8 Cara Untuk Elak Koyakan Teruk Semasa Proses Bersalin

Menjelangnya tarikh jangkaan bersalin atau due date, bakal ibu pastinya berdebar untuk menghadapi proses bersalin. Apa yang ditakutkan ialah koyakan semasa bersalin.

Pernah tak anda mendengar cerita-cerita ibu yang ada pengalaman tentang ini . Mesti pernah dengar tentang perineum digunting untuk memudahkan bayi keluar.

cara untuk elak koyakan

Terdapat 4 jenis koyakan iaitu 1st degree, Second Degree, Third Degree & Fourth Degree. Yang paling ditakuti ialah Fourth Degree. Koyakan dari perineum sampai ke tempat buang najis.

Cara Untuk Elak Koyakan Semasa Proses Kelahiran

 

1. Sentiasa Bersedia

Ibu haruslah membuat persediaan sebelum melahirkan iaitu dengan banyakkan mencari ilmu tentang proses bersalin, tanya mereka yang telah ada pengalaman dan juga buat latihan.

2. Senaman

Senaman ibu hamil sangat penting dan sangat digalakkan untuk memudahkan proses bersalin. Senaman yang sangat sesuai untuk melembutkan perineum supaya bayi keluar tanpa koyakan ialah senaman kegel.  Senaman kegel ialah kemutan yang membantu menguatkan otot vagina.

cara untuk elak koyakan

Pelbagai posisi untuk melakukan senaman kegel, sama ada secara duduk, baring atau berdiri, asalkan anda melakukan kemutan tersebut. Cara  melakukannya ialah kemutkan vagina dan tahan anda selama 10 minit. Kemudian ulang lagi sebanyak 25 kali. Anda boleh lakukan sebanyak 3 kali sehari .

Selain senaman kegel, anda juga boleh lakukan senaman untuk ibu hamil yang lain seperti berjalan, berenang, Tailor Sitting, Belly Dance dan sebagainya.

3. Urutan Perinieum

Urutan ini salah satu cara untuk elak koyakan semasa proses bersalin nanti. Bagaimana untuk lakukanya?. Mudah sahaja, anda cuma perlu melakukan urutan di sekeliling bibir faraj.

Ini akan membolehkan otot perineum lebih lembut, mudah mengembang dan menguncup. Yang pastinya, inshaAllah tidak akan koyak teruk. Urutan boleh menggunakan minyak zaitun atau minyak kelapa.

4. Cara Meneran

Ibu perlu meneran dengan cara yang betul dan fokus kepada arah perut. Meneran seperti anda ingin membuang air besar yang susah seperti sembelit. Ibu yang pernah sembelit semasa hamil adalah satu bonus kerana sudah melaluinya.

Jangan meneran terlalu awal jika kepala bayi masih belum nampak. Tahan dahulu dan tarik nafas supaya lebih tenang. Jika anda meneran terlalu awal, risiko koyakan akan lebih besar nanti.

5. Posisi Meneran

Bahagian ini sangat penting dan ibu harus sentiasa ingat tentang ini.  Ibu perlu berada di posisi yang betul ketika meneran. Pastikan dagu dirapatkan ke dada, pegang pergelangan kaki, dan jangan sesekali mengangkat punggung atau duduk dalam keadaan tidak stabil. Contohnya asyik bergerak kiri dan kanan. Posisi yang tidak stabil akan membuatkan ibu berisiko untuk mendapat koyakan yang teruk.

6. Dengar Arahan Doktor/Jururawat

Arahan doktor atau jururawat semasa dalam dewan bersalin adalah sangat mustahak. Ikut apa panduan dan arahan yang jururawat/doktor berikan.

7. Peranan Suami

Suami perlu sentiasa ada di sisi isteri menjelang waktu bersalin. Sebelum bersalin, isteri perlu pesan kepada suami agar sentiasa memberi peringatan kepada isteri, contohnya tentang menjaga pernafasan, posisi meneran dan sebagainya. Ingatkan isteri tentang cara bersalin yang betul. Disamping itu, tiupkan kata-kata positif untuk isteri, dan doakan supaya isteri dipermudahkan bersalin.

8. Doa & Zikir

Untuk yang muslim, sentiasa jaga emosi dan sentiasa berzikir semasa di dewan bersalin. Elakkan menjerit dan sabar dengan kesakitan yang dialami. Memang agak susah untuk kekalkan mood positif semasa proses bersalin, cubalah memohon kepada yang Esa, berdoa.

Bersalin adalah satu proses yang sangat seram bagi ibu hamil dan sebab itulah persediaan yang rapi perlu dibuat untuk menghadapi hari yang bersejarah tersebut. Persediaan perlulah dibuat semasa kehamilan lagi.

Semoga tips dan cara yang ditulis ini bermanfaat untuk anda dan juga dijadikan sebagai rujukan untuk ibu hamil semua. Selamat berjuang untuk melahirkan zuriat yang soleh/solehah. Semoga segalanya dipermudahkan. Amin.

tanda-tanda mengandung

WAN ZAINAB BT WAN MUHAMMAD
Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
www.wassap.my/60132321416
Email : puteribongsu33@gmail.com

Seorang Ibu yang bekerja dari rumah (WAHM), mempunyai dua orang cahaya mata, dan merupakan Konsultan Nutrisi Shaklee sejak tahun 2013.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *