibu dan bayi. Tidak panas dan ianya organik.

Semoga penulisan ini menjadi rujukan buat anda semua. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya.

tanda-tanda mengandung

WAN ZAINAB BT WAN MUHAMMAD
Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
www.wassap.my/60132321416
Email : puteribongsu33@gmail.com

Seorang Ibu yang bekerja dari rumah (WAHM), mempunyai dua orang cahaya mata, dan merupakan Konsultan Nutrisi Shaklee sejak tahun 2013.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *